CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Sunday 31 March 2013

housemate,tutor,enemy or husband?? or not all above part 7



Kehidupan di hostel sangat-sangat mendewasakan aku. Dua tahun yang sangat mengajar aku apa itu erti hidup. Daripada budak hingusan sampailah aku menjadi dewasa.

 Big time. Hands down. I will remember all this memory and keep deep in my heart. 


Hostel life was one of the best things happen in my life.. Kalau boleh, aku memang tak nak tinggal pun school life. 


Banyak benda-benda jahat yang aku dan gang aku buat sepanjang 2 tahun di situ. Just for fun.


 Sebenarnya tujuan kitorang buat semua benda tu sebab nak lepas tension. Menjadi pelajar di sekolah berasrama penuh memang sangat susah tapi ada masanya seronok. Kitorang kena sentiasa mengekalkan pencapaian cemerlang dalam pelajaran. Siapa yang tak tension beb!!!. 


Aku dan gang aku pernah black out satu kawasan sekolah sebab dah tension sangat belajar.

 Tak boleh nak masuk dah. 


Sudahnya malam tu prep dibatalkan. 


Yahoo!!!.


 Plan berjaya. Tapi kan bila fikir balik kesian jugak kat pelajar yang nak study tapi tak boleh study disebabkan kitorang.


 Sekali sekala bukannya selalu. Esoknya PK Hem cakap hal black out tu dah selesai. Jadi prep malam ni berjalan seperti biasa. Nampaknya PK Hem tak tahu siapa yang jadi tukang black out semalam sampaikan prep kena batal. Kalau dia tahu mahu kena gantung terus aku dan gang aku.



“ weh, korang tak rasa lapar ke malam ni?”.



“aku memang lapar tapi nak makan apa malam-malam buta macam ni. Dewan makan dah lama tutup. Ration aku dah habis, kalau ada pun tinggal serdak-serdak aje.”



 “aku pun.”balas seorang lagi rakanku.



“ so amende plan nak buat nak bagi hilang lapar?”.


 “ kita fly nak?”.


“nak fly pergi mana?”.


“ fly pergi kedai depan tu aje. Hidung aku dah terbau-bau mi kari Pak Ali ni. Kang tak pergi, kempunan pulak aku”.


“ ngok lah kau ni. Malam-malam buta camni pun masih bernafsu nak makan segala bagai macam tu ke?”


“nak buat camne. Dah lapar. Tak kan lah aku nak cakap kat perut aku suruh lapar esok pulak.Hehe.”


“bengong lah kau ni”.


“bengong tak bengong. Perut aku dah lapar ni. Bila tuanku semua nak berangkat pergi, patik dah starving nih. Kalau aku mati kelaparan, aku cari korang semua. Hehe.”


“ yelah.”


“ kita keluar pukul 1 pagi. Masa tu rasanya semua dah tidur. Senang sikit kita nak jalankan plan kita”.


“ok, set. Sape yang round malam ni?


“ pak cik man”


“ ok, bereh. Warden bertugas?


“ cikgu azmi. Rasanya dia tak berbahaya untuk plan kita malam ni.”


“ ok. Kita ikut laluan belakang aspuri. Situ senang sikit sebab tak ada orang Nampak. Lagipun aku kan yang pegang kunci gate aspuri. Jadi dun worry2 lah”.


“ 1,2,3 lompat”.


“ akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak makan mi kari”.


“ makan lah kau puas-puas. Baru berbaloi kita bergadai nyawa semata-mata nak teman kau makan mi kari punya pasal.”


“ thanx fren”


“ no hal ah. Kita kan kawan”. Serentak semua rakan aku membalasnya.


“ lain kali boleh lah kita fly pulak yer?”.


“ tengok keadaan lah. Ni pun nasib baik lepas.”


“ weh, pasni kita nak balik ikut jalan mana?”


“ sekarang pukul berapa?”.


“ pukul 2 pagi”.


“ eh, sekarang ni time pak guard tengah round aspuri.  Kita tak boleh balik sekarang kalau nak ikut jalan tadi. Kang terbabas, naye aje.”


“ so, kita balik ikut belakang rumah pengetua”


“ kau giler ke haper??. Tu macam nak bunuh diri secara sukarela aje.”


“ rilek lah. Jalan yang paling bahaya tu lah jalan yang paling selamat”.


“ ape- ape je lah kau ni. Sure ke tak kantoi?”


“ nak kata sure 100% tu tak lah tapi selamat lagi lah daripada jalan yang kita lalu tadi”


“ ok. Kita tawakal aje lah. Doa dulu sebelum balik.”


“ kiranya kita ni fly secara beriman lah. Hehe”.

“ banyak lah kau punyer beriman. Kalau awal-awal perbuatan kita ni salah, tak kan jadi baik punyer”.





Fuhh!!! Lega.
 Nasib baik esok tak sekolah.

 Selamat juga kitorang sampai kat bilik masing-masing. Untung dapat roommate yang sporting.


 Yelah, kalau dapat yang jenis skema tahap gaban nak buat jahat pun segan.


 Tapi kebanyakan masa aku dihabiskan dekat bilik Aishah. Senang sikit nak bersidang kat sana, tak ada orang nak ganggu.


 Keesokkannya semua terbabas subuh sebab mata terlampau mengantuk dan tak larat langsung nak buka. Setan banyak sangat bergayut kat mata kot. 


Memang mengantuk lah sebab masa sampai kat bilik pun dah dekat pukul empat pagi, kalau sape tak ngantuk memang dasyat lah.


Nak sembahyang subuh, memang dah tak sempat. Bukan setakat subuh gajah tak sempat, subuh dinasour pun belum sure.


 Sebabnya semuanya bangun bila matahari tegak kat kepala. 


Pukul sebelas baru bangun. Apa nak jadi lah anak dara bangun lambat-lambat. Sekali sekala apa salahnya. Biar dah berkala-kala pun. 


Kat sekolah je lah nak rasa bangun lambat-lambat pun sebab kat rumah memang mak-mak kitorang akan bising dan membebel tak henti-henti. Jadi untuk selamatkan telinga, jadi kena bangun awal selalu lah walaupun tengah cuti. Kata mummy tak baik tidur lama-lama, nanti otak jadi bengap. Betul ke tidak aku pun tak tahu. Terima aje lah.


Selepas kitorang siap mandi, bergerak menuju ke dewan makan lah, ke mana lagi. 

Perut dah berkeroncong ni. Kalau main lagu Irama Malaysia boleh terima lagi tapi ni dah masuk rock. Kalah lagu Linkin Park. 


Untung badan hari ni sebab menu sedap.


 Macam ni lah gaya hidup kat hostel. Kalau makanan best, bertuah lah tapi kalau kena time menu tak best ternganga lah jawabnya. 


Tak best pun kena makan jugak kalau tak kebuluran lah. Time hujung minggu ni bukannya kafe bukak pun kalau nak beli makanan.


 Kalau tak, boleh jugak menapak kat sana kalau time menu dewan makan tak best.


 Tak kan nak fly tiap-tiap hari. Maunya tak penat. Menu yang paling tak best kat hostel ialah ikan jaket.


 Orang panggil ikan jaket sebab kulit dia keras macam jaket.. Macam mana nak berselera kalau ikan tu keras macam kayu. 


Gigit pun tak berapa nak lut. Kalau time menu ikan jaket, memang ramai lah yang tak turun kecuali lah time tu dah akhir- akhir bulan. 


Akhir-akir bulan biasa lah, dah ramai pokai. Nak tak nak kena makan jugak lah kat dewan makan. Tak kan nak suruh mak cik dewan makan belanja pulak. Maunya kena sound percuma aje kat tengah-tengah dewan makan yang cantik lagi indah.  

Nak makan sedap-sedap tunggu high table lah. Tu pun kalau diorang buat. 

Biasanya high table dibuat sempena menyambut majlis-majlis tertentu. Masa tu lah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pelajar sebabnya masa tu semua makanan yang sedap-sedap akan dihidangkan. Kiranya ala-ala hotel gitu. 


Tapi yang tak berapa best sikit sebab kena makan ikut protocol kat meja makan.


 Tak boleh bising-bising. 


Kena makan sudu garfu segala bagai.


 Memang tak kenyang mana lah kalau makan pakai sudu garfu. Kadang-kadang aku makan pakai tangan aje, barulah puas hati nak makan. Boleh menikmati sikit makanan. Tapi kalau time cikgu lalu, pakai sudu garfu balik lah.


 Pandai-pandai lah nak hidup. Jangan skema sangat.

Friday 29 March 2013

jangan lupa tonton SSID pukul 9 malam ni!!

SSID pukul 9 malam ni kat TV3!!! Tak sabar nak tengok. Harap2 best macam yang dalam novel lah.
Sebab biasanya novel adaptasi banyak yang menyimpang..

Pelakon-pelakon SSID

syaf- Tiz Zaqyah
Acad- Izzue Islam
Farish- Fezrul Khan
Rania- Uqasha Senrose
Hakimy-Qi Razali


ni antara gambar pelakon ssid


kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh visit page penulis SSID http://mydarwisyashome.blogspot.com/2013/02/sekitar-photoshoot-drama-sebenarnya.html
 kalau nak tengok preview drama ni, boleh visit link ni
http://www.youtube.com/watch?v=Kvus5ctZ6hs&feature=youtu.be


Thursday 28 March 2013

she's remember part 4



“your test saya dah habis semak semua.

 Sila datang ke depan ambik your paper. 


 Sape yang tak dapat A dalam Add Math,sila datang ke depan sebab saya nak bilang berapa orang yang tak dapat A. 


Yang dapat A tu,tahniah dan kekalkan dan bantu rakan-rakan kamu yang tak dapat A ni. 


Faham semua?”


 “ faham cikgu.”


macam-macam reaksi pelajar 5 Gamma bila dah dapat kertas ujian. Ada yang tersenyum dan ada jugak yang mengeluh. Dan pasti ada yang merungut macam ni.

“eh,kalau aku tahu macam ni,aku tulis aje ape yang aku tahu.”


“tension dowh. Bila nak dapat A ni. Penat tau belajar subjek ni.”


“punyalah panjang berjela aku punya calculation,dapat 1 markah je. Hampeh betul.”


“meh sini kau punya kertas,aku nak banding jawapan. Tang mana aku salah. Adeyy, salah titik aje dah terbang 10 markah kat sini. Bala sungguh.”



“sape yang dapat paling tinggi untuk ujian yang saya bagi tadi?”.



Semua sebulat suara menjawab” elham cikgu.

 Dia dapat 100 Add Math”.


 “ oh, ada eh yang dapat 100?”. 


“saya tak perasan pulak tadi”. 


Okeylah kalau macam tu. “ saya lantik elham jadi mentor untuk kelas ni ok”. 


“kalau ada apa-apa tak faham,boleh Tanya dia kalau saya takde.”


 Bala dah datang. 


Mati aku kalau macam ni.


 Aku bukan pandai pun nak ajar orang. Sikit-sikit bolehlah tapi kalau dah sampai nak jadi mentor ni memang tak lah.


 “Boleh Elham? 


Jangan bimbang,bukan saya suruh awak jadi mentor untuk satu kelas ni tapi awak Cuma kena bimbing betul-betul Cuma Izreen sorang aje. 


Yang lain tu awak Cuma tolong-tolong aje. Bukan apa,sayang kalau Izreen tak boleh perform subjek ni padahal subjek lain bagus. Awak tolong ye?



 “. Budak kepala besi tu nak ke kalau aku jadi mentor.


 Silap haribulan,dia tak puas hati dengan aku,mau dia bomnya aku. Tak ke nahas.


 “ saya takde hal cikgu kalau nak tolong tapi takut Izreen tak nak dengan saya lah. Takut lah dia nak dengan orang lain. Saya kena tahu jugak tu.”


“Izreen,awak okey ke kalau Elham ni jadi mentor awak? 

Should not be any problem kan?”.


 “Saya okey aje cikgu. Takde hal kalau si Elham ni jadi mentor saya”.


 Eh..tak kisah pulak budak ni. Biasanya kalau dengar nama aku,dah berapi-api tahap gunung berapi dah.


 Ni.. boleh pulak tak kisah aku yang jadi mentor dia. Hilang ingatan apa budak ni. 


Yang pasti semua orang dalam kelas tu senyap bisu lepas dengar statement mengejut si Izreen tu. 


Bukan apa,satu sekolah tahu yang dia dah isytihar aku ni sebagai musuh dia. Boleh bilang dengan jari berapa kali dia cakap dengan aku dalam masa setahun.


 Dan aku pun tak teringin nak bercakap dengan dia saja-saja kecuali lah benda yang penting teramat. 


“ Elham dengan Izreen,kamu boleh mula kelas intensif Add Math ni petang ni jugak. Saya nak tengok untuk mid year exam ni,Izreen ni dapat A okey. Pandai-pandai kamulah macam mana nak ajar Izreen ni Elham.”


“Izreen,kau tak kisah pulak budak tu jadi mentor kau.

 Bukan kau perang dunia ke dengan si Elham tu?”. 


“Perang tak perang.


 Dah dia aje yang boleh tolong aku dalam subjek ni. Aku tak nak Spm aku lingkup sebabkan perang ni”. 


Bila aku dah dapat A,aku lancar perang balik lah”. 


“Mana tau,bila dia dah jadi mentor kau ni,boleh baik sikit korang dua orang ni”.


”Aku nak baik dengan si mafia tu? Memang tak lah. Selisih malaikat 44”. “Dia tu typical alpha male kau tau tak?”. “aku tau.

 Dah bertahun-tahun kau mengulang ayat yang sama aje sampaikan aku dah boleh hafal ayat tu”. 

“Kalau kau tau,xpe lah.


 Aku tak boleh lupa dowh segala kejahatan yang pernah dia buat kat aku. Siot aje dia kenakan aku depan-depan cikgu Razif. 


Dah tau baran cikgu Razif tu ibarat bom yang boleh meletup bila-bila masa aje,nak jugak cari gaduh dengan aku masa tu jugak. 


Paling tak boleh lupa,dia pedajalkan aku punya projek Sains. Berminggu-minggu aku tak cukup tidur buat projek tu,dalam sekelip mata aje hancur. Malam tu jugak aku curi masuk booth pameran nak bagi pengajaran sikit kat mafia tu. 


Sudahnya pagi esok,boleh dengar satu sekolah si mafia tu mengamuk. Seminggu dia bad mood. Semua orang tak berani kacau. Kacau lah kalau nak cari bala. Baran si mafia tu boleh tahan jugak. Muka keruh aje seminggu tu. Siapa suruh cari pasal dengan aku tapi macam dia tahu aje sape yang buat. 


Serves him well. Eheh.


“paling best,part yang dia jahanamkan kau punya projek tu lah.

 Aku tak boleh lupa lah pasal projek tu. Aku ingat lagi ayat kau masa tu” this means war”. Mana tak perang,semua orang tahu yang projek tu sangat penting untuk seseorang yang bernama Izreen. 


Bila tiba masa nak hantar,tengok projek dah musnah. Mau tuan punya badan tak mengamuk. 



Satu aspuri dengar si Izreen ni mengamuk”. “Memang perang sungguh lah lepas tu. Entah apa benda yang dia tambah kat aku punya projek. 


Meletup. 


Nasib baik tak kena sakit jantung aje masa tu. Pucat tak payah nak cakap lah masa tu”. 



“Aku ingat lagi,memang kau macam nak pengsan dah masa tu. Aku pun terkejut walaupun tempat aku jauh dari kau punya tempat”. 


“Memang aku tatau macam mana boleh meletup. Setahu aku,dah measure cukup-cukup. Tak lebih,tak kurang. 


Tiba-tiba aku pandang kat belakang,you-know-who tu senyum kat aku. Memang dia punya kerjalah tu,dah tak ada orang lain nak kacau aku”.


“Korang punya sejarah perang ni memang boleh dibukukan tahu tak? Semua tempat korang nak perang. 

Tak cukup kat padang,dalam pertandingan debat pun nak perang. 


‘Mens vs Woman,who is better?’


 Memang kena sungguh tajuk tu. Penganjur yang bagi tajuk tu pun satu,dah tahu dua orang ni memang perang,bagi lagi tajuk macam tu.


 Memang panas lah pentas debat hari tu. Masing-masing terbakar aje dengan statement pihak lawan dan aku rasa masa tu macam diorang lawan satu lawan satu aje.


 Peserta lain tak berani berhujah,takut kena fire on the spot. Akhirnya,tak ada siapa yang menang sebab hakim cakap masing-masing ada keistimewaan tersendiri,jadi tiada siapa yang lebih bagus.




Ada sekeping post note yang dilekatkan atas meja dia.





Add Math pukul 3
Library
Topic Form 4
p/s: pick your own topic





+ ish.. mamat ni. Tak menyempat nak jadi mentor aku. Nak dera aku lah tu.


~ bukan kau ke yang setuju dia jadi mentor kau.


+ memanglah.


~habis tu?




Saturday 16 March 2013

she's remember part 3





Dah pukul 5.50 pagi ni. 

Si mulut murai ni tak bangun lagi. 

Tulah, suruh tidur awal tak nak,kang payah nak bangun Subuh.

 Dia ni dah lah liat nak bangun Subuh. Selama 5 tahun kat sini,aku ni jadi tukang kejut Subuh sukarela tau.

 “Alif,bangun weh. Dah subuh ni. Nanti tak sempat nak jemaah pulak.”

 “grrrr…” ah sudah. Mimpi apa pulak mamat ni. Kalau tak mimpi pelik-pelik tak boleh ke? 

Menyusahkan orang betul. Dah tua Bangka macam ni pun liat nak bangun. 

“Alif!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bangun!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” 


kalau tak bangun lagi,aku kena guna jalan terakhir lah. 

Simbah air atas muka. Selama 5 tahun ni,cara ni tak pernah gagal. “eh,aku kat mana ni?” 


ewah-ewah. Sempat lagi berdrama samdol ni.

 “ eh samdol,kat bilik lah. Kat mana lagi. Kau ingat kat mana,hotel ke?”

 aku ingat kat dalam hutan tadi. Rimau kejar aku. Macam –macam binatang masuk dalam mimpi si Alif ni.

 Sebelum ni,gajah,buaya,ular dan banyak lagilah kalau nak senarai pun. Aku pun tak faham macam mana segala jenis binatang boleh masuk dalam mimpi dia.






8.00 pagi


Kelas 5 Gamma



Suasana riuh macam kat pasar borong Selayang aje. Tak pernah nak senyap.

  Tiba-tiba aje kelas ni senyap. Dah tau dah kenapa. Mesti cikgu Add Math dah sampai.  


“selamat pagi cikgu”. 

Aku tengok semua budak kelas aku dah bisu semua sampaikan si mulut murai tepi aku ni pun senyap bisu.

 “weh,apahal kau senyap bisu aje ni? Mulut kau dah tercabut ke? Haha”. Bisikku.

 “ kau ni,time kritikal ni jugak kau nak bercakap dengan aku.

 Aku senyap ni sebab nak selamatkan diri daripada cikgu tapi aku rasa sekarang dah tak selamat sebab cikgu dah jeling kita dari tadi lagi”.

 Saat ini,dirasakan pandangan cikgu Nurul macam nak tembus badan dia aje.

 Cikgu Nurul memang pantang anak-anak muridnya bising masa dia mengajar. 

Matilah aku.

 “ Mohd Alif dengan Elham Faiz,sila ke depan buat soalan yang saya tulis ni.

 Kalau tak boleh jawab,berdiri di depan.”tegas kedengaran suara cikgu Nurul.

 Semua orang terdiam bisu untuk mengelakkan daripada dipilih untuk menjawab soalan di depan. 

“ kau punya pasal lah ni. Tak pasal-pasal aku pun kena”.

 “ aik,aku pulak. 

“elham,alif..ada masalah ke dengan arahan saya?” 

“eh…tak..tak.. cikgu.”




+matilah aku macam ni. Aku bukan pandai Add Math macam si Elham ni. Eh..bala betul di pagi-pagi hari ni.


~ eh murai ni. Nak jeling-jeling aku pulak. Bukan salah aku pun kalau kena panggil.


+ memang salah kau pun.


~ yelah. Memang salah aku pun. Sorry.


“dah siap ke elham,alif?” 

“ dah cikgu. 

“ okey. Bagus.”

 Bila dengar cikgu Nurul cakap macam tu,rasa lega yang teramat.

 Syukur Alhamdulillah. 

“ tengok tadi,kau punya jawapan betul je kan. Kau aje yang gabra lebih.” Alif senyum.

 “ mana tak gabra weh. Aku bukannya pandai sangat Add Math macam kau. Mana tak gabra buat depan cikgu Nurul yang garang macam rimau tu.

 Agaknya aku mimpi rimau semalam sebab kena jawab soalan pagi ni tak. Haha”.

  “bengong lah kau ni.

 Ada ke samakan cikgu Nurul dengan rimau. Tapi kan aku rasa rimau pun takut dengan cikgu Nurul. Haha”.

 Cikgu Nurul merupakan antara cikgu yang paling digeruni di sekolah tu. 

Sumpah takut.

 Pernah ada senior aku kena baling dengan duster sebab tidur dalam kelas. Memang berani mati betul senior tu.

 Aku memang tabik spring lah. 

Takat kena lempar marker kalau tidur tu dah perkara biasa sampai aku pun dah lali sebab aku antara orang kuat tidur dalam kelas.

 Tak payah nak tabik spring sangat dengan senior tu sebab aku pun lebih kurang aje. 

Semua pencapaian cemerlang aku dalam Add Math dilupakan begitu sahaja oleh cikgu kalau aku tidur dalam kelas. 

Cikgu Nurul memang tak kisah dah pasal kau ni dapat 100 ke dalam Add Math, bila kau tidur dalam kelas dia,memang cari nahas lah.



Tiba-tiba aku terpandang seorang budak kelas aku ni. 

A lady. 

Cantik tapi sayangnya tak pernah senyum kat aku. Umpama aku ni patung cendana aje dalam kelas ni.

 Tapi, gila dia nak senyum kat aku.

 Aku ni kan musuh utama. Bak kata dia” typical alpha male”. Itu aje ayat yang selalu aku dengar dari mulut dia dari aku form 1 sampailah form 5 ni.


 Semua benda dia nak lawan dengan aku. Aku takde hal sangat bab-bab nak lawan ni. 

Kitorang ni umpama magnet yang sama kutub yang akan sentiasa menolak antara satu sama lain. Kalau bekerjasama, memang hancur. Masing-masing nak menangkan pendapat sendiri. 


“hey lady,why are you so stubborn ?”gumamku.


 “kau cakap dengan aku ke elham?”. 

“takdelah. 

Mana ada aku cakap dengan kau. Salah dengar kot.”

 Parah kalau si Alif ni dengar. Dia kan memang terkenal dengan gelaran mulut murai. Kantoi kutuk pasal budak tu. 

Tuesday 5 March 2013

housemate,tutor,enemy or husband?? or not all above




“ kau ni perempuan ke jantan ?” ikut suka kau lah nak kata apa. “ ini life aku, kau siapa nak larang. Aku tak kisah apa orang nak cakap pasal aku, janji aku hidup bahagia. Gua tak kacau hidup lu, so please lah jangan kacau hidup gua lagi.”.balas aku. “ Aku memang bukan sesiapa dalam hidup kau tapi aku sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W bertanggungjawab nak tegur kau pasal kau ni dah langgar hukum Allah S..W.T.. kalau perempuan tu buat lah cara perempuan. Tak payah nak jadi jantan. Lepak sana lepak sini. Kau nak jadi apa? Bohsia ke??.”.Kenapa perangai kau teruk sangat hari ni Jazz. Enough. I said enough. Kenapa kau nak melenting pulak? Salah ke semua benda yang aku cakap ni?? Memang lu tak salah tapi ni bukan caranya. Habis kau cakap kat aku cara apa yang kau nak buat untuk bagi kau sedar diri sikit.

 Enough of this insult. 


Kalau gua nak berubah, biarlah sebab diri gua sendiri. Bukan sebab orang lain. Memang bukan senang nak berubah tapi siapa tahu masa depan kita kan . maybe one fine day nanti gua akan berubah and maybe jugak masa tu lu dah tak akan kenal gua lagi. Keep my words. O.K.E.Y. sepatah-sepatah dia menuturkan. Aku nak jugak tengok macam mana jantan nak jadi perempuan. Aku akan tunggu hari tu. So, make sure hari tu kan tiba.  Tapi kan boleh ke kau jadi perempuan, macam tak caye aje. Haha. Dia senyum sinis kat aku. Jalan keras macam jantan. Tak ada rupa perempuan langsung. Nama Aisy jadi Is. Rambut pendek macam askar, ada hati nak jadi perempuan. Blah la lu.


 “ Back off. Leave me alone. I hate youuuuuuuuuuuu."


 Tanpa sedar, cecair jernih mula bertakung kat kolam mata. Tahan. Jangan menangis. Tak guna kau nangis untuk jantan tak guna macam tu. Nanti kalau kau nangis, dia ingat kau lemah. Off. Mulai saat ni kita akan bawak haluan masing-masing. Gua tak kenal lu dan lu tak kenal gua? Aku no hal lah. Ingat aku nak kenal sangat ke perempuan tomboy macam kau ni. Buat sesak memori aku aje. “ okey”. Balas aku. Dan selepas peristiwa yang menghancurkan hati aku itu, aku tak pernah jumpa Jazz lagi. Entah macam mana rupa dia sekarang pun aku tak tahu. Masa tu aku sangat-sangat cedera. Rasa macam nak bunuh diri pun ada. Sangat- sangat down. Tak pernah lagi aku rasa macam tu dalam hidup aku. Ini kali pertama. Aku rasa sangat-sangat terhina. Nak dekat dua tahun juga baru aku hampir pulih. I hate him for everything he does to me. Hanya abang seorang aje yang tahu. Itu pun aku cerita selepas dipaksa. Kalau tak jangan harap. Jazz Umar Rafiq bin  Amir Fareez. Hope you life well even though you make my life suffer like the hell. Selepas itu aku dan keluarga aku pun berpindah kat Bangi. Jadi aku memang tak pernah jumpa dengan dia selepas malam itu. Aku pun dah tak ada hati nak jumpa dia. Kalau tak jumpa terus lagi bagus. Aman aje dunia aku yang indah permai ini. Aku Berjaya dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR dan ditawarkan ke sebuah sekolah berasrama penuh yang terkenal di Selangor. 


Aku belajar bersungguh-sungguh demi untuk menggengam cita-citaku sebagai seorang pakar gigi yang berjaya.  Aku tidah menoleh lagi ke belakang. Di situ juga aku mula mengenali erti persahabatan yang sejati. Aku berasa diri aku sedikit demi sedikit berubah. Aku dapat melupakan peristiwa pahit itu walaupun sekali sekala iia akan menjengah mindaku. Berkat pertolongan rakan-rakanku, aku menjadi seorang Izz Irdina Aisy Binti Fareed Ahmad kembali. Mereka dapat menerima aku seadanya walaupun aku ni tak macam mereka. Walau aku tomboy, mereka tetap terima aku. Bagi mereka, tiada yang membezakan tomboy dengan real lady. Semuanya sama bagi mereka. Buat apa jadi perempuan betul tapi tak tahu apa-apa perempuan. Walaupun aku ni tomboy, aku tahu masak, menjahit dan semua benda yang orang perempuan buat lah.  Cuma yang membezakan aku dengan perempuan lain ialah pada luarannya. Who cares??. I happy with my life and I enjoy it.

Know all of you are a special things in my life,

 when we are together,

there are a lot of thing to laugh,

talk about and new thing to do,

without you my friends,

I”ll be alone,

In this complex and lost growing society,

Hope that our friendship will never end,

Till never end,

A faithful friend, give me strength to face the life….

she's remember part 2


Ingat. Kau yang cari pasal dulu,so kena terima lah akibatnya. Ingat senang nak terima kenyataan  orang yang kita sayang tak ingat kita. 

Pedih tau.

 Memang pedih. Rasa macam hati ni kena lapah aje. Hiperbola sungguh perumpaan kau.

 So,kau kena rancang misi memenangi kembali hati your lady tu. Lambat-lambat nanti ada yang masuk jarum,kau jugak yang gigit jari nanti.

 Memang gigit jarilah aku kalau ada yang masuk line sebab aku tahu ramai mak cik-mak cik yang berkenan nak buat dia jadi menantu.

 Maklumlah kerja pun best,cukup budi bahasa sape yang tak nak. Agaknya aku aje yang kurang waras tolak dia macam tu aje. Yelah tu. Orang yang tak berapa cerdik aje yang tak nak kat dia.


Bukan aku tak nak tapi masa tu tak ada jodoh, nak buat macam mana. Jodoh di tangan ALLAH s.w.t.

 Aku tak boleh nak paksa-paksa hal-hal jodoh ni. Tapi dia tak pernah tahu yang kau sayang dia kan? 



Memanglah dia tak tahu. Gila nak cakap depan-depan. 

Mana nak letak muka kalau kena tolak. Malu aku kalau taiko kena tolak mentah-mentah dengan awek. 

Mahu setahun kena bantai gelak dengan member-member. Bukan boleh main dengan budak sekolah dia tu. 

Nakal yang amat termasuklah dia sendiri.

 Zaman sekolah memang penuh dengan hal-hal yang tidak terjangka oleh akal fikiran dan kenakalanku memang cukup terserlah sampaikan pernah kena penampar cikgu disiplin.

 Masa tu darah tengah panas, semua benda dia nak cuba. 

Kena penampar tu pun sebab terkantoi dengan cikgu merokok kat semak samun belakang hostel.

 Entah macam mana cikgu boleh tahu port dia malam tu. Padahal dah berzaman dia lepak kat situ,tak pernah pulak terkantoi.

 Macam ada orang yang sengaja kantoikan dia pun ada masa tu. Tapi sampai sekarang pun dia tak tahu sape yang pedajalkan dia malam tahu. Kalau dia tahu sape,memang bungkus lah orang tu.


Setahu dia bebudak laki memang kuat ukhuwahnya kalau bab-bab langgar peraturan sekolah ni.

 Tak pernah lah pulak dengar diorang kantoikan sesame kaum. Reputasi kaum adam harus dijaga supaya tak dipandang rendah oleh kaum hawa.

 Ceit!! Kaum adam lah sangat. Berbulu telinga dengar. Haha. Bagi dia,perempuan tak patut diberi muka sangat sebab nanti diorang pijak kepala kita balik.








2008



“kring!!!!!”


“loceng bunyi dah,jom makan. Aku dah lapar tahap kebulur ni. Kalau tak makan jugak,mau jatuh pengsan aku.”


“perut apa lah kau ni,bukan  pagi tadi baru breakfast kat dewan makan ke? Cepat bebenor perut kau ni lapar. Padahal kau siap rembat aku punya soto lagi tadi.”


“ gila. Makan dua mangkuk soto pun tak kenyang. Perut tempayan ke apa?”


“ tadi makan soto aje. Mana kenyang. Aku nak makan nasi weh. Perut Melayu biasalah. Kena makan nasi jugak macam mana pun.”


“haha. Aku setuju dengan kau.”




Kedengaran riuh suara pelajar di dalam dewan makan itu.

 Biasalah waktu lunch kan. Macam-macam nak dibualkan. 

Pasal cikgu Fizik yang garang lah,kerja sekolah tinggi macam gunung Everest lah dan macam-macam lagi


“ kau tahu cikgu Razif tu garang lah. Aku nak angkat muka tak berani.”


“eh, dia ajar kelas kau jugak ke? Sumpah garang.”


“kerja sekolah aku tinggi macam gunung. Ada ke cikgu Nurul tu bagi kerja Add Math macam takde hari esok dah. Tension dowh. Tekanan jiwa.”


Dan aka nada yang menyambungnya.



“ memang tension weh. Ingat Add Math macam satu tambah satu ke?”


“hmm. Betul2. Ingat  aku tak ada kerja lain ke nak hadap Add Math je. Sumpah bosan main dengan angka-angka ni.”


Dan akan sambung bergebang lagi masa kelas prep sebab nak protes betapa tak puas hatinya. 

Memang jarang kalau nak cari suasana prep yang senyap dalam kelas kecuali esok nak exam.

 Confirm jarum jatuh pun berbunyi.



“ weh elham, kau dah siap belum kerja Add Math. Kalau dah siap,aku nak pinjam.”


“ dah. Ada kat atas meja tu. Tapi swap dengan homework Bio lah sebab otak aku dah biol dah tengok soalan Bio ni. Silap haribulan muntah hijau aku kat dalam kelas ni.”


“ okey. Deal. Setakat Bio takde hal. Kau nak tiru semua pun aku tak kisah.”





 Begitulah adat hidup pelajar sekolah boarding school sebab nak hidup kena pandai. 

Tak larat nak buat semua kerja sekolah.
.
 Mau syahid tersungkur menyembah bumi. Hidup kena pandai system barter.

 Memang system barter betul-betul dipraktikkan dalam kehidupan seharian seorang pelajar sebagaimana yang dipelajari secara teori dalam Sejarah.


Subjek yang paling digeruni dan paling buat pelajar gila di sekolah tu sememangnya Add Math dan paling disukai oleh cikgu-cikgu sebab nak periksa kertas senang.

 Mana tak senangnya,kalau hantar kertas jawapan semuanya banyak kosong aje. Memang senang lah jawabnya.

 Tapi bagi aku subjek tu tak lah susah mana kalau nak dibandingkan dengan Bio. Sumpah aku tak nak ambil apa-apa subjek yang ada kaitan dengan Bio dah lepas ni.

 Serik dowh. Sebelum masuk Form 4 dulu,aku memang nak ambik kelas LK  pun tapi entah macam mana boleh tercampak kat sini pun aku tak tahu.

 Diorang bukan tak tahu betapa seksanya aku belajar subjek ni.  Markah yang dapat pun setakat cukup cukup makan aje. Boleh lah bernafas lagi.


“elham,apsal susah sangat soalan ni? Dah dua jam aku duk ngadap soalan ni? Alif mengguman. “soalan mana.meh aku jawab.” Muka Alif dah berkerut macam nenek tua dah. Tension punya pasal.

 “ ni soalan nombor 5 tu. Giler punya susah. Aku rse macam xde dalam syllabus aje. Trigonometry sungguh. Sumpah aku menyampah.

 Laa….yang ni ke. “senang aje. Kau simplify dulu dalam equation yang sama,pastu baru boleh  solve”. 

Ish Alif ni,bukannya susah sangat pun, Kau aje yang cepat give up. “senang kau kata,aku rasa macam dah nak syahid dah jawab soalan ni.”

 Alif tak puas hati dengan kenyataan sahabatnya.

 Elham ketawa.

 Cepat aje bantal yang ada atas katil Alif landing kat badan Elham.

 “woi, ape ni?”.

 “sape suruh kau sesedap rasa aje cakap soalan tu senang. Haha”.

 Aku pulak yang salah? Ish ,emo betul mamat sorang ni.


“esok jangan lupa ingatkan aku bawak homework Add Math ni. 

Mati kejung aku esok kalau tak bawak. Silap haribulan lava gunung berapi keluar esok. Haha”.

  Alif sengih. “yelah. Aku ingatkan.

 Kalau tak,seminggu mulut kau tak tutup mengungkit pasal benda yang sama aje.”macam mak nenek aje mulut tu. Mulut murai pun kalah tau. 

 “eh mulut murai,sekarang ni dah pukul berapa,tak reti nak tidur ke? 

Kang ada aje yang sujud tak bangun-bangun dalam kelas tu nanti.”

 “ samdol ,aku nak tido lah ni. Nak kemas meja aje ni.” Ada ke nama aku cantik-cantik ni boleh dia panggil samdol. 

Hampeh sungguh.