CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Sunday, 19 May 2013

housemate,tutor, enemy or husband?? or not all above PART 9


“camne exam tadi?” Tanya Nadira.

“ok lah.lebih baik dari dulu tapi susah juga lah.”balasku.

“eh farisha,camne exam tadi? soalan yang kita bincang tu keluar lah. Kau jawab yang tu ke?Alia pula mencelah.

“aku jawab soalan lain sebab yang tu aku tahu dah jawapan jadi tak thrill lah.”

Aduhai,berasap kepala aku. Bukan main susah aku jawab soalan tu,dia boleh kata tak thrill. Harus lah diberi penyepak member aku sorang ni. 

Farisha dengan Nadira bukan setakat bincang aje tapi siap conteng-conteng lagi jawapan diorang. Mata aku ni gatal sangat nak tengok apa yang diorang conteng walaupun aku dah set mind awal-awal lagi tak nak tengok. 

Hish!! 

Tak boleh pakai betul aku ni. Sekarang tengah rehat setengah jam sebelum kertas dua mula balik. Setengah jam ni sekadar nak relaks fikiran aje. Tak sempat dah nak tengok formula segala bagai yang berkajang-berkajang macam apa tu. Kalau tengok juga memang cari nahas lah sebab nanti kita tak yakin dah dengan diri kita.

 Budak lelaki memang terbaik lah. Lepak aje. Tak ada bawa beg macam budak perempuan ni. Cukup sekadar sebatang pen,kalkulator dan pembaris sudah memadai. Ada juga budak lelaki yang bawa beg segala bagai tu tapi boleh dibilang dengan jari lah. Kalau yang bawa beg tu pun jenis yang skema aje. Tapi hairan lah aku dengan diorang ni, study lepak aje tapi result gempak giler. 

Rangking Top 10 Add Math  sekolah aku semua dimonopoli oleh budak lelaki. Kalau subjek Biologi memang girls lah lobi. Tangga tercorot kebanyakan boys. Sebab tu tak ramai boys ambik medic,kata diorang leceh belajar Biologi ni. Diorang lagi minat benda logic akal macam Math Moden,Add Math dengan Fizik. 


Jadi betul lah  apa yang orang cakap orang lelaki ni ramai jadi engineer sebab mereka minat Fizik dengan Math. Tak payah tengok jauh-jauh,kelas aku ni merupakan salah satu contoh. Semua budak lelaki kelas aku cita-cita nak jadi engineer,tak pun pilot. Tak ada lah yang cita-cita nak jadi doctor, dentist, pharmacist,optometrist. Cita- cita macam ni semua budak perempuan lobi. Bukan kelas aku aje macam tu,semua kelas Form 5 kat sekolah aku. Adoyai..nanti kalau semua budak lelaki jadi engineer,siapa nak jadi doctor pakar sakit tuan ni. Tak paham betul aku.


“Aisy,cepat masuk dewan exam dah nak mula”.

“yelah,aku nak masuk dah ni.”

Permudahkanlah urusan aku Ya Allah.


“semua calon diminta menyemak kertas peperiksaan yang diterima sama ada bilangan muka surat cukup atau tidak. Kepada sesiapa yang kertas soalannya kosong,sila berjumpa dengan cikgu Nurul kat depan ni.”terang cikgu Medina.


Aku pun membuka kertas soalan Add Math yang diedarkan dan melihat soalan-soalannya. Ermm,boleh tahan payah. Harap-harap aku boleh jawab semua soalan itu. 

InsyaALLAH .


“calon dibenarkan menjawab soalan ni bermula sekarang dan akan tamat pukul 12.30 tengah hari nanti”.


Semua pelajar nampaknya tekun menjawab soalan sampaikan ada yang berkerut-kerut kening. Jawab Add Math,perkara biasalah kalau berkerut kening tu. Ada yang lagi dasyat tak angkat muka langsung dari kertas soalan.

 Tengah aku syok-syok jawab soalan ni,aku terpandang sorang mamat kat sebelah kanan aku ni. Tension sungguh tengok dia. Boleh lagi dia tidur masa jawab Add Math. Tahu lah taiko Add Math tapi tak payah lah tidur. Buat psiko orang aje. Mamat tu kalau bukan Add Math  dapat seratus bukan dia lah tu. Orang lain agaknya. Kalau dia tak dapat seratus Add Math,tu kira sejarah dah tu.Padanlah dengan gelaran dia ADD. 


Semenjak Form 4 lagi dia dapat seratus,jadi kalau dia tidur dalam kelas pun cikgu tak marah. Nak marah macam mana kalau tidur pun boleh jawab soalan yang cikgu bagi. Super genius lah mamat ni. Kalau cikgu tanya soalan tapi dia tak boleh jawab,cikgu kata soalan salah. Mak aii,memang gempak tahap terbaik lah dia ni. Tapi kan daripada dia tidur masa periksa baik lah dia tolong jawab soalan ni kat aku. Dapat juga tambah pahala. 

Cakap pun jarang-jarang lagi mau mintak tolong ke. Senget sungguh kepalaku ini. Gara-gara virus Add Math melanda lah ni sampaikan kepala aku pun dah tak berapa betul. Nama mamat tu Ziyad Nadeem. Kena sangatlah dengan gelaran dia. Kepala dia agak weng jugak sebab rekod disiplin penuh nama dia aje. Kalau sehari tak ponteng sekolah tak sah. Itu dah macam rutin harian dia. Agaknya kalau tak ponteng sekolah sehari,boleh kena sawan kot. Kalau ada benda-benda pelik yang terjadi kat sekolah tu dialah yang tukang buat atau jadi dalang. 

Kalau pecah bilik kebal soalan exam tu dah macam perkara biasa tapi tak pernah terkantoi. Memang dia gunakan sepenuhnya otak dia yang super duper genius tu. Ada juga aku dengar berita aspura ada satu tempat khas simpan barang-barang terlarang macam handphone, heater, toaster. Si Add tu lah yang cipta. 


Setakat ni tak ada lagi geng aspura terkantoi dengan warden. Memang bertuah lah nasib diorang. Aku walaupun bawa juga benda terlarang tu tapi Alhamdulillah setakat ni nyawa aku diselamatkan lagi. Rasanya tempat persembunyian bawah tanah aku memang taka da orang tahu lagi selain geng aku lah sebab diorang pun sembunyi handphone diorang kat situ. 

Bawah tanah ni sebenarnya aku gali tanah lepas tu letak lah handphone dalam tanah tu. Lepas dah letak tu,kambus balik tanah dan letak pasu bunga atas tempat yang kita tanam tu. Bukan saja-saja tau aku letak pasu bunga atas tempat yang aku gali,sebabnya nak mengelakkan kitorang lupa kat mana tempat yang kitaorang tanam handphone. 


Kalau tak ingat nanti,kang naye aje handphone kitorang jadi bahan artifak. Bukan murah nak beli handphone tu,kena guna duit biasiswa lagi. Handphone aku biasa-biasa aje. Yang boleh panggil orang dengan hantar mesej sudah lah. Buat apa bawa handphone canggih manggih segala bagai kat sekolah,nanti kena curi sia-sia aje. Jadi nasihat aku,bawa aje telefon Nokia 3310 tu kat sekolah. Dah lah tahan lasak,jatuh banyak kali pun masih ok lagi. 

Tak macam sesetengah handphone baru sekarang ni,jatuh sekali dah tamat riwayat. Kang membazir aje beli yang mahal-mahal. Nak beli yang canggih dan mahal tunggu kerja dulu lah. Masa tu nak beli iphone 10 pun boleh. Itupun kalau aku dah kaya tahap melampau lah sampai tak tahu nak labur duit kat mana. Hehe.


“masa telah tamat,sila letak pen atas meja anda”.

No comments:

Post a Comment