Keesokkannya, satu sekolah tahu Ayad and the gang kena pelempang Lee Ninja. Haru sungguh. Kerja siapalah yang menyebarkan khabar angin yang tak berapa best untuk didengar. Memang Ayad moody aje hari tu.
“Ayad mana? Aku nak Tanya soalan Fizik
ni?”
“jangan dekat dengan Ayad hari ni.
Silap –silap dengan kau-kau sekali kena letupan gunung berapi.”
“apsal pulak? Soalan fizik ni bukan
boleh tangguh-tangguh.”
“ada orang kantoikan dia on the spot
semalam masa tengah kejar nyamuk kat belakang dewan Beta tu.”
“adoyaii. Bala datang dari mana pulak
ni? Siapa pulak yang berani buat macam tu?”
“entah. Aku pun tak tahu. Kalau aku
tahu, mahu aku kejar sampai tak cukup tanah.”
“budak tu memang tak tahu ke dia tengah
jemput bala tu datang sendiri kat dia. Aku bet dalam masa seminggu korang akan
jumpa siapa yang pedajalkan korang semalam.”
Memang dalam masa seminggu tu, tak ada
orang yang berani dekat dengan Ayad pun. Kalau dekat dengan Ayad, tu bala tak
berjemput. Wajib dieelakkan.
“Yad, aku dah tahu siapa yang report
kat Lee malam tu.”
“siapa????”
“Syahirah”
“come again ? siapa Syahirah tu? Dendam
apa dia dengan kita. Dah lah aku tak kenal siapa pun nama Syahirah tu.”
“kalau Syahirah mungkin korang tak
kenal tapi Head Girl korang kenal kot.”
“Head Girl?????????????????”
“kalau cari pasal dengan head girl tu
macam cari bala aje. Bukan calang-calang orang. Title ‘iron woman’ tu bukan
diberi saja-saja. Memang betul pun.”
“ada aku kisah dia tu siapa. Anak
menteri ke, anak cikgu. Kalau dah dia yang cari pasal dengan aku dulu, memang
nak kena.” Balas Ayad.
“ikut kau lah Yad. Kitorang tak nak
masuk campur. Cukup-cukuplah pelempang Lee Ninja aku rasa. Aku tak nak
pelempang Syahirah pulak.
Aina Syahirah.
Satu nama yang tak asing untuk pelajar Sekolah
Seri Permata. Satu sekolah kenal dia bukan sebab dia tu Head Girl tapi dia
punya kejayaan ramai jugak yang mimpi siang. Memang tiada siapa yang berani
cari pasal dengan dia sebab memang kalah punya. Satu sekolah tahu dia mahir
segala jenis seni mempertahankan diri yang wujud kat dunia ni.Mau kena libas
kalau cari pasal tak pun kena hempuk dengan violin dia. Memang all-star student
sebab dia berbakat dalam semua bidang. Cakap bidang apa dia tak berbakat,semua
dia tahu. Memang kesayangan semua cikgu kat sekolah.
Ramai cikgu sayang tapi ramai pelajar
benci jugak sebab garang macam Hitler. Dah lah semua benda kena ikut peraturan.
Memanjang aje kena demerit kalau dia yang bertugas. Kesalahan kecil aje tapi
demerit bukan kemain. Hampir-hampir bawah tanah aje markah sorang-sorang. Tapi
garang macam anak singa pun, ada jugak yang nak.
Amirul Ehsan
Satu sekolah kenal Ehsan. Memang
seorang yang peramah. Senior yang baik hati, bijak dan kacak pulak tu. Tapi
yang paling buat semua pelajar sekolah tu jatuh rahang, dia suka Aina Syahirah.
Bertahun-tahun dia kejar Syahirah akhirnya dapat jugak. Tu pun macam Head Girl
tak layan mana aje.
Kelas 4 Einstein
“head girl tu gila apa? Kantoikan aku
on the spot pulak tu. Memang menguji kesabaran sungguh.”
“takkan kau tak kenal dia? Dia kan
memang gila. Gila nak demerit markah orang. Markah aku dah lah nyawa-nyawa ikan
aje. Lepas kena potong sebab kes ni, jawabnya detention class lah aku.”
“sabar Yen, bukan kau sorang. Kita
semua bakal masuk detention class plus kena jemur tengah padang dengan lari
keliling sekolah.”
“memang terbaik ah pakej kita dapat.”
“3+ 1”.
“Pelempang”.
“detention
class”.
“ kena jemur tengah panas”.
“lari keliling sekolah.”
Memang lepas tu kerja Ayad cari pasal dengan
Head Girl. Ada saja benda yang buat syahirah naik angin dan masing-masing
memang dah isytihar perang. Kalau satu hari tak langgar peraturan memang tak
sah. Dah macam rutin harian aje.
“kau ni memang tak ada kerja lain ke
selain nak langgar peraturan sekolah? Serius aku dah penat asyik hadap muka kau
aje tiap-tiap hari.”
“eh? Dah penat head girl? Biar betul?
Ini baru intro aje, belum betul-betul lagi.”
“stupid buffalo”. Guman syahirah rendah
“pardon head girl? Apa yang kau cakap
tadi? Aku tak dengar dengan jelas.”
“tak ada apa. Tak penting pun. By the
way, jangan lupa detention class esok. Nak kasi kau ni jadi orang bermoral
sikit.”
“cett. Bermoral konon. Kau ingat kau tu
bermoral sangat ke? Kerja nak cari salah orang aje.”
Argentum block
Rupa Aina Syahirah dah macam ayam berak
kapur aje. Moody semacam aje sampaikan roommate dia pun hairan. Selalunya tak
macam ni. Gaduh dengan Ehsan ke apa? setahu aku, Ehsan bukan jenis yang suka
cari gaduh.
“kau apahal ni? Moody semacam aje? Ada
masalah ke?
“bukan masalah dah ni tapi bala. Aku
dah tahan nak hadap muka Ayad tu hari-hari. Dia tak bosan ke cari pasal dengan
aku. Tahulah aku dah kantoikan dia hari tu.”
“ayad mana ni weh? Batch kita ke?
“batch kita buat apa. Junior kita lah.
Budak form 4”.
“Fayyad Zuhair ke? Muka yang mixed mat
saleh tu kan?
“amboi kau. Siap nama penuh lagi kau
bagi kat aku.”
“mestilah. Jiran setaman aku tu. Parents
aku kenal aje dengan mak bapak dia. Setahu aku dia bukan jenis macam tu. Tahan
pulak dia cari gaduh dengan kau hari-hari.”
“apsal semua orang tak nak percaya
cakap aku? Dia tu total troublemaker tahu tak. Kau tak percaya, Ehsan pun tak
percaya. Habis tu, siapa nak percaya aku macam ni?”
~sedih kan tak ada orang nak percaya kat kita ??
assalamualaikum....ermmm.....thanks kerana menulis cerita-cerita yang best... :D
ReplyDeletethanx for ur comment.. really appreciate it.. do read my other novel...
Delete