CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Tuesday 29 January 2013

housemate,tutor,enemy or husband?? or not all above part 3


housemate,tutor,enemy or husband?? or not all above part 3



Alhamdulillah aku dah selamat menunaikan kewajipan aku sebagai hamba-Nya. Semoga ia akan berpanjangan hinggalah nyawa aku kembali kepada-Nya. Pukul 3 nanti dah kena ada kat dewan dah. Rasa nak tercabut aje nyawa ini. Kalau dekat tak apa lah juga,ini mau berpeluh jugak nak sampai kat sana. Aktiviti memang non- stop lah sepanjang minggu orientasi ini. Bila lah nak habis malapetaka ini. Tak sabar rasanya nak tunggu minggu orientasi ini nak habis. Baru ada masa nak bernafas sikit. Ini masuk aje bilik dah dekat pukul 1 pagi, mata pun dah nak tutup. Tak ada masa langsung nak buat sesi ice-breaking dengan roommate-roomate aku sekalian. Masing- masing dah set mind nak landing atas katil aje bilik dah sampai bilik.

Ingat kitorang ini robot ke?? Pukul 5.30 pagi dah kena ada kat masjid dah untuk sembahyang subuh berjemaah. Memang lah aku dah biasa dengan sembahyang berjemaah ini tapi tak ada lah awal sangat jejak masjid. Pukul 6.15 pagi itu dah kira awal lah walaupun terlepas imam pertama. Yang penting pergi biar lewat pun daripada tak pergi langsung. Biasanya kalau terbabas pun sekali sekala aje lah terutamanya hujung minggu sebab stay up sampai lewat malam. Masa itu aje lah kalau nak stay up lama-lama sampai pukul 4 pagi pun sebab esok tak sekolah. Kalau time hari sekolah,kirim salam lah sebab nanti mengantuk dalam kelas. Tak faham pulak apa yang cikgu ajar. Sia-sia aje aku pergi sekolah hari itu.

 Kring! Kring!. Jam siapa pulak yang memekak ini,ganggu aku nak tidur aje. Rasa nak makan orang hidup-hidup aje sekarang. Dah badan penat,tidur tak cukup. Memang mood rasa nak maki- hamun orang aje lah. Selepas aku melelapkam mata sekejap, kedengaran pula nada Waitin’ for you nyanyian Mizz Nina daripada telefon bimbitku. Argh!!. Dah pukul 5 ke? Baru sekejap rasanya aku tidur. Wuaa.. malasnya nak bangun. Masa aku masuk bilik mandi tadi, dah ramai yang siap mandi. Nasib baik, kalau tak kena berebut pulak. Aku memang lemah kalau bab-bab menunggu ini. Aku surrender awal-awal lagi. Kalah tanpa bertanding. Aku mandi sekejap aje sebab sejuk sangat,tak tahan aku nak mandi lama-lama sangat. Lagipun aku dah lewat. Kang mandi lama-lama tak pasal aje kena ceramah free dengan senior. Dah lah sorang-sorang tu garang macam singa betina aje. Nak pandang muka pun takut. Nampak macam tak mesra alam aje. Kalau senyum tak ke sikit punya manis. Senyum itu sedekah cik kak oii, jadi maniskanlah muka tu selalu. Tak lah macam asam jeruk jual kat pasar malam itu. Jeruk kat pasar malam pun lagi manis tau tak.

Alamak!. Kena buat senaman pulak pagi-pagi ni. Memang menyeksa jiwa dan raga lah. Mau seminggu sakit badan lepas buat aerobic ni. Lepas tu mulalah jalan macam nenek tua aje. Dulu tak apalah sebab duduk ground floor,sekarang duduk kat singgahsana kayangan. Memang jalan terkangkang-kangkang macam nenek tua aje lah. Nak hilang rasa sakit tu ambik seminggu jugak lah. Siapa suruh tak buat senaman tiap-tiap hari masa cuti spm hari itu,ini tak asyik bina badan aje kat rumah. Buat perabis beras kat rumah aje. Tapi nak buat macam mana kan, masa itu aje lah kalau nak balas dendam pun. Masa kat sekolah.tidur tak pernah nak cukup. Homework memanjang aje banyak. Sampai dah rasa macam setinggi gunung Everest aje. Itu baru Sembilan subjek, kalau lebih tak tahu lah. Sembilan itu pun dah buat aku rasa nak putus nyawa. Macam mana orang yang ambik subjek banyak-banyak belajar. Tak paham aku. Kitorang kat sbp tak boleh ambik subjek lebih sebab nak jaga prestasi sekolah.

Mangkuk hanyun giler!!!!!!!!!!!!!!!.

 Pengumuman tadi memang buat kepala aku berasap giler. Hangin satu badan aje. Ada ke siapa-siapa yang duduk kat tingkat 4 dan 5  kena pindah blok lain. Memang tak masuk akal langsung. Kut yer pun nak pindah,bagi lah notis awal-awal. Ni tak tengahari tadi bagitahu,tengahari itu jugak nak kena pindah. Agak-agak lah. Ingat barang aku ringan macam kertas ke. Masa nak datang sini pun datang dengan dua buah kereta sebab nak angkut barang aku punya pasal lah. Beg baju aje dah dua bagasi besar,tak masuk dengan benda-benda lain lagi. Parents aku geleng kepala aje tengok barang-barang aku. Itu baru study dalam Malaysia,kalau study kat oversea tak tahu lah aku. Agaknya kena sewa satu flight nak angkut barang-barang aku aje.  Aku pun tak tahu kenapa banyak sangat barang aku. Apalah nak jadi kat aku ni..Ish2

No comments:

Post a Comment