Fuhh!!! Lega sungguh aku sebab kertas Add Math dah tamat. Moga-moga aku dapat keputusan yang gempak lah. Aku tengok kat sebelah meja aku kosong. Cepat gila mamat ni keluar,tadi ada lagi kat sebelah aku. Pakai ilmu magik David Copperfield agaknya.
Kadang-kadang aku rasa tahap
IQ dia ni terlampau luar biasa lah. Mana taknya,boleh kata semua subjek dia
lobi dan dapat 100 kecuali Sejarah dengan Biologi. Itupun dapat 99. Sampai
ternganga aku masa dengar berita tu. Speechless sekejap aku. Itu bukan manusia
dah kalau dapat markah macam tu, dah macam robot yang telah diprogram dengan
computer. Sungguh ajaib makhluk Allah yang sorang ni. Sampai sekarang pun rasa
kagum belum hilang lagi.
Alangkah indahnya hidup kalau aku boleh tukar otak dia
dengan aku tapi nak ke dia. Aku tak kenal sangat dia sebab bukan kelas
aku,kelas sebelah. Aku ni speises yang kenal budak sekelas aje tapi budak
perempuan aku kenal satu batch lah. Sungguh tak berkembang minda aku. Bukan
apa,kenal lebih-lebih kang diorang cakap kita syok kat dia pulak. Tak mahulah
aku kalau macam tu. Aku ni jenis yang tak minat mana nak kawan dengan laki
walaupun dulu majority kawan aku semuanya lelaki. Sejak masuk sekolah ni, kawan
lelaki aku dah berkurang dan kawan perempuan dah bertambah.
“korang semua jom gi dewan makan,perut aku dah
panggil suruh makan nasi dah ni”.
“bengong lah kau ni. Perut ada mulut ke nak
panggil-panggil?”
“mesti kalau perut tu ada mulut dia akan cakap
kat kau,sudahlah makan tu aku dah kenyang”.
“aku pun rasa perut kau akan cakap macam tu sebab
bila dah makan kau seolah-olah berada di dunia lain”.
“wei,kau ingat aku ni ada kat alam bunian ke?”
Serentak semua ketawa.
“jom lah semua”.
“kita memang murah rezeki sebab hari ni menu
sedap”kata Nadira.
“macam tau-tau aje yang kita ni baru melepasi kepahitan menjawab Add Math”.
“kiranya ni macam kita tambah tenaga balik lah
sebab tenaga kita semua dah habis Add Math makan.”
“korang tahu tak sapa yang ambik exam sebelah aku
tadi?”.
“manalah aku tahu kalau kau tak bagitahu.”
“punyalah semangat aku suruh korang teka”.
“David Beckham ke kat sebelah kau tadi”. celah
Alia berjenaka.
“memang taka da usaha langsung lah korang ni nak
teka. Agak-agaklah wei kalau David Beckham duduk sebelah aku. Jawabnya memang
tak ambik periksa lah aku tadi. keje duk tatap muka si Beckham tu ajelah.”
“janganlah merajuk Aisy sayang oi. Kata brutal.”
“biar aku bagitahu aje lah. Kalau suruh korang
teka alamatnya sampai tahun depan pun tak dapat lagi jawapan. Si Ziyad Nadeem a.k.a ADD yang duk sebelah aku.”
“kau biar betul Aisy oi?” tanya Alia tak percaya.
“betul lah. Aku rasa mata aku ok lagi setakat ni.
Mamat yang pakai selipar jepun,rambut panjang macam langsuir,tie tak ikat,baju
tak tuck in tambah dengan tak bergosok sebijik macam kutu jalan.
“kalau dah macam tu memang sah lah yang kau
bagitahu tu si ADD. Tak ada makhluk macam tu dah selain dia kat sekolah kita
ni.”
“pelik betul mamat tu. Genius tapi pecah rekod
disiplin sekolah.”
“Aku rasa dia tu bosan sangat lah sebab tu dia
buat perkara mengarut macam tu.”
“yelah,dah bijak sangat sampai tak tahu nak buat
buat. Baik lah buat amal jariah ajar kita yang tak berapa nak genius ni.
Sharing is caring weh.”
“sharing kepala hotak kau. Tak adanya dia nak
ajar orang macam kita ni. Level dia tu dah nak sama macam professor kat
Harvard,Oxford,Cambridge,MIT nuh.
“aku rasa pun macam tu jugak. Tengok aje lah kat
sini mana ada dia masuk kelas sangat tapi skor jugak.
Masuk kelas tu sekadar cukup
syarat tak nak kena bagi buang sekolah.”
Semakin kagum aku dengan mamat ni. Tak masuk
kelas pun skor. Kalau aku ni tak masuk kelas,jawabnya ke longkang lah. Kalau ke
longkang tak apa lagi takut ke sungai ke laut lah. Aku sedar keupayaan aku jadi tak payah
susah-susah kot nak ponteng kelas.
Otak aku ni tak genius macam budak tu jadi
tak payah gatal-gatal nak buat eksperimen tak nak masuk kelas. Aku ni nak kata
bijak tak sangat,bebal pun tak. Kiranya aku ni sedang-sedang lah. Kadang-kadang
time aku rajin boleh aje masuk Top 30 sekolah tapi kalau dah malas rangking aku
biasanya nombor 40 lebih macam tu lah.
Dalam geng aku Farisha lah yang paling
bijak. Selalu masuk Top 20. Top 10 pun pernah. Bilalah aku nak merasa Top 10
ni. Sungguh menyedihkan kisah hidup aku. Tak usah kata Top 10, Top 20 pun belum
dapat tau. Betapa payahnya nak masuk Top 20 ni. Kena bersengkang mata tak tidur
segala bagai untuk orang macam aku nil ah.
Kalau untuk yang bijak lagi genius
macam si Ziyad Nadeem tu nak tidur 24 jam pun boleh aje. Kalau tidur pun boleh skor 100, kalau tak
tidur aku tak boleh bayangkan berapa markah yang dia akan dapat. Mungkin tak
terkira atau infinity. Memang aku cemburu dengan manusia nama Ziyad ni.
best...nak lgi
ReplyDelete