CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Tuesday 29 January 2013

housemate,tutor,enemy or husband?? or not all above part 4


housemate,tutor,enemy or husband?? or not all above part 4



Sudah- sudah lah mengelamun Aisy oii. Baik kau kemas barang-barang kau sekarang jugak,nanti tak sempat pulak. Pelajar yang kena pindah blok lain dikecualikan daripada aktiviti sukaneka pada petang ini. Ini yang buat aku frust giler. Aku punya semangat nak main, tapi tak boleh pulak. Ini semua kena pindah punya pasal lah. Bala betul!!!. Buat menyusahkan hidup aku yang sedia ada susah ini. Berkerut dahi fikir macam mana nak angkat barang yang maha banyak ini. Mau mati berdiri aku kalau angkat barang ini banyak-banyak. Dah lah blok yang aku kena pindah itu sikit punya jauh. Kena rentas kafe baru sampai. Yang paling aku tak boleh terima ialah blok aku yang baru itu betul-betul sebelah blok lelaki. Wei! Macam tak ada blok lain ke??. Nak bagi girls duduk tepi blok lelaki macam nak menempah bala aje gayanya. Boys sure suka lah sebab nanti boleh skodeng girls. Memang kena jaga segala adab sopan santun lah kalau duduk kat blok itu. Tak boleh nak pakai over-over sangat lah. Hiish!! Ini buat yang aku berangin ini.

Sudahnya aku angkut barang-barang aku seorang diri aje sebab nak minta tolong kawan pun segan sebab diorang punya barang pun sama banyak dengan aku aje. Berpeluh jugak lah aku nak tunggu sampai kat bawah. Nasib baik lah bagasi ini ada roda. Senang sikit nak bawak bila sampai kat bawah. Semua pelajar perempuan sibuk mengangkut barang. Muka sorang-sorang itu tak payah cerita lah. Keruh semacam aje. Muka macam nak bunuh orang pun ada sebab terlalu bengang dengan pihak pengurusan asrama. Ada ke buat lawak antarabangsa macam ini suruh pindah dengan kadar segera. Sebelum aku menapak kat blok aku yang baru itu, sempat aku singgah kat kaunter kunci nak ambik kunci bilik yang baru. Sekali dengan hantar kunci bilik lama sekali lah. Tak sampai seminggu aku bertapa kat bilik itu, dah kena pindah pulak. Masa aku sampai kat kaunter kunci itu aku try lah mintak tukar bilik- bilik yang bawah aje sebab tak larat nak angkut barang. Ini pun dah rasa setengah nyawa hilang. Penat angkut barang pun tak hilang lagi.  Masalah. Tak boleh tukar bilik pulak. Kena ambik bilik yang asal. Giler haper.

 Ingat ada lif ke kat blok tu? Kot ada escalator boleh terima jugak. Ini yang ada tangga simen putih aje lah, keras macam itu lah. Tak bergerak- gerak langsung. Sekarang aku rasa macam nak jadi Nobita aje sebab boleh minta tolong Doraemon selesaikan masalah tapi masalahnya wujud ke Doraemon itu? Akhirnya selamat jugak semua barang aku diangkut kat bilik aku yang baru ini. Tapi kan bilik ini rasa macam semacam aje. Buat bulu roma aku meremang aje. Dah dekat sejam aku duduk kat bilik ini tapi taka da orang lain datang pun. Tak akan aku seorang aje duduk kat bilik ini. Agak- agak lah. Blok ini macam dah lama orang tak tinggal. Dulu blok ini sebenarnya blok lelaki tapi disebabkan girls ramai sangat tahun ini jadi blok itu kenalah dikorbankan. Bunyi macam aku nak sangat duduk  kat blok itu. Bukannya rela hati aku nak duduk kat blok itu, cuma terpaksa aje. Kalau ikut hati malas aje nak pindah, tapi tak nak lah jadi murid derhaka awal- awal  tahun ini.

 Selepas ini aku tak jamin sama ada aku akan buat perangai lama aku ke tak. Macam tak serik-serik aje buat perangai lama itu. Tunggu bulan mengambang aje lah kalau aku nak buat perangai lama itu. Back to normal lah. Itu pun kalau ada yang sekepala dengan aku. Kalau tak ada ,susah lah aku. Muka-muka macam skema maut aje. Baru seminggu, masing-masing tak tunjuk belang lagi. Tunggulah seminggu dua lagi, selepas itu masing-masing bertanduk lah.haha. rilek-rilek, masa masih panjang la. Ini baru permulaan aje.

No comments:

Post a Comment