CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Tuesday 30 July 2013

MY HEAD GIRL PART 5


Minggu ni memang semua orang sibuk macam tak cukup tanah  sebab ada Sport’s Day minggu depan. Masing-masing gigih berlatih sebab nak bagi rumah sukan sendiri menang. Memang tiap-tiap tahun persaingan sengit antara semua rumah sukan. 


Sport’s Day ini memang meletihkan sebab banyak acara yang dipertandingkan.  Macam tahun lepas, hampir seminggu baru selesai. Mana taknya semua jenis sukan ada. Acara balapan tu memang wajib ada tiap-tiap tahun. Pihak penganjur tahun ni iaitu Form 4 menambah banyak acara iaitu bola keranjang,tenis, ragbi, hoki,bola jarring dan futsal. Mahu tak tersungkur bawah tanah kalau dah macam tu banyak yang kena masuk.


Semua pelajar wajib masuk sekurang-kurangnya dua jenis sukan. Semua merungut tak puas hati sebab banyak sangat kena masuk. Yang memang natural born atlit tu lain la. Kalau boleh semua jenis sukan diorang nak masuk dan aku ni salah seorang daripada golongan itu.


“ Aina, kau masuk acara apa tahun ni?”   
                                            
“macam biasalah. Acara favourite aku. Kau ni buat macam tak kenal aku pulak.”

“mana lah tahu kalau kau nak ubah angin tahun ni. Nak masuk acara lain pulak.”

“no way. Over my dead body. Aku takkan bagi rumah lain menang basketball dan rampas gelaran MVP dari aku. Haha.”

“the only and the very  one MVP. Amacam team basket tahun ni? Mantap tak?"

“mantap. Kalau tak mantap, aku sendiri turun padang bagi mantap.”

“aku dah tahu cara mantap kau tu. Pusing Dataran Titanium 10 kali dengan push up kan? Kalau gila kau datang, kau suruh diorang naik turun bukit kat belakang hostel tu kan?

“yeah. You sure know me better. Tell them better not mess up with we or they got punishment that they can’t never imagined.”

“you sure are Hitler come from hell. Haha.”

“Dira, language.”

“oops. Sorry miss Head Girl.”

“bila kau nak buat perjumpaan dengan budak-budak Argentum? Aku nak bagi taklimat sikit supaya diorang tak malukan Argentum tahun ni.”

“cadangnya petang ni aku nak buat. Lepas prep petang. Nanti aku suruh Amir announce masa prep petang nanti.”

“kalau macam tu baguslah sebab nanti lambat-lambat takut tak sempat pulak.


Argentum hall


Semua budak-budak Argentum berduyun-duyun masuk untuk perjumpaan sempena Sport’s Day. Tiba-tiba matanya terlihat  kelibat seseorang yang sangat dikenalinya.

-      + Apahal pulak budak ni ada kat Argentum Hall ni. Tak sudah-sudah nak cari pasal dengan aku.

~ Entah-entah dia budak rumah Argentum kot.

-      +  Takkan lah. Kalau betul, kenapa aku tak pernah Nampak dia sebelum ni.

~ Kau mana perasan sebelum ni sebab dia tak cari pasal dengan kau.

-      Kalau betul, memang super duper bala. Memang tak aman hidup aku sampai hujung tahun ni.


“eh Dira, aku nak Tanya sikit ni.”

“apa dia?”

“si Fayyad pemusnah alam ni budak rumah kita ke? Asal aku tak pernah Nampak pun sebelum ni?

“oh. Dia kena tukar masuk rumah kita.”

“dah apsal mamat ni kena tukar rumah kita? Dah tak ada rumah lain ke dia nak masuk? Annoying jerk!!”

“dia yang mintak tukar masuk rumah ni. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe sebab semua geng-geng dia rumah ni kot.

“banyak lah dia punya geng-geng. Dia ingat dia tu perempuan ke apa? Kot perempuan aku boleh terima alasan tu. Pengetua pun boleh pulak tukar suka hati dia aje. Gagal logic betul alasan mamat tu”

“aku dengar bapak dia tu penyumbang terbesar sekolah ni. Tu lah kot pengetua senang hati aje tukarkan dia masuk rumah ni.”

“ada aku kisah dia anak ikan jerung ke anak ikan bilis? Yang aku tahu, kalau dia buat hal dan jatuhkan reputasi rumah ni, aku sendiri yang akan halau dia keluar dari rumah ni.”

“ala, kau tak payah risau. Dia tu antara atlit paling hebat yang pernah sekolah ni ada dan akademik pun mantap. Sure bonus untuk rumah kita.”

“cerdik saja buat apa kalau perangai macam hantu.”


Terdiam Adira dengan statement Aina. Kalau dah benci tu, cakaplah 10 ribu benda baik pasal dia, memang si Aina ni pandang sebelah mata ajelah. Sabar ajelah dengan perangai dua makhluk Allah yang super duper degil ni.



#MVP ~ Most Valuable Player

Saturday 20 July 2013

My Head Girl PART 4

Sorry for late post. It actually two month since my last post for my head girl. Here you are. present you MY HEAD GIRL PART 4. Hope you enjoy it and at least please comment. i want to know about your opinion. Dont be a silent reader^^
AND NOT TOO LATE " SALAM RAMADHAN"







Geezzzzz… I’m sure I’ll give you payback. A major payback. How dare you messing with me? Sebelum ni tak ada siapa pun yang berani messing dengan dia sebab tak nak cari bala. He sure one heck of annoying guy.


How come dia selalu cari pasal dengan aku padahal aku tak pernah cari pasal pun dengan dia.


-      -Yeke Aina Syahirah? Bukan kau ke yang kantoikan dia masa hari tu.

 ~mana aku nak tahu yang kejar asap kat belakang tu dia and the gang. Lagipun masa tu aku bukan kenal dia pun.

-  - Lagipun tak ada faedah langsung cari pasal dengan dia. Makin buat aku sakit hati ada lah.

~ there, he caught your attention ^^

-   -   That annoying jerk? Sure he caught my attention but in bad way. Never ever in good way.

-      Are you actually hoping that he will caught your attention in a good way?

~Ishh,apsal pulak aku fikir pasal mamat ni. Sengal betul.  Sure aku tengah tingtong sekarang.




Assembly


Semua pelajar berduyun-duyun menuju ke Dewan Alfa untuk assembly untuk hari ini. Kebetulan hari ini giliran rumah Alfa yang jadi tuan rumah untuk assembly, so semua pelajar berkumpul di sini. 


Biasanya kalau ada assembly mingguan, pihak sekolah akan buat di Dewan utama sekolah iaitu Dewan Aurum. Sound interesting kan nama dewan sekolah kami? If translated in layman term, it like ‘Dewan Emas’. 


Setiap rumah kat sekolah ni akan ada hall diorang sendiri. It is more like common room. Tempat untuk perjumpaan, aktiviti rumah. Our school altogether have 5 houses which are Alfa, Argentum, Beta, Sigma and Gamma. And I proudly announced that I’m one of Argentumian. That house is rock!!


Alfa stand for red, Beta for yellow, Sigma for blue and Gamma for green. Guess what my house stand for? It’s Argentum. What do you except? It’s silver babe!! No one can defeat us. We have been champion since last continuos  four years back. Our logo match us well. “ Argentum for glory”. Sound cocky right? Haha.


This year too I think it woul’nt be a problem again for us to winning strike 5 years unless there are major trasher in our house. Bless us, there is no one. I’m pretty sure.


“Aina, kau daydreaming ke apa ni? Aku panggil kau dari tadi lagi kau tak jawab. Biasanya kau tak macam ni pun.”

“eh? Kau panggil aku ke tadi? Apsal aku tak dengar pun?”

“kau nak dengar celah mana aku panggil kalau dah daydreaming macam tu.”

“hey, I’m not daydreaming lah. Don’t talk so loud my dear friend, nanti orang dengar jatuh saham aku. Mana nak letak muka.”

“yelah. Mesti major turn off kalau orang tahu head girl sorang ni kuat daydreaming. Mesti diorang dah tak takut kat kau. My friend, you actually have soft side of you but you never show off.”

“memang aku tak nak tunjuk pun. Aku tak nak orang ingat aku lemah, senang dipijak. You know how men like to downgrade us. I can’t accept.”

“yelah my dearie head girl. Kau menang. Aku memang kalah kalau berdebat dengan kau ni. Tapi aku sure Ehsan in one heck of difficult guy to find. One in million I think. He actually see soft side of you that anyone can’t see. Don’t take him for granted.”


-      Is Ehsan the one for me?

~I don’t know. We were both young. Anything can happen in future.

-      If Ehsan the one for you, don’t take him for granted.

~I don’t take him for granted

-      Yes, you are!!

~Betul ke?


-      Kalau betul, then layan dia baik-baik at least for his sake.


Then, I guess I need to. Lagipun, no harm done right?






Monday 15 July 2013

housemate, tutor, enemy or husband? or not all above PART 11



september 2005


Trial aku tinggal 3 hari lagi untuk subjek Biologi, Kimia, Fizik. Kombinasi yang amat mengagumkan lagi dashyat. Biologi dengan Kimia tu ampun lagi tapi bila dah masuk Fizik ni aku tak berapa nak ampun dah. Kira rebah tersungkur teruslah. 

Ni satu lagi subjek yang tak pernah aku dapat A masa Form 5 nih. Tak tahu macam mana dah nak buat. SPM dah nak dekat tapi persediaan untuk  Fizik masih tak cukup. Aku kena berguru dengan siapa-siapa yang hebat Fizik nih. Nadira boleh tolong aku tapi geng sendiri tolong macam mana lah sangat. Bukan serius sangat pun belajar. Belajar pun aci main-main aje,bilalah aku nak expert Fizik nih. 

Aku perlukan mentor yang betul-betul pandai dan serius ni untuk ajar aku yang tak berapa nak pandai ni. SPM pun dah tak sampai 3 bulan. Esok exam Bio kertas 2 dengan kertas 3. Kertas 1 dah periksa minggu lepas. Aku ni ala-ala macam dah bersedia tapi tak sangat. Kena tengok balik lah seimbas lalu untuk recall balik memori aku ni. Memori aku ni kecik aje jadi tak boleh simpan banyak benda sangat. Simpan benda-benda yang penting saja. Yang aku rasa tak berapa penting sangat tu memang aku dah delete semua. Buat semak memori aku aje. 

Bio ni yang paling aku suka belajar masa Form 5 sebab tajuk Inheritance ada. Tajuk tu memang aku skor selalu lah tapi malangnya tak banyak sangat soalan keluar dari tajuk tu. Yang paling aku menyampah ialah tajuk Cell Division. Payah betul aku nak ingat. Selalunya aku baca tajuk tu last-last nak exam. Kalau keluar dalam exam pun biasanya aku tak jawab kecuali lah dia keluar soalan dalam bentuk struktur.

 Kalau tak jawab,memang cari nahas lah. Markah aku boleh terbang banyak mana dah kat situ. Kalau soalan lain memang sure aku dapat markah penuh tak apa lah tapi yang lain pun ala-ala nyawa ikan jugak. Jadi konklusinya aku kena jawab semua soalan untuk kumpul markah aku yang tak berapa nak banyak tu. Lain lah kalau otak macam Ziyad tu. Nak tinggal dua tiga soalan pun takpe sebab yang lain gerenti lah dapat full mark.


Nak dekat pukul 9.00 dah ni. Agak-agak sempat tak aku nak pergi tandas kejap. Aku rasa kena pergi juga sebab aku dah tak tahan sakit perut. Nanti bila dah masuk dewan tak selesa pula nak jawab soalan periksa. 10 minit cukup kot. Boleh pula masa-masa macam ni perut aku nak sakit. Tak bagi signal dah perut aku ni. 

Aku makan apa ya sampai sakit perut macam ni. Seingat aku yang aku makan semalam Cuma Nasi Beriyani dewan makan dengan burger yang aku tempah dengan kafe. Pagi tadi pun aku makan mi basah aje. Tak logic pula kalau makan benda ni buat aku sakit perut. Kalau disebabkan makanan tu aku sakit perut sepatutnya orang lain pun sakit perut juga bukan aku seorang aje.

 Hmm, nasib baik sempat aku melepas tadi. tadi  2 minit lagi nak exam. Kiranya aku ni orang yang terakhir yang masuk dalam dewan. Masa aku masuk tadi semua orang tengok aje aku. Glamor sekejap. Diorang tengok aku macam tak pernah tengok orang aje sebelum ni. Gaya tengok macam ada ekor tumbuh kat belakang aku aje. 

Lar, aku ingat aku dah orang last masuk dewan. Rupa-rupanya ada lagi manusia yang lambat daripada aku. Kes aku ni kira kecemasan lah sebab nature’ call. Baru aku perasan meja sebelah ni tadi kosong,sekarang dah ada tuan. Mamat ni rupanya yang paling lambat. Aik, pakai selipar jepun aje datang ambik exam. Ingat ni sekolah bapak dia ke. Dah lah masuk dewan tangan kosong aje. Dia ni nak exam ke tak nak ni?? Musykil aku. Tiba-tiba aku dengar macam ada suara tengah panggil orang aje. Biarkan aje lah bukan panggil aku pun.


“psst…..”

“psst….”

“eh eh minah ni boleh pula dia buat tak dengar.”

Ni apa kes pula mamat ni jeling kat aku ni.


“apa?”


Kerek pulak minah ni.


“aku nak pinjam pen satu”


“kau tak bawa pen ke?”


“kalau aku bawa tak ada lah aku mintak dengan kau. Kau nak bagi ke tak ni?”

“nah.”

“nanti habis exam aku bagi balik”

“tak payah lah bagi balik. Kau ambik terus aje. Nanti kan tak ada pen pulak. Paper banyak lagi weh.”


“kureng minah ni. Ingat aku sengkek sangat ke sampai nak beli pen tak boleh. Kalau aku nak  beli kilang pen pun aku boleh beli tau.”




“ikut suka kau lah nak beli kilang pen pun sebab tu duit kau bukan duit aku. Pen ni kira amal jariah aku kat kau lah.”

Sunday 14 July 2013

housemate,tutor, enemy or husband ?? or not all above PART 10


Fuhh!!! Lega sungguh aku sebab kertas Add Math dah tamat. Moga-moga aku dapat keputusan yang gempak lah. Aku tengok kat sebelah meja aku kosong. Cepat gila mamat ni keluar,tadi ada lagi kat sebelah aku. Pakai ilmu magik David Copperfield agaknya.


 Kadang-kadang aku rasa tahap IQ dia ni terlampau luar biasa lah. Mana taknya,boleh kata semua subjek dia lobi dan dapat 100 kecuali Sejarah dengan Biologi. Itupun dapat 99. Sampai ternganga aku masa dengar berita tu. Speechless sekejap aku. Itu bukan manusia dah kalau dapat markah macam tu, dah macam robot yang telah diprogram dengan computer. Sungguh ajaib makhluk Allah yang sorang ni. Sampai sekarang pun rasa kagum belum hilang lagi. 


Alangkah indahnya hidup kalau aku boleh tukar otak dia dengan aku tapi nak ke dia. Aku tak kenal sangat dia sebab bukan kelas aku,kelas sebelah. Aku ni speises yang kenal budak sekelas aje tapi budak perempuan aku kenal satu batch lah. Sungguh tak berkembang minda aku. Bukan apa,kenal lebih-lebih kang diorang cakap kita syok kat dia pulak. Tak mahulah aku kalau macam tu. Aku ni jenis yang tak minat mana nak kawan dengan laki walaupun dulu majority kawan aku semuanya lelaki. Sejak masuk sekolah ni, kawan lelaki aku dah berkurang dan kawan perempuan dah bertambah.


“korang semua jom gi dewan makan,perut aku dah panggil suruh makan nasi dah ni”.

“bengong lah kau ni. Perut ada mulut ke nak panggil-panggil?”

“mesti kalau perut tu ada mulut dia akan cakap kat kau,sudahlah makan tu aku dah kenyang”.

“aku pun rasa perut kau akan cakap macam tu sebab bila dah makan kau seolah-olah berada di dunia lain”.

“wei,kau ingat aku ni ada kat alam bunian ke?”

Serentak semua ketawa.


“jom lah semua”.

“kita memang murah rezeki sebab hari ni menu sedap”kata Nadira.

“macam tau-tau aje yang kita ni baru  melepasi kepahitan menjawab Add Math”.

“kiranya ni macam kita tambah tenaga balik lah sebab tenaga kita semua dah habis Add Math makan.”

“korang tahu tak sapa yang ambik exam sebelah aku tadi?”.

“manalah aku tahu kalau kau tak bagitahu.”

“punyalah semangat aku suruh korang teka”.

“David Beckham ke kat sebelah kau tadi”. celah Alia berjenaka.

“memang taka da usaha langsung lah korang ni nak teka. Agak-agaklah wei kalau David Beckham duduk sebelah aku. Jawabnya memang tak ambik periksa lah aku tadi. keje duk tatap muka si Beckham tu ajelah.”

“janganlah merajuk Aisy sayang oi. Kata brutal.”

“biar aku bagitahu aje lah. Kalau suruh korang teka alamatnya sampai tahun depan pun tak dapat lagi jawapan. Si  Ziyad Nadeem a.k.a ADD yang duk sebelah aku.”

“kau biar betul Aisy oi?” tanya Alia tak percaya.

“betul lah. Aku rasa mata aku ok lagi setakat ni. Mamat yang pakai selipar jepun,rambut panjang macam langsuir,tie tak ikat,baju tak tuck in tambah dengan tak bergosok sebijik macam kutu jalan.

“kalau dah macam tu memang sah lah yang kau bagitahu tu si ADD. Tak ada makhluk macam tu dah selain dia kat sekolah kita ni.”

“pelik betul mamat tu. Genius tapi pecah rekod disiplin sekolah.”

“Aku rasa dia tu bosan sangat lah sebab tu dia buat perkara mengarut macam tu.”

“yelah,dah bijak sangat sampai tak tahu nak buat buat. Baik lah buat amal jariah ajar kita yang tak berapa nak genius ni. Sharing is caring weh.”

“sharing kepala hotak kau. Tak adanya dia nak ajar orang macam kita ni. Level dia tu dah nak sama macam professor kat Harvard,Oxford,Cambridge,MIT nuh.

“aku rasa pun macam tu jugak. Tengok aje lah kat sini mana ada dia masuk kelas sangat tapi skor jugak.


 Masuk kelas tu sekadar cukup syarat tak nak kena bagi buang sekolah.”


Semakin kagum aku dengan mamat ni. Tak masuk kelas pun skor. Kalau aku ni tak masuk kelas,jawabnya ke longkang lah. Kalau ke longkang tak apa lagi takut ke sungai ke laut lah.  Aku sedar keupayaan aku jadi tak payah susah-susah kot nak ponteng kelas. 

Otak aku ni tak genius macam budak tu jadi tak payah gatal-gatal nak buat eksperimen tak nak masuk kelas. Aku ni nak kata bijak tak sangat,bebal pun tak. Kiranya aku ni sedang-sedang lah. Kadang-kadang time aku rajin boleh aje masuk Top 30 sekolah tapi kalau dah malas rangking aku biasanya nombor 40 lebih macam tu lah.

 Dalam geng aku Farisha lah yang paling bijak. Selalu masuk Top 20. Top 10 pun pernah. Bilalah aku nak merasa Top 10 ni. Sungguh menyedihkan kisah hidup aku. Tak usah kata Top 10, Top 20 pun belum dapat tau. Betapa payahnya nak masuk Top 20 ni. Kena bersengkang mata tak tidur segala bagai untuk orang macam aku nil ah. 

Kalau untuk yang bijak lagi genius macam si Ziyad Nadeem tu nak tidur 24 jam pun boleh aje.  Kalau tidur pun boleh skor 100, kalau tak tidur aku tak boleh bayangkan berapa markah yang dia akan dapat. Mungkin tak terkira atau infinity. Memang aku cemburu dengan manusia nama Ziyad ni.