CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Saturday, 30 November 2013

housemate,tutor, enemy or husband?? or not all above PART 14

Ya Allah. Mata aku rabun ke ni sampai aku tertengok nama si Ziyad Nadeem pulak ni jadi mentor aku. Oleh sebab tak puas hati,aku tengok sekali lagi nama yang terpapar kat notice board tu tapi masih sama lagi. Sah memang Ziyad Nadeem tu yang jadi mentor aku. Macam mimpi aje yang dia jadi mentor aku. Otak aku tak boleh berfikiran dengan waras sekarang. Apa lah yang mamat tu boleh ajar aku sebab dia pun malas nak belajar. Dia tak apa lah. Dah bijak pandai,tak macam aku ni. Aku boleh membayangkan zaman kegelapanku. Serius aku tak boleh percaya lagi ni. Rosak bin jahanam lah Fizik aku ni.



“aku tumpang simpati kat kau sebab dapat mentor macam tu. Kau bersabarlah ye.” Kata Nadira sambil gelak kat aku. Hampeh betul Nadira ni.


“serius aku tak percaya weh mentor kau si Ziyad tu”


Kau percaya aje lah. Dah kenyataan nak buat macam mana nasib aku tak baik.”



Memang termakbul sungguh doa aku ni tapi tak sangka pulak dapat mentor hantu macam ni. Kalaulah aku tahu yang dia jadi mentor aku,memang aku tak akan berniat lah nak ada mentor. Sumpah tak akan. Sungguh aku menyesal dengan nasib aku ni. Jadi,mulai sekarang memang aku kena belajar bersungguh-sungguh lah Fizik ni kalau nak A dalam SPM sebab tak ada orang akan tolong aku nak dapat A ni melainkan diri aku sendiri. 



Program mentor mentee tu akan bermula esok lah pulak selepas waktu prep petang. Sengal betul lah. Datang ke tidak mamat tu. Kalau tak datang.syukur Alhamdulillah. Kalau datang,merana lah aku. Aku pun menyibukkan diri dengan kerja sekolah sebab tak nak fikir pasal tadi. buat sesak otak aje. 



Sedar tak sedar waktu prep petang dah tamat. Sungguh sekejap masa berlalu. Kerja Add Math aku ni pun baru soalan nombor 20. Lagi 30 soalan nak kena habiskan. Mau mati tersungkur aku nak siapkan semua tu sebelum prep malam ni sebab malam ni nak ulangkaji Fizik pulak. Mana lah tau tiba-tiba buang tabiat mamat tu nak tanya soalan tahap saintis-saintis ni. Mau terdiam aku nanti. Jadi kena buat persiapan dari awal lagi supaya aku tak terkantoi depan-depan. At least,kena lah tunjuk yang aku ni berilmu jugak bukannya kosong taka da apa-apa.




Akhirnya siap jugak kerja Add Math ni sebelum prep malam. Nasib baik aku tak boleh sembahyang,jadi boleh jugak curi masa nak buat kerja sekolah ni. Kalau tak,memang tak akan siap sebelum prep malam. Dapat jugak aku mengulangkaji Fizik dengan aman. Sempat aku baca sampai habis tajuk Form 4. Tajuk Form 5 tak sempat nak baca lagi. Lepas prep malam ni aku sambung baca yang Form 5 punya. Selepas tajuk yang terakhir Form 5 habis dibaca.aku pun syahid tersungkur atas katil. Dah tak lalu tengok buku Fizik. 7 jam tanpa henti baca buku Fizik sampaikan mata aku pun dah berpinar-pinar ni.




Kedengaran bunyi azan sayup berkumandang dari masjid yang berdekatan sekolahku. Aku pun bangun dan membersihkan diri sebelum ke surau sekolah untuk menunaikan solat Subuh berjemaah walaupun aku masih mengantuk. Jalan pun terhuyung-hayang ke surau sekolah. Setelah selesai menunaikan solat berjemaah,aku pun pulang ke bilik semula untuk menyiapkan diri untuk ke sekolah. Aku terasa amat malas hari ni sebab petang nanti akan diadakan program yang aku tak suka tu.



Semasa aku masuk kelas untuk menghadiri kelas prep petang,kedengaran bunyi riuh rendah dari kelasku. Kenapalah diorang ni bising sangat. Tak tahu ke yang SPM dah nak dekat. Ayat orang yang dah insaf macam aku ni lah.



“kenapa bising sangat ni?” tanyaku.


“cuba kau tengok kat white board depan tu tulis apa”.


Sengal punya Ziyad. Ada ke tulis macam tu.


Sesiapa yang bernama Izz Irdina Aisy, perjumpaan mentor mentee petang ni akan dibuat kat tepi court basketball.



Giler haper mamat ni nak buat meeting tepi court. Dah lah tulis nama aku sikit punya besar. Tak pasal-pasal femes aku hari ni. Buat aku berangin betul. Tak boleh bayang macam mana perjumpaan pada petang nanti. Mau hancur agaknya. Geram sungguh aku kat mamat tu. Nak jumpa pun kecoh sampai tulis-tulis kat white board. Pesan kat orang dah lah. Kat court nak belajar macam mana. Dah lah bising. Confirm-confirm aku tak boleh bagi tumpuan,kalau nak lagi haru aku tengok pulak orang tengah main. Memang terbaik lah kalau macam tu dan Fizik aku pun melayang entah ke mana. 



Waktu petang fluid dalam badan kurang sikit,jadi otak pun kurang cergas. Tak ada waktu lain ke nak belajar Fizik ni. Kot waktu pagi aku rasa otak aku boleh terima dengan cepat sikit. Waktu petang loading sikit. Tragik sungguh kisah hidup aku ni. Dah lah tak berapa nak pandai Fizik ni,dapat pulak mentor yang macam hantu tu. Dari fikir pasal dia, baik aku buat kerja yang melambak-lambak sampai tak cukup tangan ni. Dapat juga faedah. Mata aku melirik ke arah jam tanganku. Waktu dah menunjukkan pukul 4.15 petang. Lagi 15 minit waktu prep petang akan habis. Jadi aku kena kemas barang-barang dulu yang nak bawa masa perjumpaan nanti.



 Lepas habis prep,kena masuk bilik dulu. Nak tukar pakaian sukan. Yelah,tak kan nak pakai baju kurung sampai petang kot. Rimas tau. Masa aku tinggal kat asrama ni je lah kalau nak merasa pakai baju kurung pun. Kalau kat rumah,jangan harap lah. Pakai pun masa hari raya aje,yang selebihnya boleh kira dengan jari. Baju kurung tu tahap display kat dalam almari aje kat rumah aku tu. Biasa aku pakai shirt dengan jeans aje nak keluar. Ringkas dan selesa. Tak ada lah nak pakai lip lap segala bagai macam tu nak keluar rumah. Tu dah macam gaya nak pergi prom night aje. Selepas waktu prep tamat,aku pun pulang ke bilikku untuk menukar pakaian. Sebelum pukul 5 petang kena kosongkan kawasan asrama dah. Bagi yang boleh sembahyang,kena pergi ke surau untuk solat berjemaah. Bagi yang keuzuran macam aku ni,terus pergi ke kelas lah tak pun pergi padang riadah.




Mana pulak mamat ni. Kata pukul 5.15 petang,ni dah pukul 5.20. bukan takat batang hidung,baying pun tak Nampak lagi. Selepas puas aku menunggu,pukul 5.30 baru datang mamat tu. Dah lah datang lewat,tak minta maaf pulak tu. Ni buat aku panas.



“kau ke yang nama Izz Irdina Aisy? Aku ingat siapa.”katanya.


“aku lah. Siapa lagi. Kau ni cakap 5.15 tapi 5.30 baru datang. Nak belajar apa dah masa-masa macam ni. Otak aku dah tepu ni.”


“siapa cakap nak belajar lagi hari ni. Aku Cuma nak kenal dengan mentee aku aje. Tak sangka pulak kau yang jadi mentee aku.”


Ingat aku nak sangat ke jadi mentee dia. Tak pernah terlintas dalam fikiran aku pun. Nak kenal kepala hotak dia. Aku ada banyak kerja lagi nak buat daripada sesi perkenalan yang entah apa-apa ni.



“esok baru aku ajar kau. Jadi kau bawa lah apa yang patut nanti. Nak buat kat mana nanti aku bagitahu.”


“kau tak payah lah tulis nama aku sebesar-besar alam kat white board tu,tak pasal-pasal aku jadi femes kejap tadi. bagi tahu direct kat aku tak boleh ke?


“mana lah aku kenal kau masa tu,jadi jalan yang terbaik buat yang macam tadi lah.



“banyak lah kau punya jalan terbaik. Tanya orang tak boleh ke?”


“aku malas nak tanya orang tadi”. balasnya.


Hampeh punya orang. Macam tu pun malas ke? Habis tu apa yang kau rajinnya? Buat jenayah rajin pulak,tak payah orang suruh pun tak apa. Dah tu bila nak mula ajar aku, spm dah tinggal beberapa bulan lagi. Bukannya tahun depan. Kalau tahun depan tu,aku pun boleh belajar sendiri. Tak payah tunggu nak ada mentor segala tu.



“bila nak mula ajar aku?”


“esok lah. Lepas habis prep petang. Pukul 5.00.”



Petang?? Dah lah otak aku ala-ala macam siput dah masa waktu petang,ni nak suruh aku belajar Fizik yang sangat lah aku tak suka pulak. Waktu lain tak boleh ke? Kang aku tanya sekarang dia jawab dia mentor,dia punya suka lah nak buat masa bila pun. Baik jangan tanya. Tak boleh tukar mentor ke? Aku dah terasa aura terseksa dah ni biarpun dia tak ajar lagi aku. Tapi kan sebab spm, aku bersabar aje lah. Bukan lama sangat pun, sebulan setengah aje. Lepas tu,azab aku dah tak ada lah. Jadi,kena banyakkan bersabarlah untuk tempoh waktu tu. 



Ya Allah,kau kurniakanlah kesabaran yang tinggi dalam diriku untuk menempuh dugaan ini. Semoga aku tak tersungkur syahid sebelum masanya. Agaknya masa prep tu dia nak tidur,sebab tu tak nak ajar aku masa tu. Tak pun masa prep tu dia fly ke mana-mana sebab dia kan expert bab fly-fly ni. Top 1 tu. Tak pernah terkantoi lagi sampailah sekarang. Ilmu apa agaknya dia pakai sampaikan tak pernah kena dengan cikgu. Walhal cikgu memang tahu dia fly tapi disebabkan tak ada bukti,jadi tak boleh nak kantoikan dia lah. Memang tabik spring lah aku kat dia. Genius dalam segala benda. Bukan senang nak jadi macam tu. Masa kecik dulu dia makan apalah sampaikan jadi terlebih bijak ni. Kalau aku tahu dia makan apa,boleh juga aku cuba. Manalah tahu berkesan kat aku, boleh jadi bijak macam dia. Siapa tahu boleh lawan dia terus. Hahaha.







1 comment: