Sekarang ni aku kena belajar sendiri lah. Tak kan
aku nak harap mamat tu ajar semua. Buatnya dia tidur masa ajar aku tak ke nahas
namanya. Betul-betul mimpi ngeri lah mamat ni. Nasib aku pun malang jugak sebab
dapat mentor terlampau genius tak terkata. Mentor aje yang genius tapi mentee
tak berapa sangat sebab tu Allah dorongkan hati cikgu-cikgu Fizik kat sekolah
ni buat program untuk orang yang tak bernasib baik dalam Fizik macam aku ni.
Sedih sungguh hidup aku ni. Kawan- kawan aku best aje dapat mentor yang
sporting dan baik tapi aku?? Nak jawab pun tak tahu macam mana. Bukan tak bersyukur
dapat mentor budak paling genius kat sekolah ni tapi lebih kepada masalah
sebenarnya. Tak tahu lah nak gambarkan macam mana perasaan aku ni. Jangan dia
bagi lingkup Fizik aku sudahlah. Esok baru mula aku punya mentor mentee. Entah
apa lah dia nak buat esok. Tunggu dan lihat aje lah.
Malam ni aku nak ulangkaji
Add Math lah pulak sebab subjek ni kena buat latihan selalu baru mahir,bak kata
sifu-sifu aku lah. Jadi aku yang tak berapa sangat ni kena mengikut nasihat
diorang lah kalau nak pandai. Add Math ni akan menjadi subjek yang terindah
kalau kita dapat jawab semua soalan dia dan sekarang aku dah rasa saat-saat
indah tu. Kalau lah aku tahu macam ni perasaan bila dapat jawab soalan mesti
dah lama aku belajar sungguh subjek ni.
“ aisy, kau nak pergi supper tak pasni?” pelawa
rakanku Alia.
“ nak jugak sebab tiba-tiba aku rasa lapar pulak
bila buat Add Math ni. Hehe;” kataku.
“jom lah pergi,lambat-lambat nanti ramai pulak
orang kat dewan makan .”
“prep tak habis lagi lah weh. Ada 10 minit lagi.
Kang tak pasal-pasal kena merit pulak,dah lah markah kita pun dah ala-ala
syahid tunggu masa nak sembah bumi aje.”
“ rilek lah,macam tak biasa pulak buat benda
macam ni. Ala,kalau markah kira dah nak cecah negative, kita ambil kontrak buat
kerja amal lah,apa susah.” Balas Alia ketawa.
“ yelah. Jangan mak cik dewan makan sound sudah,
buat malu aje nanti depan orang.”
Selepas supper, aku terus masuk bilik sebab aku
kan tengah cuti-cuti Malaysia sekarang, jadi tak payahlah pergi surau. Malam ni
aku nak study Fizik sikitlah sebagai preparation untuk esok. Malam ni study
yang form 5 lah sebab aku tak faham sangat tajuk-tajuk form 5 ni. Tengah aku
khusyuk study,tiba-tiba aku disergah oleh geng-geng aku. Hampeh punya member.
Ada ke kacau aku study,habis hilang mood aku nak study.
“woi, apa kacau aku study ni. Hilang mood aku nak
study tau. Korang kan tahu bukan senang aku nak bersemangat study Fizik ni,ni
kira bertuah aku nak study Fizik.”
Oh. Mentang-mentang dah ada mentor,terus semangat
kau nak study kan. Kau dah syok kat
Ziyad ke? Sakat mereka.
"Bukan aku syok tapi memandangkan dia yang jadi
mentor aku dan aku pun tak tahu lagi dia nak ajar aku ke tak jadi aku pun ambik
inisiatif belajar sendiri,nak tunggu dia ajar mau tahun depan tak ajar lagi.
Apalah malang sangat nasib aku ni. Nak mentor tapi dapat pulak mentor macam tu."
"Sorilah Aisy,kitorang saja nak gurau dengan kau.
Kitorang harap kau jangan lah perang pulak dengan Enstein tu. Mana tahu terbuka
hati dia nak ajar kau betul- betul mana tahu."
"Aku harap macam tulah. Kalau dia ajar aku
betul-betul,memang aku antara manusia paling bersyukur kat atas muka bumi ni."
"Dah lah,kitorang chow dululah,tak nak kacau kau
study. Good luck esok."
Aku pun sambung study sampai pukul dua sahaja
sebab aku dah tak larat nak sambung. Kalau sambung jugak,mau muntah hijau jugak
aku kat situ. Kepala aku pun dah pening nak ingat istilah-istilah Fizik ni,jadi
aku rasa aku wajib tidur sekarang atau aku pulak yang gila nanti. Jadi aku nak
tidur dengan aman malam ni. Moga-moga mimpi indah malam ni dan aku dapat tidur
dengan lena.
Keesokkanya selepas prep petang, program Fizik
aku pun bermula. Masa dia datang tu aku terkejut beruk jugak lah. Rasanya beruk
pun tak terkejut mcam tu. Mana taknya, dia dating bawak soalan fizik yang aku
rasa 6 inci tebal suruh aku jawab. Ternganga aku sekejap. Dia suruh aku jawab
semua soalan ni dan mesti siap dalam minggu ni jugak. Gila apa nak siap dalam minggu ni,macam subjek ni aje aku nak
periksa dalam Spm. Gagal logic jugak mamat ni.
“are u nuts??
“yeah!!!
Bengang pulak aku dia jawab macam tu. Rasa nak
lempang-lempang aje muka dia tu.
“kalau aku tak siap,kau nak buat macam mana?
“senang aje,nanti aku tulis kat whiteboard kat setiap
kelas yang wujud kat sekolah ni kata kau malas buat homework”
Berapi pulak aku dengan mamat gila ni, rasa nak
bertukar jadi naga aje sekarang. Boleh aku sembur-sembur api kat mamat ni.
Memang nightmare lah aku pasni.
“kau tahu tak aku bukan ambik periksa subjek ni
aje sampai nak buat semua soalan. Kau ni memang tak tahu belas kasihan kat
orang ke?”
“aku tahu. Cakap nak pandai Fizik tapi nak buat
latihan pun malas. Bukan banyak sangat pun aku bagi. Sikit aje tu."
"Tak banyak kau kata? Buta ke apa? Aku rasa kau ni
ada masalh mental lah."
"Dah2. Banyak songeh pulak minah ni. Tunggu apa
lagi, buat lah sekarang. Apa kau ingat kau sempat ke nak siap semua tu. Tak
paham Tanya,jangan kau buat bodoh sombong pulak."
“memang aku nak Tanya pun,kalau tak apa guna kau
ada kat sini. Kalau tak Tanya,baik aku halau kau dari tadi lagi.merosakkan
pemandangan sungguh."
Aku pun menjawab soalan tu dengan penuh khusyuk
sampaikan dah habis waktu riadah pun aku tak sedar,nasib baik mamat ni tegur
kalau tak memang aku duduk tercongok kat court ni sampai malam lah.
“esok dan seterusnya sampai lah kau siap semua
soalan ni,rutin kita tiap-tiap hari macam nil ah ye,jangan menangis pulak ye
sebab kena buat soalan Fizik.”
Dia bantai gelak kat aku.
Apa? Dia ingat aku ni lembik sangat ke nak
menangis benda-benda kecik macam tu. Ni Aisy lah, kau tak kenal lagi sapa aku.
Kalau kau tahu sapa aku then u’ll understand.
“macam mana kau punya Fizik petang tadi? Ok ke
ko?
“hampeh punya mentor,ada ke suruh aku jawab
soalan fizik tebal 6 inci aku rasa. Gila agaknya mamat tu tak pun sewel dan dia
kata lagi kena siap minggu ni jugak. Masalah betul.
“mental lah mamat tu. Ingat kau ambik subjek ni
aje ke?
“tau takpe. Aku
dah sembur mamat tu tadi tapi dia buat bodoh aje.
“berani pulak kau sembur dia. Baran jugak kau ni.
“asal tak berani pulak. Dia tu manusia macam aku
jugak,bukan serigala jadian pun,jadi apa nak takut.
Best..
ReplyDelete