CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Tuesday 29 January 2013

housemate,tutor, enemy or husband?? or not all above part 5


housemate,tutor, enemy or husband?? or not all above part 5



Selepas dah berjanggut aku  menunggu kat bilik, kawan aku pun datang. Namanya Nisha. Dia ini satu sekolah dengan aku dulu. Dia pun duduk sorang jugak. Dia duduk kat bilik seberang sana. “ kau duduk sorang jugak ke? Tanya Nisha. “ a’ah. Dah berkurun aku tunggu tapi xde orang datang pun. Tak kan aku nak tidur sorang-sorang pulak”. Balas aku. Kalau macam tu, jom lah kita pergi tukar bilik. Fuhh!! Lega hati aku. Nasib baik boleh tukar bilik. Kalau tak boleh,aku tak tahu lah nak kata apa. Nak suruh aku tinggal sorang-sorang? Kirim salam banyak lah. Bukannya takut tapi lebih pada perasaan unsecured lah. Kang boys ceroboh blok ini, tak ke naya je. Jadi habuan free-free aje aku.haha .  tapi kan aku tengok baru berapa kerat penghuni tingkat 4 ini. Campur aku dengan Nisha baru sepuluh orang. Seram sungguh nak duduk. Dah lah bilik aku ini dekat hujung-hujung. Kalau orang nak masuk bilik memang senang aje sebab orang tak berapa nak perasan pun. Ngeri aku kalau fikir-fikir balik. Harap-harap dapat lah roommate baru.

Tadi sebelum naik bilik aku dah dapat dua orang roommate baru. Diorang dari blok sebelah. Sesi perkenalan bermula. Sorang namanya Rania,sorang lagi nama Zuhaira. Semuanya budak utara. Time aku nak landing atas katil, tiba-tiba roommate aku yang baru itu cakap ada fire drill malam ni. So, jangan tidur lagi lah. Seperti yang dijangka, memang ada fire drill malam ni. Kira-kira pukul 1 pagi, siren kecemasan berbunyi. Semua orang kelam-kabut turun blok. Ada yang turun dengan baju tidur aje. Dengan short pant aje pun ada. Yang main sambar tuala buat jadi tudung pun ada. Time tu ramai yang dah tidur,jadi semuanya mamai-mamai aje lah. Ada jugak yang tak turun-turun. Tidur mati agaknya. Sampaikan senior kena pergi tolong kejutkan. Kalau betul-betul ada kebakaran.memang sah rentung hangus terbakar diorang tu. Lama jugak lah fire drill tapi best jugak lah. Masa sampai kat bilik,mata aku dah tak ada tenaga nak bukak, tunggu masa nak tutup aje. Apelagi landing atas katil lah jawabnya. Bahagianya tidur atas katil baru. Harap-harap lena lah tidur malam ni. Kalau nasib baik boleh mimpi Jonghyun CN Blue. Hehehe. Muka hensem maut tu..ntah ape lah aku ni. Berangan je keje. Macam mana nak maju macam uni. Sudah-sudah, kang esok lambat bangun sape nak jawab. Aku jugak. Nisha dah lama tidur. Tadi mata dia memang nazak yang teramat. Kesian tengok.

Akhirnya, tamat juga minggu orientasi yang amat menyeksakan jiwa dan raga ni. Fuhh!!!. Rasa macam nak buat kenduri tujuh hari tujuh malam aje nak raikan hari ni. Banyak duit aku nak buat kenduri. Alah, mintak dengan daddy dengan mummy lah. Aku ni kan anak kesayangan diorang. Cewahh!!. Masuk bakul angkat sendiri betul lah aku ni. Maklumlah anak perempuan tunggal dan juga merangkap anak bongsu. Memang aku ni dimanjakan oleh keluarga aku lah. Malam ni nak buat apa eh?? Kang free malam ni. Tidur aje lah, apa lagi nak buat. Dah seminggu tak cukup tidur. Macam zombie kampung pisang aje aku seminggu ni. Nak tengok tv, malas nak turun. Tinggi sangat singgahsana aku ni. Kot bagi tingkat dua, boleh lagi lah aku nak menapak kat bilik tv. Ni bagi yang tinggi sekali. Jawabnya memang tak turun lah aku kecuali ada cerita yang betul-betul best. Kalau tak kirim salam lah awal-awal lah. Memang tak akan lah. Rupanya aku ni pemalas jugak yer. Macam lah tinggi sangat. Setakat tingkat empat tu, apa lah sangat. Gaya cakap macam aku ni duduk kat tingkat lima belas aje. Kalau aku duduk tingkat lima belas tapi tak ada lif, mau aku saman aje arkitek yang buat bangunan tu. Bilik aku senyap aje malam ni. Tak tahu lah semua roommate aku pergi mana. Lantak diorang lah nak pergi mana, janji privasi aku tak terganggu. Duduk sorang- sorang best jugak, boleh layan perasaan sikit.

housemate,tutor,enemy or husband?? or not all above part 4


housemate,tutor,enemy or husband?? or not all above part 4



Sudah- sudah lah mengelamun Aisy oii. Baik kau kemas barang-barang kau sekarang jugak,nanti tak sempat pulak. Pelajar yang kena pindah blok lain dikecualikan daripada aktiviti sukaneka pada petang ini. Ini yang buat aku frust giler. Aku punya semangat nak main, tapi tak boleh pulak. Ini semua kena pindah punya pasal lah. Bala betul!!!. Buat menyusahkan hidup aku yang sedia ada susah ini. Berkerut dahi fikir macam mana nak angkat barang yang maha banyak ini. Mau mati berdiri aku kalau angkat barang ini banyak-banyak. Dah lah blok yang aku kena pindah itu sikit punya jauh. Kena rentas kafe baru sampai. Yang paling aku tak boleh terima ialah blok aku yang baru itu betul-betul sebelah blok lelaki. Wei! Macam tak ada blok lain ke??. Nak bagi girls duduk tepi blok lelaki macam nak menempah bala aje gayanya. Boys sure suka lah sebab nanti boleh skodeng girls. Memang kena jaga segala adab sopan santun lah kalau duduk kat blok itu. Tak boleh nak pakai over-over sangat lah. Hiish!! Ini buat yang aku berangin ini.

Sudahnya aku angkut barang-barang aku seorang diri aje sebab nak minta tolong kawan pun segan sebab diorang punya barang pun sama banyak dengan aku aje. Berpeluh jugak lah aku nak tunggu sampai kat bawah. Nasib baik lah bagasi ini ada roda. Senang sikit nak bawak bila sampai kat bawah. Semua pelajar perempuan sibuk mengangkut barang. Muka sorang-sorang itu tak payah cerita lah. Keruh semacam aje. Muka macam nak bunuh orang pun ada sebab terlalu bengang dengan pihak pengurusan asrama. Ada ke buat lawak antarabangsa macam ini suruh pindah dengan kadar segera. Sebelum aku menapak kat blok aku yang baru itu, sempat aku singgah kat kaunter kunci nak ambik kunci bilik yang baru. Sekali dengan hantar kunci bilik lama sekali lah. Tak sampai seminggu aku bertapa kat bilik itu, dah kena pindah pulak. Masa aku sampai kat kaunter kunci itu aku try lah mintak tukar bilik- bilik yang bawah aje sebab tak larat nak angkut barang. Ini pun dah rasa setengah nyawa hilang. Penat angkut barang pun tak hilang lagi.  Masalah. Tak boleh tukar bilik pulak. Kena ambik bilik yang asal. Giler haper.

 Ingat ada lif ke kat blok tu? Kot ada escalator boleh terima jugak. Ini yang ada tangga simen putih aje lah, keras macam itu lah. Tak bergerak- gerak langsung. Sekarang aku rasa macam nak jadi Nobita aje sebab boleh minta tolong Doraemon selesaikan masalah tapi masalahnya wujud ke Doraemon itu? Akhirnya selamat jugak semua barang aku diangkut kat bilik aku yang baru ini. Tapi kan bilik ini rasa macam semacam aje. Buat bulu roma aku meremang aje. Dah dekat sejam aku duduk kat bilik ini tapi taka da orang lain datang pun. Tak akan aku seorang aje duduk kat bilik ini. Agak- agak lah. Blok ini macam dah lama orang tak tinggal. Dulu blok ini sebenarnya blok lelaki tapi disebabkan girls ramai sangat tahun ini jadi blok itu kenalah dikorbankan. Bunyi macam aku nak sangat duduk  kat blok itu. Bukannya rela hati aku nak duduk kat blok itu, cuma terpaksa aje. Kalau ikut hati malas aje nak pindah, tapi tak nak lah jadi murid derhaka awal- awal  tahun ini.

 Selepas ini aku tak jamin sama ada aku akan buat perangai lama aku ke tak. Macam tak serik-serik aje buat perangai lama itu. Tunggu bulan mengambang aje lah kalau aku nak buat perangai lama itu. Back to normal lah. Itu pun kalau ada yang sekepala dengan aku. Kalau tak ada ,susah lah aku. Muka-muka macam skema maut aje. Baru seminggu, masing-masing tak tunjuk belang lagi. Tunggulah seminggu dua lagi, selepas itu masing-masing bertanduk lah.haha. rilek-rilek, masa masih panjang la. Ini baru permulaan aje.

housemate,tutor,enemy or husband?? or not all above part 3


housemate,tutor,enemy or husband?? or not all above part 3



Alhamdulillah aku dah selamat menunaikan kewajipan aku sebagai hamba-Nya. Semoga ia akan berpanjangan hinggalah nyawa aku kembali kepada-Nya. Pukul 3 nanti dah kena ada kat dewan dah. Rasa nak tercabut aje nyawa ini. Kalau dekat tak apa lah juga,ini mau berpeluh jugak nak sampai kat sana. Aktiviti memang non- stop lah sepanjang minggu orientasi ini. Bila lah nak habis malapetaka ini. Tak sabar rasanya nak tunggu minggu orientasi ini nak habis. Baru ada masa nak bernafas sikit. Ini masuk aje bilik dah dekat pukul 1 pagi, mata pun dah nak tutup. Tak ada masa langsung nak buat sesi ice-breaking dengan roommate-roomate aku sekalian. Masing- masing dah set mind nak landing atas katil aje bilik dah sampai bilik.

Ingat kitorang ini robot ke?? Pukul 5.30 pagi dah kena ada kat masjid dah untuk sembahyang subuh berjemaah. Memang lah aku dah biasa dengan sembahyang berjemaah ini tapi tak ada lah awal sangat jejak masjid. Pukul 6.15 pagi itu dah kira awal lah walaupun terlepas imam pertama. Yang penting pergi biar lewat pun daripada tak pergi langsung. Biasanya kalau terbabas pun sekali sekala aje lah terutamanya hujung minggu sebab stay up sampai lewat malam. Masa itu aje lah kalau nak stay up lama-lama sampai pukul 4 pagi pun sebab esok tak sekolah. Kalau time hari sekolah,kirim salam lah sebab nanti mengantuk dalam kelas. Tak faham pulak apa yang cikgu ajar. Sia-sia aje aku pergi sekolah hari itu.

 Kring! Kring!. Jam siapa pulak yang memekak ini,ganggu aku nak tidur aje. Rasa nak makan orang hidup-hidup aje sekarang. Dah badan penat,tidur tak cukup. Memang mood rasa nak maki- hamun orang aje lah. Selepas aku melelapkam mata sekejap, kedengaran pula nada Waitin’ for you nyanyian Mizz Nina daripada telefon bimbitku. Argh!!. Dah pukul 5 ke? Baru sekejap rasanya aku tidur. Wuaa.. malasnya nak bangun. Masa aku masuk bilik mandi tadi, dah ramai yang siap mandi. Nasib baik, kalau tak kena berebut pulak. Aku memang lemah kalau bab-bab menunggu ini. Aku surrender awal-awal lagi. Kalah tanpa bertanding. Aku mandi sekejap aje sebab sejuk sangat,tak tahan aku nak mandi lama-lama sangat. Lagipun aku dah lewat. Kang mandi lama-lama tak pasal aje kena ceramah free dengan senior. Dah lah sorang-sorang tu garang macam singa betina aje. Nak pandang muka pun takut. Nampak macam tak mesra alam aje. Kalau senyum tak ke sikit punya manis. Senyum itu sedekah cik kak oii, jadi maniskanlah muka tu selalu. Tak lah macam asam jeruk jual kat pasar malam itu. Jeruk kat pasar malam pun lagi manis tau tak.

Alamak!. Kena buat senaman pulak pagi-pagi ni. Memang menyeksa jiwa dan raga lah. Mau seminggu sakit badan lepas buat aerobic ni. Lepas tu mulalah jalan macam nenek tua aje. Dulu tak apalah sebab duduk ground floor,sekarang duduk kat singgahsana kayangan. Memang jalan terkangkang-kangkang macam nenek tua aje lah. Nak hilang rasa sakit tu ambik seminggu jugak lah. Siapa suruh tak buat senaman tiap-tiap hari masa cuti spm hari itu,ini tak asyik bina badan aje kat rumah. Buat perabis beras kat rumah aje. Tapi nak buat macam mana kan, masa itu aje lah kalau nak balas dendam pun. Masa kat sekolah.tidur tak pernah nak cukup. Homework memanjang aje banyak. Sampai dah rasa macam setinggi gunung Everest aje. Itu baru Sembilan subjek, kalau lebih tak tahu lah. Sembilan itu pun dah buat aku rasa nak putus nyawa. Macam mana orang yang ambik subjek banyak-banyak belajar. Tak paham aku. Kitorang kat sbp tak boleh ambik subjek lebih sebab nak jaga prestasi sekolah.

Mangkuk hanyun giler!!!!!!!!!!!!!!!.

 Pengumuman tadi memang buat kepala aku berasap giler. Hangin satu badan aje. Ada ke siapa-siapa yang duduk kat tingkat 4 dan 5  kena pindah blok lain. Memang tak masuk akal langsung. Kut yer pun nak pindah,bagi lah notis awal-awal. Ni tak tengahari tadi bagitahu,tengahari itu jugak nak kena pindah. Agak-agak lah. Ingat barang aku ringan macam kertas ke. Masa nak datang sini pun datang dengan dua buah kereta sebab nak angkut barang aku punya pasal lah. Beg baju aje dah dua bagasi besar,tak masuk dengan benda-benda lain lagi. Parents aku geleng kepala aje tengok barang-barang aku. Itu baru study dalam Malaysia,kalau study kat oversea tak tahu lah aku. Agaknya kena sewa satu flight nak angkut barang-barang aku aje.  Aku pun tak tahu kenapa banyak sangat barang aku. Apalah nak jadi kat aku ni..Ish2

housemate,tutor,enemy or husband?? or not all above part 2



housemate,tutor,enemy or husband?? or not all above part 2






Habis pun ceramah yang buat aku rasa nak demam aje. Pengetua berapi-rapi mengingatkan semua pelajar tentang tujuan utama datang ke sini. Ini aje yang aku sempat dengar “ kita mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh sejak awal lagi”sebab yang selebihnya aku dah tak dengar. Nak dengar macam mana kalau mp3 dah memekak kat telinga. Kalau siren kebakaran memekak pun gerenti aku tak dengar sebab pasang volume tahap maksimum. Alah , bukan aku sorang aje buat macam tu,ramai lagi. Kat sebelah aku ni tengah lawan bingo dengan sos dengan member aku menggunakan kertas yang sepatutnya dibuat catatan. Ada tu siap bawak psp segala bagai lagi. Rilek lah, nama pun budak-budak kan biar pun umur dah baligh pun. Tapi ada aje yang skema tahap gaban, dengar aje yang pengetua ceramah. Siap buat catatan lagi dowh. Nampak macam budak yang tak pernah tinggal kat hostel aje. Sebijik Nampak macam tak pernah berenggang dengan mak bapak aje gayanya. Haha. Kerja menambah dosa free aje aku ini. Cubalah berzikir ke, dapat jugak tambah pahala. Ni tak, kerja asyik nak kutuk orang aje. Selepas ini kitorang kena bergegas ke masjid pulak untuk sembahyang zuhur berjemaah.


Sembahyang berjemaah ini dah jadi rutin harian aku dekat hostel masa zaman sekolah lagi, jadi aku dah biasa lah dengan benda-benda macam ini. Syukur Alhamdulillah sebab aku jejak hostel masa aku form 1 lagi. Tinggal kat hostel jadi orang lah sikit biarpun kesalahan berjela-jela sampai tak cukup tangan warden nak tulis. Nakal betul aku zaman sekolah dulu. Masa itu aje lah nak rasa school life pun sebab bila kita dah tamat zaman persekolahan kita tak akan dapat rasa memori macam itu dah. Hanya masa zaman school aje kita boleh rasa semua benda pelik-pelik macam itu. I miss school life dowh..baru tak sampai setahun tinggal dah rindu giler. Agaknya apa lah member-member aku buat sekarang. Tengah merindu macam aku jugak ke.


Farisha,Zara,alia, nadira, humaira. Farisha nickname dia Rich. Zara pulak carrot sebab suka sangat makan carrot. Alia pulal Al. Nadira pulak Dirr dan Humaira pulak Umai. Rindu sama kamu semua. Big time. Hands down. Diorang lah geng kamceng aku walaupun tak sebilik dengan sekelas. Humaira dengan Nadira aje yang tak sekelas dengan aku, yang lain semuanya sekelas. Dia sebilik dengan aishah. Cuma aku dengan alia aje yang tak stay kat tingkat empat. Bilik Zara dengan bilik aku lah yang selalu jadi tempat lepak. Tempat kitorang bersidang, buat segala benda yang perlu lah. Pendek kata,kat situlah tempar kitorang study,makan, tidur, mengumpat warden. Tapi bilik aishah yang jadi bilik paling famous untuk kitorang lepak sebab kedudukannya yang agak tinggi,jadi jarang orang lalu. Selamat nak buat kubu pertahanan lah kiranya. Tak sedar aku orang dah iqamat dah, tunggu masa nak sembahyang aje. Itu lah,asyik mengelamun aje sampai tak sedar dah nak sembahyang zuhur.

housemate,tutor,enemy or husband??? or not all above

cover novel housemate,tutor,enemy or husband??? or not all above..first try..
actually cite ni dh ditulis bertahun2..sejak zaman sekolah lagi tapi sampai dh masuk u pn xsiap2 lg...have fun reading..


housemate,tutor,enemy or husband??? or not all above part 1



Back off”. Leave me alone!!!!. Air mata jatuh macam air hujan aje gayanya. Aku tak nak ingat dah peristiwa  yang  memang sangat mencederakan hati je. Kalau boleh nak delete terus daripada memori aku aje… nasib lah aku ni ingat lagi Allah, kalau tak lama dah telan ubat tidur sebotol.haru lagi mengharukan aje kisah hidup aku ini. Memang sangat menyedihkan kalau nak cerita. Kalau bikin drama mau dapat drama terbaik aje. Thank Allah aku masih berpijak dekat bumi yang nyata.

Memori lama mengimbau kembali. Kenapa lah payah sangat aku nak lupa pasal peristiwa yang dah berkurun lama tu. Hangin betul aku. Benda yang lecturer ajar tak sampai sejam dah tak ingat. Memang lah aku ni. Sengal yang amat. Cuba fikir dengan akal yang logic sikit, exam dah nak dekat tapi boleh lagi buang masa fikir benda yang menyesakkan otak aku aje. Dah lah memori otak aku ni limited aje. Rasa macam nak masukkan memori prof johan,prof ali ngan prof ahmad aje. Senang hidup beb!!!. Jadi pelajar cemerlang lagi gemilang lah aku.. kalau boleh, dah berzaman aku buat. Tak payah nak memerah otak belajar bersungguh- sungguh.huhu. sabar aje lah, nama pun belajar. Tak ada yang senang kat dunia ini kalau kita tak berusaha. Huh!!. Tak baik mengeluh, kang habis aje pahala belajar ini.

Belajar ini memang buat aku separuh gila lah. Siapa kata belajar ini senang? Mau aku smackdown aje kalau ada manusia kat atas muka bumi ini kata senang. Aku punya lah berjanggut nak habiskan persediaan ini. Program setahun tapi syllabus untuk dua tahun punya. Boleh bayangkan tak masa yang sangat packed? Tak ada masa nak fikir pasal benda lain dah. Fikir belajar aje. Seminggu satu topic, tak ke agak cepat. Bukan agak tapi sangat cepat. Faham tak, sangat cepat!!. Diulangi lagi sangat cepat. Tak berapa nak jejak bumi sangat lah aku ini. Memang tak jejak pun , menginap di bilik yang paling tinggi kat hostel. Tingkat empat. Tu lah yang aku paling lemah cikit. Dah bertahun- tahun aku duduk kat bilik ground floor, tiba-tiba aku datang sini dapat singgahsana atas kayangan pulak. Speechless sekejap aku. Aku macam tak percaya aje masa mula-mula tengok slip pendaftaran tu. Sudahnya aku percaya aje sebab siapa lagi pemilik nama yang pelik lagi panjang kalau bukan aku. Dah lah nama blok klasik semacam aje. Rasa macam kembali zaman Hang Tuah lima bersaudara aje. Kot bagi lah nama yang moden sikit. Kata zaman IT dan teknologi. Ni kenanga. Aper class????

Izz irdina aisy binti fareed ahmad
Bilik 410
Blok kenanga

 Now , you will face a new life!! Here I come. No more turning back. Go away all sad memory. Aku teringat kata-kata kat satu novel yang pernah aku baca.


when autumn comes,
All the leaves will fall and
Leaves behind all sad stories…
When the first ray of the
Spring arrives..
Carpet of daisies will shine
And rosebud will start to
Bloom…
Giving soul a fresh and new hope
To you…..


Credit  to the writer. This quotes agak memotivasikan aku lah..tutup buku.  Kena buka buku baru dah. Seminggu orientasi, memang terseksa lah aku. Benda yang aku paling tak suka bila nak mula belajar. Menatang ini lah.. ORIENTASI.. benda yang paling bebudak junior tak suka tapi paling disukai senior lah. Siapa tak suka kalau dapat peluang buli orang. Memang bahagia tahap tak ingat lah tapi beringat lah kalau nak buli pun. Tak payah lah suruh buat perkara yang tak masuk dek akal aje. Ada ke suruh tiup kipas sampai berpusing, tiup lampu kalimantang sampai menyala. Itu kerja gila namanya. Sampai berjanggut pun tak akan dapat. Guna akal logic lah sikit. Nasib baik ada senior yang baik hati tolong buka suis kipas dengan lampu. Sebelum bergegas turun kat dataran hostel, mata aku sempat tengok jadual masa minggu orientasi. Lepas breakfast ini ceramah daripada pengetua. Aiyoo.. masalah betul. Aku dah dapat bayangkan betapa bosan yang amat nanti. Ceramah yang standard for new student. Telinga aku dah lali dengar ceramah jenis ini..boleh buat aku nak termuntah aje. Ini baru aje orientasi, aku tak dapat bayangkan life aku untuk setahun kat sini. Hope life well. May Allah bless. Insya-Allah.

Sunday 20 January 2013

novel sebenarnya saya isteri dia nak jadi drama??

mula2 aku tgk info ni kat pesbuk..pastu aku trus google search nk confirm kn btul ke news ni.. then, it's true.. and the suggeste hero and heroin are aiman redza and tiq zaqyah.. it wa so so tak sesuai.. when i'm reading this novel i'm imagining that fathia will become syaf but not tiq zaqyah.. aiman redza also too old to become firash arshad..



yg imagination writer pn ok jgk.. writer dye zura asyfar.. cite yg dye tulis mmg best.. ni blog dye
http://mydarwisyashome.blogspot.com/

SHOPPing TIME!!!

Mine's just one pair.. the others are my cousin's

Final Exam is overrrrr!!!

A few days ago,i've finished my semester 3 final exam..feel like escaping from suffering that i've endured for coupled of week.. study week for this sem are so so long.. 2 week i think.. siap blh berpicnic lg kt sg congkak with my cousins and her good friends..




first day exam is pharmacology..it just all about drug and drug and drug again..  tiap2 mlm kalau mimpi pn still kluar nama drug.. it soooo MENGARUT semua.. gila lah nk hafal sume nme ubat.. last2 exam xkluar pn nme ubt.. mcq and true false aje yg ada.. bengang je dalam hti mse tgk soalan.. dh lh examination hall panas ,tiga jam plak tu.. mmg sesak nafas sungguh hri tu..

ini lah subject yg buat aku jadi nausea and vomiting kejap


second,third and fourth day exam are clinical optometry, binocular vision and light and color perception..
last day exam is ocular anatomy which is so susah.. mse bce soaln mcq and true false tu rse mcm blank aje..mcm xprnh bljr aje soalan ni..pastu dok pandang2 orang sebelah.. nervous kot klu sume org ckp sng


at 4.10 pm, my exam day is OVER!!






HOPEfully IN SHAA ALLAH i will get result with flying colours





AMIN.......