Part 7
Serabut lagi menyerabutkan. Bila dah
stress macam ni mula lah aku terasa nak merapu buat esei ni. Gigih nak
menyiapkan esei yang bertimbun-timbun , nak fikir pasal minggu keusahawanan
lagi dan nak fikir pasal orang yang tak penting lagi. Mohon pencerahan macam
mana nak selesaikan masalah semua ni. Ingatkan tak ada masalah sangat bila dah
jadi senior merangkap head girl ni sebab budak-budak sekolah ni tak nakal luar
alam sangat pun. Tetiba tahun ni ada pembawa bencana alam pulak. Muncul dengan
tiba-tiba macam Mary Poppins yang jatuh
ke langit, mana aku tak rasa macam nak makan orang. Sekarang ni aku rasa macam
nak marah orang aje tiap-tiap hari. Pemusnah alam semesta betul. Dah kering air
liur aku ni buat marah mamat hati batu hati kering hati iceberg dan
seumpamanya. Semakin aku marah, makin menjadi-jadi dia nak langgar peraturan
sekolah.
Aku ingatkan lah, dia ni ada masalah mental, kan dia
pernah accident dulu. Mungkin ada skru yang tercabut kat mana-mana sebab tu
weng semacam aje. Kalau orang lain, dah surrender dah cari gaduh dengan aku ni.
Dia sorang aje yang kebal semacam. Ehsan
pun tak kebal macam tu.
Dulu-dulu kalau Ehsan kena marah dengan
aku, dia takkan kacau dah. Dia akan tunggu aku cool down baru dia kacau aku
balik. Yang tu lagi sorang manusia yang gigih nak kacau hidup aku yang tenteram
aman damai ni. Kalau nak banding Ehsan dengan musuh aku tu, tahap kegigihan
diorang hampir sama. Kadang –kadang aku tak faham dengan fikiran seorang lelaki
ni. Mens are complicated! Mungkin aku patut baca buku pak cik John Grey tu nak bagi faham sikit nature
orang lelaki ni. Nantilah hujung minggu time outing ni pergi cari buku tu kat
bookstore. Tapikan, Ehsan tu kacau hidup aku sebab dia suka aku. Mamat tu apsal
menyusahkan aku? Takkan lah sebab aku kantoikan dia pergi kejar nyamuk hari tu.
Takkan tak habis-habis lagi nak dendam dengan aku. Member dia yang lain aku
tengok rilek aje, takde lah pulak nak musuh dengan aku. Siap bagi salam lagi
hari tu. Mamat alien tu sorang aje yang pelik. Ni aku terasa nak bagi tazkirah
sikit nak bagi budak tu sedar diri dan tak payah nak berdendam dengan aku lagi.
Tengok. Sebab fikir pasal si pemusnah
alam tu, esei aku daripada tadi tak jalan-jalan lagi. Membazir setengah jam
aku. Sekarang ni aku rasa seminit tu pun sangat berharga sebab aku mampu tidur
dengan lena walaupun selama 5 minit. Kadang-kadang bila letih sangat, aku tidur
aje dalam kelas. Tambah-tambah kalau cikgu yang mengajar tu tak best dan subjek
yang diajar pun tak best terutamanya sejarah dan biologi. Subjek-subjek tu
sangat berkaliber nak buat aku tidur dalam kelas.
Aku tak sabar nak tunggu hujung minggu,
nak qada segala tidur yang tak cukup. Mata dah sebijik macam panda. Kalau duduk
sebelah panda, silap haribulan orang tertukar aku dengan panda. Bukan nak
exaggerate tapi nak menunjukkan betapa tak cukupnya tidur aku. Jalan macam tak
pijak tanah dah. Nak bersukan pun tak berapa ada masa sekarang tapi aku akan
cari masa jugak walaupun sekali seminggu nak lepas stress kat court basket.
Kadang-kadang aku terasa nak quit aje daripada jadi head girl ni. Letih tahu
tak? Mana nak fikir pasal anak buah, nak fikir pasal hal sendiri pulak. Tahun
ni adalah yang paling meletihkan
sepanjang lima tahun aku kat sekolah ni. Harap-harap berlalu dengan cepat
supaya aku tak payah mengadap lagi muka si pemusnah alam tu.
~ siapa pulak yang call aku pagi-pagi
buta ni? Tak tahu ke yang tuan punya handphone ni tak cukup tidur? Ni terasa
nak makan orang aje hari ni. Dah lah aku tengah period,mood terasa nak swing selalu selalu
aje.
Handphone yang terletak di atas meja
itu diambil tanpa melihat siapa pemanggilnya.
“hello”
“assalamulaikum Aina”
+ siapa yang call ni? Terasa macam
familiar pulak suara. Alamak! Ustaz Lee la yang call. Malu aje kantoi bangun
lambat.
“waalaikumusalam Ustaz. Ada apa ye
ustaz call saya pagi-pagi ni? Ada hal penting ke?”
“hal penting lah. Kalau tak, saya tak
call awak. Sebenarnya, pada hari ni saya nak buat spot check masa assembly
nanti. Nanti awak tolong briefing prefect yang lain tapi jangan bagitahu
awal-awal sangat. Lagi 5 minit nak spot check, awak inform diorang.”
“spot check ustaz? Bukan minggu lepas
dah buat ke? Mesti diorang dah tak berani nak bawak benda-benda terlarang tu.”
“itu yang minggu lepas punya. Mesti
diorang tak sangka ada lagi spot check minggu ni dan layback aje.”
“okey ustaz. Nanti saya bagitahu
diorang semua.”
Spot check lagi? Aishh… ustaz ni tak
penat ke buat spot check selang seminggu. Ingat tak penat ke nak spot check
semua bilik yang ada kat sekolah ni. Tu tak termasuk dorm lagi. Tapi aku mohon
sangat si pemusnah alam tu terkantoi hari ni. Bagilah dia terkantoi hari ni
dengan ustaz Lee. Mintak-mintak dia bawak segala benda terlarang hari ni.
Tolonglah terkantoi walaupun sekali. Aku nak tengok secara live waktu dia
terkantoi. Itulah saat paling gembira dalam hidup aku kalau dia betul-betul
terkantoi.
Assembly hall
Apsal lama sangat assembly hari ni. Aku
dah berjuta kali menguap. Tak mampu nak tahan ngantuk lagi dah. Cepat lah
habis. Aku tak sabar nak buat spot check hari ni.
“before I end assembly today, I want to
remind all of students, please remain seated and you are not allowed to leave
this hall until you told so.”
Kedengaran riuh –rendah suara pelajar
yang tidak berpuas hati dengan pengumuman tadi. Kelibat ustaz Lee kelihatan di
atas stage. Semua orang faham kalau ustaz Lee ada, mesti pasal masalah disiplin
tak pun spot check. Tak ada sorang yang berani nak lawan dengan ustaz Lee
kecuali terasa tak nak hidup lama. Ustaz lee ada aura hitler, jadi jangan lawan
kecuali terasa nak kena penampar super lee yang hebat dan sedap tu.
Aku dah ternampak pemusnah alam tu. Kau
tunggu, kejap lagi aku datang serbu kau. Baru aje aku nak melangkah pergi,
rupanya ada lagi orang yang cepat daripada aku. Nak tahu siapa? Ustaz Lee la.
Dia dapat gelaran ninja tu bukan sesaja tahu tak tapi sebab memang betul macam
ninja pun. Cepat dan tangkas.
“Fayyad, buka beg kamu sekarang.”
“saya mana ada bawak benda-benda
terlarang ustaz. Sejak kantoi dengan ustaz hari tu, saya dah tak buat perangai
yang jahat-jahat.”
~ banyaklah kau tak buat perangai. Yang
kau cari pasal dengan aku hari-hari tu bukan kau buat perangai ke? Kaki
berlakon sungguh. Tolonglah David Teo ambik mamat sorang ni berlakon sebab
bakat lakonan dia dah tahap Hollywood dah. Siap boleh menang Oscar lagi ni.
Ustaz ni pun, jangan lah percaya dengan cakap budak pembawa masalah ni. Nak aje
aku cakap kat ustaz macam tu dan biar aku sendiri yang spot check beg dia tu.
Entah apa benda yang ada dalam beg tu. Entah-entah segala jenis rokok , telefon
segala benda yang ada dalam tu.
“Aina! Datang sini kejap. Cuba kamu
check beg si Fayyad ni. Nak suruh Ehsan, entah mana pulak dia pergi.”
~peluang yang aku tunggu-tunggu selama
ni.
“okey ustaz!”
“kau bukak beg sekarang! Kalau ada
benda-benda terlarang baik kau mengaku sebelum aku selongkar beg kau. Kalau kau
mengaku sekarang, hukuman akan diringankan sedikit.”
+ek ena head girl ni. Cara cakap tu
macam aku ni dealer drug je. Nak ringan hukuman segala bagai. Kau ingat mandat kau
besar sangat ke? Setakat demerit tu apalah sangat, macam tak biasa pulak.
“aku dah cakap tak ada apa-apa dalam
beg ni. Yang kau susah sangat nak faham ni kenapa. Ke kau nak aku cakap bahasa
Tamil baru kau faham?
“kalau kau cakap tak ada, bukan
bermakna tak ada. Cakap kau ni bukan boleh percaya sangat pun. 0.00001% aje
yang boleh percaya pun. Yang lain hampeh, berlakon aje semua tu. Kau toksah
banyak cakap, meh sini beg kau tu.”
“kau ni kenapa head girl? Dah gian
sangat nak selongkar beg orang. Aku cakap tak ada, tak ada lah. Apsal degil
sangat ni?”
“ for your information, stubbornness runs
in my family. So do i.”
Sesi tarik menarik beg berlangsung
dengan penuh sengit antara Fayyad dengan Aina Syahirah sampaikan tali beg
Fayyad putus.
“kau head girl!!! Kau bagi putus tali
beg kesayangan aku! It's freaking Givenchy you know !! Kau tunggu, nanti aku balas dendam balik.
“putus? Dah nak putus nak buat macam
mana lagi? Kau beli baru aje lah. Tak pun nanti aku ganti balik yang baru aje. Kau
just cakap aje kau beli kat mana beg tu.”
“senang aje kau cakap kan? Kau ingat
senang nak cari beg macam tu. Limited edition aje weh. Makin membara aku dengan
kau ni head girl. Rasa nak bungkus-bungkus aje kau dan campak dalam laut bagi
jerung makan. Entah-entah jerung pun tak selera nak makan kau.”
“mulut kau pedas kemain. Kalah lada kat
kebun belakang sekolah tu. Kau ni memang natural born mulut celupar macam ni
ke?”
“well, I’m born with that.”
“ustaz! Ustaz!! Ustaz!!! Cepat datang
kat depan hall. Aina dengan Fayyad tengah perang dunia ketiga.”
“ish budak dua orang ni. Baru tinggal
tak sampai sepuluh minit dah bertekak sampai tak ingat dunia.”
“kalau ustaz lambat-lambat, saya ingat
karang ada adegan tarik rambut antara Aina dengan Fayyad.”
“Fayyad!! Aina!! Cukup –cukup lah tu. Korang
berdua tak malu ke semua orang tengok korang gaduh. Malu sikit kat adik-adik
junior yang tengok tu.”
“bukan salah saya ustaz. Si Fayyad ni yang
tak nak bagi kerjasama. Saya suruh bukak beg aje pun, dia yang tak nak.”
“aku pulak yang salah. Kan aku dah
cakap aku tak bawak apa-apa benda terlarang, yang kau degil sangat tak nak
percaya tu kenapa?”
“diam!!!!!!!!!!”
Bergema seluruh dewan dengan suara
Ustaz Lee. Semua pelajar diam menikus kecuali Aina dengan Fayyad yang masih
meneruskan sesi perang mulut.
~kiranya baran jugak kau dengan si
Fayyad ni kalau penampar super Lee ninja a pun aku redah macam angin aje.
+aiseyman, aku memang tak boleh
tolerate gila dengan head girl ni sampaikan kena marah dengan ustaz pun aku redah aje. Confirm demerit berjuta-juta aku
kena nanti.
“you two!! My room now!!”
No comments:
Post a Comment