CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Wednesday 24 April 2013

housemate,tutor, enemy or husband?? or not all above part 8



Dua  tahun menghadap menu yang sama memang muak lah. Sampaikan aku dah boleh hafal semua menu yang ada kat dewan makan. Mana taknya dah rotate makanan sama, memang ingatlah. 
Pihak kementerian tak ada keinginan ke nak ubah menu kat asrama. Bagi lah kitorang sekali sekala breakfast dengan chicken chop ke. 
Ni tak bagi nasi lemak. Pagi-pagi buta dah mengantuk dalam kelas. Yang aku paling tak suka adalah time menu breakfast honey stars, coco crunch. 
Sah-sah memang tak kenyang lah. Kalau kena menu macam tu memang awal-awal lagi aku tak pergi breakfast.
 Bahagian aku tu selalunya Alia lah yang habiskan. Dia tu memang makan semua, tolak batu dengan kayu aje. Perut tempayan betul lah. Kalau time makanan tak habis, memang kitorang suruh dia lah yang habiskan. Dia bab-bab makan ni memang juara lah. Kitorang memang tak boleh lawan. Angkat bendera putih awal-awal lagi.


Walaubagaimanapun, kenangan semasa zaman sekolah adalah kenangan yang paling indah, paling sukar untuk dilupakan. Kadang-kadang macam nak kembali balik ke zaman tu, zaman yang riang ria dan gembira,tak payah nak fikir pasal masalah hidup kecuali belajar aje.

Sekarang dah ramai kawan-kawan aku bertebaran seluruh alam. 
Aishah dapat buat  biotech kt Aussie,Alia  kat intec buat a level dan bakal fly ke uk, nadira buat electrical engine kat jepun tapi fly terus,Farisha A-level kat KYUEM, Humaira fly ke New Zealand dan aku Alhamdulillah dapat juga buat benda yang aku minat iaitu medic.
 Sekarang tengah buat IB kat Kolej Mara Banting dan akan sambung belajar di Ireland. 
Kiranya aku tabik spring jugak lah untuk diri aku sendiri ni sebab masa kelas aku selalu tidur lagi mau dapat result gempak-gempak ke. 
Geng aku pun lebih kurang aku aje dulu nak-nak masa Fizik. Keadaan aku boleh dikatakan sangat tenat masa Fizik tu. 
Sampai tersengguk-sengguk aje. Mata memang tak boleh buka dah. Orang lain lagi dasyat,letak kepala atas meja terus. 
Aku tidur cara berhemah aje. Mata pejam tapi badan tegak,sure lah cikgu tak perasan.
 Aku pun hairan kenapa lah aku mengantuk sangat masa Fizik ni. 
Masa Form 4 aku tak mengantuk pun lagi segar bugar mata adalah. Aku siap bawa lollipop segala bagai lagi walaupun aku tak berapa nak minat sangat. 
Aku gagahkan diri juga lah pergi beli benda ni tapi alih-alih mengantuk jugak sambil hisap lollipop. 
Memang tak senonoh betul lah. Siap lollipop tu jatuh dari mulut aku lagi. Boys memang awal-awal lagi dah tangkap lentok. Sorang jadi tiang,yang lain pakat sandar kat tiang tu lah. 
Adoyai..
Macam mana nak masuk ilmu kalau asyik membuta aje kerjanya. Kadang-kadang aku sampai berdiri dalam kelas sebab tak nak mengantuk lagi tapi mengantuk juga akhirnya.
 Kuat sungguh penangan Fizik ni sampai aku ni dah tahap ala-ala fobia gitu dengan Fizik ni. 
Aku memang taubat tak nak ambik segala benda yang ada kaitan dengan Fizik ni.

 Masa aku Form 4 dulu pernah juga tanam hasrat nak buat chemical engine tapi sekarang ni aku rasa tak sanggup dah. Serik dah. 
Sebenarnya Biologi pun aku rasa menyampah juga tapi kan aku redha lagi ikhlas lah belajar Bio daripada belajar Fizik tu. 
Silap haribulan boleh sawan aku kalau belajar Fizik lagi. Alia pun sama juga tahap fobia dia dengan aku. Kira set-set tak minat Fizik lah ni.
Kalau yang minat Fizik ni dalam geng aku adalah Nadira sebab tu dia buat engine. Kira tahap obsess gila dengan menatang Fizik juga dia ni. 
Pagi petang siang malam asyik cakap pasal Fizik aje. Dia siap boleh reka formula sendiri lagi tu. Hebat tak hebat. 
Dia lah yang jadi sifu kami kalau ada benda yang berkaitan dengan Fizik yang kitorang tak paham sepatah haram pun. 
Yang aku pelik pasal Nadira ni dia minat Fizik dengan Bio. 
Sungguh tak serasi gandingan subjek tu.
 Kimia dia tak minat,katanya mengarut sebab belajar kimia tak boleh Nampak atom,zarah,gas. 
pelik bin ajaib betullah Nadira ni. 
Farisha ni seimbang sebab semua subjek dia minat jadi senang lah hidup dia. Nak pilih kos apa-apa pun senang. Humaira pulak minat Bio. Aku pulak rasanya minat Kimia kot sebab benda tu je kot yang aku tak rasa beban sangat. Subjek lain terasa bebannya terutama Add Math. 
Menatang ni memang boleh buat aku gila dan layak kot nak masuk hospital tanjung rambutan. Pernah fail sekali dan markah yang aku dapat  pun cukup-cukup paras lulus aje.
 Tragik sungguh hidup aku ni. Lepas mid sem barulah aku ada kesedaran nak belajar sungguh-sungguh Add Math ni terutama bab integration dengan differentiation. Sempat juga lah aku berguru dengan pakar-pakar Add Math dalam kelas aku ni. 
Markah dah tahap maksimum diorang dapat. Ada tu,cikai-cikai aje boleh dapat 100. Cemburu sungguh aku dengan makhluk-makhluk ni. Tukar otak nak tak masa exam Add Math? Nak la. 

Selepas bertapa beberapa bulan dengan member seangkatanku,dapat lah aku A dalam trial. 
Mula-mula aku tak percaya juga tengok result tu tapi setelah dibelek-belek kertas tu memang sah aku punya. Siapa lagi yang tulisan unik selain aku ni. Kali pertama weh dapat A dalam Add Math. 
Memang dalam hati ni berbunga-bunga aje. Rasa macam nak belanja semua orang aje hari itu. Terima kasih lah kepada sifu-sifuku sekalian. 
Dapat juga aku merasa A untuk Add Math sebelum SPM. Kiranya pencetus motivasi lah ni. Berbaloi lah aku tak cukup tidur berbulan-bulan ni. Nak-nak masa nak dekat trial SPM lagi lah tak cukup tidur. Kebetulan masa trial itu jatuh masa bulan puasa.
 Kiranya tak tidur terus sambil sahur terus lah. Paling lewat aku tidur pukul 4.30 pagi. Esok tu paper Add Math,memang elok sangat lah tu. 
Nasib kepala aku tak weng aje,kalau tak habis penat lelah aku berbulan-bulan ni. Berpeluh juga lah jawab Add Math ni. Kertas satu agak susah bagi aku tapi kawan-kawan aku cakap senang. 
Biarkan aje diorang nak cakap apa pun janji aku dah buat yang terbaik masa exam tadi. aku tak nak bincang jawapan Add Math tadi dengan geng-geng aku. Kang salah buat naye aje. 

No comments:

Post a Comment