Seminggu sebelum spm berakhir
“tak sabar aku nak tamat spm.”
Ingat kau sorang? Aku pun tak sabar gila. Dah
rasa macam zombie dua tiga minggu ni.”
“relaks la weh. Tak lama dah pun. Seminggu aje
lagi”
“aku dengar dinner untuk fivers buat lepas last
paper.”
“betul ke? Aku ada jugak dengar budak-budak
junior gebang masa kita belum start spm lagi hari tu.”
“betul lah tu. Aku ada Tanya budak junior pasal
tu. Diorang cakap buat lepas kita habis exam and surprise tahun ni partner kita
pergi dinner tu diorang yang pilih.”
“aku tak kisah pun dengan sape2 tapi mohon bukan
dengan si Ziyad tu. Selain daripada itu, aku terima aje siapa-siapa pun.
“kalau kau dengan dia, aku gelak guling-guling.”
“kureng punya member. Kalau aku pergi dengan dia,
cuba cakap dengan aku dia akan pergi tak? Entah-entah aku pergi tanpa partner
aje dinner tu.”
“jangan risau, kalau dia tak nak pergi, kitorang
akan buat segala cara supaya dia datang jugak majlis tu.”
“gaya korang cakap tu macam aku dengan dia aje
dinner tu nanti”.
“mana tahu kan. Worst come to worst. ”
Hari terakhir spm
Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan spm
dan kertas terakhir yang kami bakal duduki ialah subjek Kimia. Aku agak lega
sedikit sebab subjek maut iaitu fizik dah tamat dan wassalam. Alhamdulillah aku
dapat menjawab subjek itu dengan baik. Semoga mendapat keputusan yang
cemerlang. Semua pelajar tidak sabar untuk menjawab kertas terakhir ini dan
meraikan hari kemerdekaan kami semua.
“Masa dah tamat”.
“Berhenti menulis”
Dua ayat keramat yang ditunggu-tunggu oleh para
pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Maka , tamatlah zaman
persekolahan kami semua. Selepas ini, semua orang akan bertebaran di seluruh
pelosok dunia.
Suasana di luar dewan peperiksaan riuh-rendah
dengan suara para pelajar yang gembira meraikan kemerdekaan mereka.
“weh!! Aku tak sangka kita dah habis spm. Rasa
macam mimpi aje. Tak sangka zaman sekolah dah tamat. Rasa sedih pulak.”
“kau tak payah nak drama segala pulak kat sini.
Macam lah tak boleh jumpa dah lepas ni. Rumah kau tu sepelaung je pun dari
rumah aku.”
“shoosh!! Kau ni merosakkan mood aku nak feeling
feeling lah. Jumpa kau buat apa. Aku dah bosan tau. haha”.
“girls!! Jangan lupa malam esok ada dinner untuk
fivers. Jom keluar pergi shopping baju.”
“kau nak shopping segala buat apa. Dinner ni buat
kat sekolah je pun. Pakai baju kurung sudah.”
“boleh je kau nak pakai baju kurung tapi kau kena
ingat tema dinner malam tu masquerade party”
“masquerade kot mana pulak? Apsal aku tak tahu
ni?”
“sebab list name untuk dinner malam esok baru je
tampal pagi tadi. Aku ada dengar si Rose kelas sebelah cakap pasal dinner tu.
Sebab tulah aku tahu pasal tema dinner tu. Ada faham?”
“faham puan”
“tapi kat mana pulak nak cari baju macam tu.
Siapa pulak yang bagi tema tak masuk akal ni. Rosak sungguh. Aku dah terasa kat
Hollywood pulak dengan tema segala ni.”
“sebelum nak pergi shopping segala tu, jom kita
pergi tengok list nama kat signboard depan bilik guru tu.”
Signboard itu dipenuhi oleh pelajar-pelajar untuk
mengetahui siapakah date mereka untuk dinner mereka nanti. Oleh sebab ramai
sangat orang, kami buat keputusan untuk balik dorm dahulu. Petang karang pun
boleh tengok.
“balik dorm dululah. Ramai sangat umat manusia
kat sini. Aku pun terasa malas nak tengok.”
“jom lah.”
Sampai sahaja di dorm kami semua merebahkan diri
atas katil masing-masing dan semua tertidur kerana keletihan yang teramat.
Sudah tiga minggu kami tidak cukup tidur kerana bersengkang mata untuk
mengulangkaji.
“Aisy, bangun lah. Dah dekat maghrib ni. Tahulah
kau cuti tapi ni dah dekat maghrib.”
“dah maghrib? Eh, kita tak tengok lagi kan list
name tu? Kita tengok malam ni je lah.”
“tak payah risau. Kitorang dah pergi tengok dah
pun. Nak kejutkan kau tak sampai hati sebab lena sangat tidur.”
“apsal tak kejut. Aku nak tengok jugak. Siapa
date korang?”
“Maira dengan Amir budak Alfa, Zara dengan
Hakimi, Farisha dengan Ilham, Alia dengan Head Boy dan aku dengan zarith.”
“Ilham tu budak skema kelas sebelah ke? Haha”.
“kau jangan nak gelakkan aku pulak.” Bengang
Farisha.
“aku bukan gelakkan kau Cuma aku rasa perut aku
macam nak pecah sebab lawak sangat bila imagine kau dengan Ilham.”
“tapi aku rasa berita yang aku bakal sampaikan ni
lagi lawak berganda-ganda.”
“berita gempak amende kau nak cakap ni.”
“as expected my darling friend, kau punya partner
esok ialah your lovely mentor tu. Hahaha.”
“apsal lah nasib aku selalu malang. Terasa malas
nak pergi dinner tu pun ada. Dia ada atau tak sama aje.
Mood aku 360 darjah berubah apabila mendengar
berita yang disampaikan oleh Farisha tadi. Kenapa nasib aku selalu malang. Baik
tak payah ada date kalau macam tu. Buang karan aje. Menyusahkan aku jelah. Tak
boleh ke tukar date?
No comments:
Post a Comment