Berpeluh jugaklah aku nak siapkan semua
modul-modul Fizik tu. Aku rasa sekarang ni kalau mimpi pun keluar benda alah tu
aje. Tu baru mimpi,tak masuk lagi masa aku terkejut keluar semua fakta-fakta
Fizik. Rasa macam aku dah jadi Albert Enstein pulak sekarang,formula-formula
sekarang aku rasa senang macam kacang goreng aje. Kalau tengok soalan Fizik
sekarang dah tak keluar muntah hijau tapi dengan senang hati aku jawab.
Berguna
jugak lah idea mamat serabai tu walaupun idea dia macam tak masuk akal jugak
lah aku rasa. Tapi lepas ni dia nak buat apa pulak aku tak tahu,jangan buat
benda gila sudah. Yang susahnya aku bukan dia atau orang lain. Manusia yang
nama Izz Irdina Aisy jugak yang akan tanggung akibat kerja gila mamat tu. Modul
yang dia bagi tu ada 4 set lagi aku tak siap dan aku sangat terkejut dengan
keupayaan aku menyiapkannya tanpa syahid tersungkur menyembah bumi. Tak apa
masa ada sehari lagi sebelum perjumpaan mentor mentee kali kedua. Banyak jugak
soalan yang aku tak tahu aku tanya member aku,takkan nak buat muka tak malu
pergi kelas dia tanya soalan. Karang dia ingat aku buang tabiat pulak.
Entah-entah ada ke tidak kat kelas,bukan boleh kira sangat mamat tu. Pergi
kelas tak pernah nak penuh,ponteng aje memanjang. Apa nak jadi lah kat mamat
ni,nasib baik genius. Kalau tak buat sia-sia aje hidup kat muka bumi ni buat
perabis oksigen. Tapi dia aktif jugaklah dalam sukan sebab aku dengar dia ni
antara orang kuat dalam pasukan bola keranjang dan bola tampar. Kira hebat
jugaklah mamat ni, dah lah pandai,aktif sukan pulak tu. Kira macam ala-ala
perfect lah mamat ni kecuali perangai dia lah yang tak seberapa sangat. Bukan tak seberapa sangat tapi memang tak seberapa lah. Susah aku nak cakap. Anfjfnjosdnvsnvlsdm. Tak ada ayat yang boleh describe mamat tu.
Aku ni asyik buat kajian kat dia je sampai tak
ingat kerja tak siap lagi. Aku bukan
apa,manusia macam mentor aku ni ialah spesies yang jarang dijumpai jadi aku
jadi teruja nak buat kajian. Aku meneruskan kerjaku sampai lah semua modul tu
siap. Rasa tak sabar nak tunjuk kat
mamat tu aku boleh siapkan semua modul tu dengan masa yang singkat aje. Pagi tu
aku pergi ke kelas dia yang hanya terpisah beberapa buah kelas dari kelasku.
“ Ziyad mane? Aku nak jumpa dia sekejap.” Tanya
aku pada salah seorang budak kelas dia.
“dia tidur. Jap aku gi kejut.”
Masa ni pun sempat lagi ke tidur. Kataku dalam
hati.
“ takpe lah kalau dia tidur, ko cakap kat dia aku
dah siap semua soalan yang dia suruh aku buat.
“ soalan??” budak kelas dia blur- blur aje bila aku sebut
pasal soalan.
“kau cakap aje kat dia macam tu,nanti dia faham
lah.” Balasku.
Selepas waktu rehat, aku Nampak macam ada sekotak
kertas soalan atas meja aku. Mungkin soalan untuk kelasku agaknya aku
beranggapan tapi jangkaan aku jauh meleset apabila aku membaca nota yang
tertulis atas kotak tu.
+ tahniah sebab kau dah siapkan semua modul tu.
Sekarang aku bagi kau hadiah tanda kejayaan kau.
p/s: kena siap sebelum hari Rabu ni :-p hahaha.
Dia ni nak dera aku ke. Yang tu pun aku dah nak
putus nyawa siap,apatah lagi nak siapkan yang ni pulak. Memang sengal mamat
tu,takde belas kasihan langsung. Tak belajar sifat ihsan ke dalam Pendidikan
Islam. Aku pun tanpa membuang masa menyiapkan semua modul tu sebab cikgu Bahasa
Melayu cuti sakit jadi takde cikgu ganti sekarang jadi bolehlah aku siapkan
semua modul ni.
“Aisy,apsal kau khusyuk terlebih sangat ni sampai
angkat muka pun tak. Kau buat kerja apa?
“ ni mamat sengal tu bagi lagi homework kat aku
sekotak nu dan dia suruh aku siap sebelum hari Rabu ni. Mental apa mamat tu.
Sungguh aku sakit jiwa sekarang.
“sabarlah weh. Tak lama dah kau kena hadap dia.
Sebulan aje lagi,lepas tu kau aman. Tahan sekejap sebab kau nak spm dan kau nak A+ dalam Fizik tu. Kitorang yakin kau
boleh.
“siyes aku cakap aku bertahan pun sebab Fizik
aje,kalau tak dah lama aku blah.
Hari-hari berlalu dengan pantas sampaikan aku tak
sedar spm dah tak sampai seminggu aje lagi. Prestasi aku dalam Fizik semakin
menyakinkan dan aku rasa dah sampai setaraf dengan subjek-subjek kegemaranku
yang lain. Alhamdulillah berkat kesabaran aku bertahan dengan kerenah si Ziyad.
Aku pun harus terima kasih jugak kat dia,kalau tak Fizik aku pun tak ke mana.
Hari ni ialah hari terakhir perjumpaan mentor mentee,lepas ni aku tak payah
hadap dah muka si mamat sengal tu. Dia masih lagi tak berubah,serabai sepanjang
masa dan tak pernah nak kemas. Rambut panjang mengalahkan aku,ingat style
sangat lah rambut macam tu. Baju dia pun aku rasa dia main sambar aje baju yang
ada. Nak kata tak ada duit nak beli baju,setahu aku dia ni anak orang kaya Cuma
dia bukan jenis menunjuk kekayaan yang dia ada aje.
“terima kasih lah mentor sebab tolong ajar aku.
Good luck lah spm. Aku cakap awal-awal sebab mungkin pasni tak jumpa dah.
Halalkan semua ilmu yang kau ajar kat aku dan semoga kau Berjaya dalam hidup.
Minta maaf kalau ada silap.”
“ok. Kau pun sama lah. Hari ni aku takde homework
dah kat kau. Good luck lah spm nanti.”
Kami meninggalkan gazebo yang membawa seribu
makna kepada kami berdua dan mungkin itu adalah kali terakhir kami bertemu
lagi. Sungguh aku amat berterima kasih kat dia walaupun cara dia ajar tu agak
menyewelkan kepala. Dan yang paling menghairankan aku dia tak pernah walau
sekali panggil nama aku kecuali masa kali pertama dia kenal aku. Dia cakap
dengan aku tanpa mukadimmah terus straight to the point. Masa aku jadi mentee
dia pun bukan aku cakap sangat dengan dia Cuma kalau ada soalan tak paham aje
aku tanya. Nombor telefon dia pun aku tak tahu,entah ada telefon ke tidak. Bagi
dia telefon ni bukan penting sangat pun,sekadar kehendak aje. Dia bukan ada
makwe pun nak pakai telefon segala bagai ni.
Minggu depan dah nak spm jadi aku rasa nervous
sikit. Moga-moga aku dapat buat yang terbaik agar aku dapat mencapai cita-cita
aku. Lepas ni tak payah dah jumpa kaunselor FIzik aku tu, memang nasib baik
giler lah. Semoga spm ku ditempuhi dengan senang tanpa ada banyak dugaan
menanti dan harapanku agar aku dapat mencapai target yang telah ditetapkan
semasa spm nanti. Aku memang sangat berharap agar aku Berjaya dapat straight’s
A dalam spm nanti sebab aku memang dari kecil lagi bercita-cita nak sambung
study oversea jadi by hook or by crook aku kena dapat jugak semua A dalam spm
sebab itu adalah syarat yang biasa untuk dapat scholarship. Kalau tak dapat
keputusan cemerlang dalam spm, tak merasa lah aku nak hidup dekat Negara 4 musim.
Dah lama aku berangan nak main salji selepas aku tengok drama Winter Sonata
masa aku sekolah rendah. Nampak macam best aje main salji. Nak mencuba jugak
main salji,maklumlah Malaysia mana ada salji. Malaysia kan Negara iklim
khatulistiwa, jadi panas dan lembab aje sepanjang tahun.
Best...mesti akn jmpe lgi ziyad nie kan..
ReplyDelete