CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Tuesday, 30 July 2013

MY HEAD GIRL PART 5


Minggu ni memang semua orang sibuk macam tak cukup tanah  sebab ada Sport’s Day minggu depan. Masing-masing gigih berlatih sebab nak bagi rumah sukan sendiri menang. Memang tiap-tiap tahun persaingan sengit antara semua rumah sukan. 


Sport’s Day ini memang meletihkan sebab banyak acara yang dipertandingkan.  Macam tahun lepas, hampir seminggu baru selesai. Mana taknya semua jenis sukan ada. Acara balapan tu memang wajib ada tiap-tiap tahun. Pihak penganjur tahun ni iaitu Form 4 menambah banyak acara iaitu bola keranjang,tenis, ragbi, hoki,bola jarring dan futsal. Mahu tak tersungkur bawah tanah kalau dah macam tu banyak yang kena masuk.


Semua pelajar wajib masuk sekurang-kurangnya dua jenis sukan. Semua merungut tak puas hati sebab banyak sangat kena masuk. Yang memang natural born atlit tu lain la. Kalau boleh semua jenis sukan diorang nak masuk dan aku ni salah seorang daripada golongan itu.


“ Aina, kau masuk acara apa tahun ni?”   
                                            
“macam biasalah. Acara favourite aku. Kau ni buat macam tak kenal aku pulak.”

“mana lah tahu kalau kau nak ubah angin tahun ni. Nak masuk acara lain pulak.”

“no way. Over my dead body. Aku takkan bagi rumah lain menang basketball dan rampas gelaran MVP dari aku. Haha.”

“the only and the very  one MVP. Amacam team basket tahun ni? Mantap tak?"

“mantap. Kalau tak mantap, aku sendiri turun padang bagi mantap.”

“aku dah tahu cara mantap kau tu. Pusing Dataran Titanium 10 kali dengan push up kan? Kalau gila kau datang, kau suruh diorang naik turun bukit kat belakang hostel tu kan?

“yeah. You sure know me better. Tell them better not mess up with we or they got punishment that they can’t never imagined.”

“you sure are Hitler come from hell. Haha.”

“Dira, language.”

“oops. Sorry miss Head Girl.”

“bila kau nak buat perjumpaan dengan budak-budak Argentum? Aku nak bagi taklimat sikit supaya diorang tak malukan Argentum tahun ni.”

“cadangnya petang ni aku nak buat. Lepas prep petang. Nanti aku suruh Amir announce masa prep petang nanti.”

“kalau macam tu baguslah sebab nanti lambat-lambat takut tak sempat pulak.


Argentum hall


Semua budak-budak Argentum berduyun-duyun masuk untuk perjumpaan sempena Sport’s Day. Tiba-tiba matanya terlihat  kelibat seseorang yang sangat dikenalinya.

-      + Apahal pulak budak ni ada kat Argentum Hall ni. Tak sudah-sudah nak cari pasal dengan aku.

~ Entah-entah dia budak rumah Argentum kot.

-      +  Takkan lah. Kalau betul, kenapa aku tak pernah Nampak dia sebelum ni.

~ Kau mana perasan sebelum ni sebab dia tak cari pasal dengan kau.

-      Kalau betul, memang super duper bala. Memang tak aman hidup aku sampai hujung tahun ni.


“eh Dira, aku nak Tanya sikit ni.”

“apa dia?”

“si Fayyad pemusnah alam ni budak rumah kita ke? Asal aku tak pernah Nampak pun sebelum ni?

“oh. Dia kena tukar masuk rumah kita.”

“dah apsal mamat ni kena tukar rumah kita? Dah tak ada rumah lain ke dia nak masuk? Annoying jerk!!”

“dia yang mintak tukar masuk rumah ni. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe sebab semua geng-geng dia rumah ni kot.

“banyak lah dia punya geng-geng. Dia ingat dia tu perempuan ke apa? Kot perempuan aku boleh terima alasan tu. Pengetua pun boleh pulak tukar suka hati dia aje. Gagal logic betul alasan mamat tu”

“aku dengar bapak dia tu penyumbang terbesar sekolah ni. Tu lah kot pengetua senang hati aje tukarkan dia masuk rumah ni.”

“ada aku kisah dia anak ikan jerung ke anak ikan bilis? Yang aku tahu, kalau dia buat hal dan jatuhkan reputasi rumah ni, aku sendiri yang akan halau dia keluar dari rumah ni.”

“ala, kau tak payah risau. Dia tu antara atlit paling hebat yang pernah sekolah ni ada dan akademik pun mantap. Sure bonus untuk rumah kita.”

“cerdik saja buat apa kalau perangai macam hantu.”


Terdiam Adira dengan statement Aina. Kalau dah benci tu, cakaplah 10 ribu benda baik pasal dia, memang si Aina ni pandang sebelah mata ajelah. Sabar ajelah dengan perangai dua makhluk Allah yang super duper degil ni.



#MVP ~ Most Valuable Player

No comments:

Post a Comment