CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Showing posts with label My Head Girl PART 3. Show all posts
Showing posts with label My Head Girl PART 3. Show all posts

Thursday, 30 May 2013

my Head Girl part 3


Keesokkannya, satu sekolah tahu Ayad and the gang kena pelempang Lee Ninja. Haru sungguh. Kerja siapalah yang menyebarkan khabar angin yang tak berapa best untuk didengar. Memang Ayad moody aje hari tu.

“Ayad mana? Aku nak Tanya soalan Fizik ni?”

“jangan dekat dengan Ayad hari ni. Silap –silap dengan kau-kau sekali kena letupan gunung berapi.”

“apsal pulak? Soalan fizik ni bukan boleh tangguh-tangguh.”

“ada orang kantoikan dia on the spot semalam masa tengah kejar nyamuk kat belakang dewan Beta tu.”

“adoyaii. Bala datang dari mana pulak ni? Siapa pulak yang berani buat macam tu?”

“entah. Aku pun tak tahu. Kalau aku tahu, mahu aku kejar sampai tak cukup tanah.”

“budak tu memang tak tahu ke dia tengah jemput bala tu datang sendiri kat dia. Aku bet dalam masa seminggu korang akan jumpa siapa yang pedajalkan korang semalam.”


Memang dalam masa seminggu tu, tak ada orang yang berani dekat dengan Ayad pun. Kalau dekat dengan Ayad, tu bala tak berjemput. Wajib dieelakkan.

“Yad, aku dah tahu siapa yang report kat Lee malam tu.”

“siapa????”

“Syahirah”

“come again ? siapa Syahirah tu? Dendam apa dia dengan kita. Dah lah aku tak kenal siapa pun nama Syahirah tu.”

“kalau Syahirah mungkin korang tak kenal tapi Head Girl korang kenal kot.”

“Head Girl?????????????????”

“kalau cari pasal dengan head girl tu macam cari bala aje. Bukan calang-calang orang. Title ‘iron woman’ tu bukan diberi saja-saja. Memang betul pun.”

“ada aku kisah dia tu siapa. Anak menteri ke, anak cikgu. Kalau dah dia yang cari pasal dengan aku dulu, memang nak kena.” Balas Ayad.

“ikut kau lah Yad. Kitorang tak nak masuk campur. Cukup-cukuplah pelempang Lee Ninja aku rasa. Aku tak nak pelempang Syahirah pulak.

 Aina Syahirah.

Satu nama yang tak asing untuk pelajar Sekolah Seri Permata. Satu sekolah kenal dia bukan sebab dia tu Head Girl tapi dia punya kejayaan ramai jugak yang mimpi siang. Memang tiada siapa yang berani cari pasal dengan dia sebab memang kalah punya. Satu sekolah tahu dia mahir segala jenis seni mempertahankan diri yang wujud kat dunia ni.Mau kena libas kalau cari pasal tak pun kena hempuk dengan violin dia. Memang all-star student sebab dia berbakat dalam semua bidang. Cakap bidang apa dia tak berbakat,semua dia tahu. Memang kesayangan semua cikgu kat sekolah.


Ramai cikgu sayang tapi ramai pelajar benci jugak sebab garang macam Hitler. Dah lah semua benda kena ikut peraturan. Memanjang aje kena demerit kalau dia yang bertugas. Kesalahan kecil aje tapi demerit bukan kemain. Hampir-hampir bawah tanah aje markah sorang-sorang. Tapi garang macam anak singa pun, ada jugak yang nak.

 Amirul Ehsan

Satu sekolah kenal Ehsan. Memang seorang yang peramah. Senior yang baik hati, bijak dan kacak pulak tu. Tapi yang paling buat semua pelajar sekolah tu jatuh rahang, dia suka Aina Syahirah. Bertahun-tahun dia kejar Syahirah akhirnya dapat jugak. Tu pun macam Head Girl tak layan mana aje.


Kelas 4 Einstein


“head girl tu gila apa? Kantoikan aku on the spot pulak tu. Memang menguji kesabaran sungguh.”

“takkan kau tak kenal dia? Dia kan memang gila. Gila nak demerit markah orang. Markah aku dah lah nyawa-nyawa ikan aje. Lepas kena potong sebab kes ni, jawabnya detention class lah aku.”

“sabar Yen, bukan kau sorang. Kita semua bakal masuk detention class plus kena jemur tengah padang dengan lari keliling sekolah.”

“memang terbaik ah pakej kita dapat.”

“3+ 1”.

“Pelempang”.

 “detention class”.

“ kena jemur tengah panas”.

“lari keliling sekolah.”


Memang lepas tu kerja Ayad cari pasal dengan Head Girl. Ada saja benda yang buat syahirah naik angin dan masing-masing memang dah isytihar perang. Kalau satu hari tak langgar peraturan memang tak sah. Dah macam rutin harian aje.

“kau ni memang tak ada kerja lain ke selain nak langgar peraturan sekolah? Serius aku dah penat asyik hadap muka kau aje tiap-tiap hari.”

“eh? Dah penat head girl? Biar betul? Ini baru intro aje, belum betul-betul lagi.”

“stupid buffalo”. Guman syahirah rendah

“pardon head girl? Apa yang kau cakap tadi? Aku tak dengar dengan jelas.”

“tak ada apa. Tak penting pun. By the way, jangan lupa detention class esok. Nak kasi kau ni jadi orang bermoral sikit.”

“cett. Bermoral konon. Kau ingat kau tu bermoral sangat ke? Kerja nak cari salah orang aje.”


Argentum block


Rupa Aina Syahirah dah macam ayam berak kapur aje. Moody semacam aje sampaikan roommate dia pun hairan. Selalunya tak macam ni. Gaduh dengan Ehsan ke apa? setahu aku, Ehsan bukan jenis yang suka cari gaduh.

“kau apahal ni? Moody semacam aje? Ada masalah ke?

“bukan masalah dah ni tapi bala. Aku dah tahan nak hadap muka Ayad tu hari-hari. Dia tak bosan ke cari pasal dengan aku. Tahulah aku dah kantoikan dia hari tu.”

“ayad mana ni weh? Batch kita ke?

“batch kita buat apa. Junior kita lah. Budak form 4”.

“Fayyad Zuhair ke? Muka yang mixed mat saleh tu kan?

“amboi kau. Siap nama penuh lagi kau bagi kat aku.”

“mestilah. Jiran setaman aku tu. Parents aku kenal aje dengan mak bapak dia. Setahu aku dia bukan jenis macam tu. Tahan pulak dia cari gaduh dengan kau hari-hari.”

“apsal semua orang tak nak percaya cakap aku? Dia tu total troublemaker tahu tak. Kau tak percaya, Ehsan pun tak percaya. Habis tu, siapa nak percaya aku macam ni?”
                                              
~sedih kan tak ada orang  nak percaya kat kita ??