CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Saturday 16 March 2013

she's remember part 3





Dah pukul 5.50 pagi ni. 

Si mulut murai ni tak bangun lagi. 

Tulah, suruh tidur awal tak nak,kang payah nak bangun Subuh.

 Dia ni dah lah liat nak bangun Subuh. Selama 5 tahun kat sini,aku ni jadi tukang kejut Subuh sukarela tau.

 “Alif,bangun weh. Dah subuh ni. Nanti tak sempat nak jemaah pulak.”

 “grrrr…” ah sudah. Mimpi apa pulak mamat ni. Kalau tak mimpi pelik-pelik tak boleh ke? 

Menyusahkan orang betul. Dah tua Bangka macam ni pun liat nak bangun. 

“Alif!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bangun!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” 


kalau tak bangun lagi,aku kena guna jalan terakhir lah. 

Simbah air atas muka. Selama 5 tahun ni,cara ni tak pernah gagal. “eh,aku kat mana ni?” 


ewah-ewah. Sempat lagi berdrama samdol ni.

 “ eh samdol,kat bilik lah. Kat mana lagi. Kau ingat kat mana,hotel ke?”

 aku ingat kat dalam hutan tadi. Rimau kejar aku. Macam –macam binatang masuk dalam mimpi si Alif ni.

 Sebelum ni,gajah,buaya,ular dan banyak lagilah kalau nak senarai pun. Aku pun tak faham macam mana segala jenis binatang boleh masuk dalam mimpi dia.






8.00 pagi


Kelas 5 Gamma



Suasana riuh macam kat pasar borong Selayang aje. Tak pernah nak senyap.

  Tiba-tiba aje kelas ni senyap. Dah tau dah kenapa. Mesti cikgu Add Math dah sampai.  


“selamat pagi cikgu”. 

Aku tengok semua budak kelas aku dah bisu semua sampaikan si mulut murai tepi aku ni pun senyap bisu.

 “weh,apahal kau senyap bisu aje ni? Mulut kau dah tercabut ke? Haha”. Bisikku.

 “ kau ni,time kritikal ni jugak kau nak bercakap dengan aku.

 Aku senyap ni sebab nak selamatkan diri daripada cikgu tapi aku rasa sekarang dah tak selamat sebab cikgu dah jeling kita dari tadi lagi”.

 Saat ini,dirasakan pandangan cikgu Nurul macam nak tembus badan dia aje.

 Cikgu Nurul memang pantang anak-anak muridnya bising masa dia mengajar. 

Matilah aku.

 “ Mohd Alif dengan Elham Faiz,sila ke depan buat soalan yang saya tulis ni.

 Kalau tak boleh jawab,berdiri di depan.”tegas kedengaran suara cikgu Nurul.

 Semua orang terdiam bisu untuk mengelakkan daripada dipilih untuk menjawab soalan di depan. 

“ kau punya pasal lah ni. Tak pasal-pasal aku pun kena”.

 “ aik,aku pulak. 

“elham,alif..ada masalah ke dengan arahan saya?” 

“eh…tak..tak.. cikgu.”




+matilah aku macam ni. Aku bukan pandai Add Math macam si Elham ni. Eh..bala betul di pagi-pagi hari ni.


~ eh murai ni. Nak jeling-jeling aku pulak. Bukan salah aku pun kalau kena panggil.


+ memang salah kau pun.


~ yelah. Memang salah aku pun. Sorry.


“dah siap ke elham,alif?” 

“ dah cikgu. 

“ okey. Bagus.”

 Bila dengar cikgu Nurul cakap macam tu,rasa lega yang teramat.

 Syukur Alhamdulillah. 

“ tengok tadi,kau punya jawapan betul je kan. Kau aje yang gabra lebih.” Alif senyum.

 “ mana tak gabra weh. Aku bukannya pandai sangat Add Math macam kau. Mana tak gabra buat depan cikgu Nurul yang garang macam rimau tu.

 Agaknya aku mimpi rimau semalam sebab kena jawab soalan pagi ni tak. Haha”.

  “bengong lah kau ni.

 Ada ke samakan cikgu Nurul dengan rimau. Tapi kan aku rasa rimau pun takut dengan cikgu Nurul. Haha”.

 Cikgu Nurul merupakan antara cikgu yang paling digeruni di sekolah tu. 

Sumpah takut.

 Pernah ada senior aku kena baling dengan duster sebab tidur dalam kelas. Memang berani mati betul senior tu.

 Aku memang tabik spring lah. 

Takat kena lempar marker kalau tidur tu dah perkara biasa sampai aku pun dah lali sebab aku antara orang kuat tidur dalam kelas.

 Tak payah nak tabik spring sangat dengan senior tu sebab aku pun lebih kurang aje. 

Semua pencapaian cemerlang aku dalam Add Math dilupakan begitu sahaja oleh cikgu kalau aku tidur dalam kelas. 

Cikgu Nurul memang tak kisah dah pasal kau ni dapat 100 ke dalam Add Math, bila kau tidur dalam kelas dia,memang cari nahas lah.



Tiba-tiba aku terpandang seorang budak kelas aku ni. 

A lady. 

Cantik tapi sayangnya tak pernah senyum kat aku. Umpama aku ni patung cendana aje dalam kelas ni.

 Tapi, gila dia nak senyum kat aku.

 Aku ni kan musuh utama. Bak kata dia” typical alpha male”. Itu aje ayat yang selalu aku dengar dari mulut dia dari aku form 1 sampailah form 5 ni.


 Semua benda dia nak lawan dengan aku. Aku takde hal sangat bab-bab nak lawan ni. 

Kitorang ni umpama magnet yang sama kutub yang akan sentiasa menolak antara satu sama lain. Kalau bekerjasama, memang hancur. Masing-masing nak menangkan pendapat sendiri. 


“hey lady,why are you so stubborn ?”gumamku.


 “kau cakap dengan aku ke elham?”. 

“takdelah. 

Mana ada aku cakap dengan kau. Salah dengar kot.”

 Parah kalau si Alif ni dengar. Dia kan memang terkenal dengan gelaran mulut murai. Kantoi kutuk pasal budak tu. 

No comments:

Post a Comment