CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Monday, 16 February 2015

The Only ONE

My biggest mistake wasn't falling for you,
It was thinking you had fallen for me too.
~anonymous~

Kedengaran bunyi alarm telefonnya berbunyi. Dia meraba-raba mencari telefon yang sudah dibaling entah ke mana. Jam telefonnya menunjukkan pukul 6.40 pagi. Dah nak subuh gajah pun, nasib baik bangun kalau tak subuh dinosaur lah jawabnya. Dia bergegas menuju ke tandas untuk mengambil wuduk.

Sesudah berdoa, dengan pantas dia mencabut telekung sembahyang disebabkan rasa mengantuk yang amat sangat. Itulah berjaga malam tahap tak ingat semalam, selepas tu mula lah mengantuk. Dia mengambil telefon yang sudah dibaling ke hujung katil, membelek telefon untuk melihat kalau ada mesej daripada rakannya. Tiba-tiba dia terpandang whatsapp daripada rakan baiknya, Amira.

~he says sorry

~he can’t make it

~he’s not ready for commitment for time being

~he’s really sorry

Terkedu sebentar dirinya apabila membaca mesej daripada rakannya. Terlalu banyak yang dihantar tapi hanya separuh yang mampu dibaca kerana fikirannya terasa melayang entah ke mana. Sukar digambarkan bagaimana perasaanya kini. Inikah perasaan bagaimana rasanya patah hati? Sungguh dia tidak mengerti apakah perasaan yang dialaminya tika ini.

+ I was rejected for real?

~he rejected me?

+ I was rejected officially?

Terasa melayang layang di fikirannya dibawa pergi dengan kenangan lalu. Kenangan semasa zaman sekolah. Kenangan yang manis, yang kekal dalam ingatannya buat selamanya. Kenangan yang sangat dirindui kerana pada ketika itu dia boleh bersua dengan pujaan hati setiap hari dan menjadikan setiap hari dalam hidupnya penuh bermakna. Sebelum dirinya jatuh hati pada si pujaan hati, dirinya sudah berpunya dan sebelum bertukar menjadi pujaan hati, dirinya adalah si jejaka yang sangat menjengkelkan daripada pandangan matanya. Entah kenapa perasaanya bertukar 360 darjah yang membuatkan dirinya terjatuh suka pada si dia. As saying goes “there are thin line between love and hate”. Kata orang tua-tua, usah terlalu membenci, nanti takut terjatuh hati. Pepatah itu betul-betul memakan dirinya. Sudahnya,dia bertindak memutuskan hubungan dengan kekasihnya pada ketika itu disebabkan ketiadaan persefahaman antara mereka.

Boleh dikatakan setiap hari dirinya bersemangat untuk ke kelas semata-mata untuk menatap wajah si dia. Pelajarannya tetap tidak diabaikan dan berazam untuk menandingi kehebatan si jejaka dalam bidang akademik mahupun sukan. Dirinya hanyalah pelajar yang biasa-biasa sahaja di sekolahnya, mana mampu untuk menandingi si dia. Dia sangat sayang pada si dia hinggakan bertahun-tahun dia single, ingatkan ada pengakhiran yang bagus, rupanya terputus di tengah jalan. Sebenarnya, nak cakap terputus pun bukan sebab talinya tak pernah disambung pun.

Sayang itu satu perkataan yang sukar untuk dilafazkan. Mungkin ketika zaman sekolah, dia keliru dengan perasaan sayang atau suka. Perasaan pada si dia mungkin hanya pada tahap suka or crush. Tapi perasaan itu tetap bertahan bertahun lamanya. Mungkin dia patut lupakan sahaja perasaan ini kerana terang lagi bersuluh dirinya ditolak oleh si dia. Maybe he’s not the one. Move on, he’s not worth it. Dia patut cari lelaki yang sayangkan dia bukan dia yang sayangkan lelaki tu sebab kata orang tua-tua kalau lelaki tu sayang kat kita, dia tak akan hancurkan hati kita.

Tapi masalahnya kat mana dia nak cari lelaki macam tu? Lelaki zaman sekarang yang baik-baik dah pupus, tinggal yang jahat-jahat aje sekarang. Macam mana dia nak percaya lelaki kalau hamper setiap hari dia mendapat berita daripada kawan- kawannya yang heartbroken. Boyfriend curang, macam-macam yang dia dengar. Mana nak fikir pasal boyfriend, study lagi, mungkin sebab tu dia kena reject kot sebab tak bersedia lagi. Belajar pun dah makan separuh tenaga dia. Sungguh dia penat belajar, nasib baik ada setahun lagi. Bila belajar apa yang kita tak minat, semuannya Nampak susah, tak ada yang Nampak senang.


Sekarang dia hanya perlu meneruskan hidupnya sahaja. Lagipun kumbang  bukan seekor di dunia ni, jadi dia boleh cari lagi kumbang yang baik hati, budi dan segalanya.

4 comments:

  1. Actually, he love u.
    Too much

    ReplyDelete
    Replies
    1. how did u know even though i did'nt finish that story?

      Delete
  2. Yup...
    He really love you
    Seriously.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe you should give idea how to finish this story since i don't know how to write the ending

      Delete