CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Wednesday, 28 August 2013

housemate,tutor, enemy or husband?? or not all above PART 12



Dah habis pun periksa Bio ni. Add Math dengan Bio dah boleh ucap goodbye dah. Tinggal paper Fizik dengan Kimia aje yang tak habis lagi. Aik, mamat ni bagi balik jugak pen aku ni. Tak dapat lah aku nak buat amal jariah hari ni. Rugi betul. Alamaknya aku ni kena jadi pembekal tetap pen lah  untuk dua hari ni kat dia sebabnya aku aje yang duk tepi dia. 

Sengal yang amat. 

Orang dah bagi pen tu ambik je lah. Buat jual mahal pulak. Esok aku nak bawak sikit aje lah pen biar mamat tu tak boleh pinjam..haha. jahat tak aku? Mamat tu bukan tahu nak berterima kasih pun kat aku yang telah bersusah payah bagi dia pinjam pen ni. Kalau tak ada pen aku ni kau genius macam mana pun tak boleh jawab jugak. Ni ayat orang yang jeles dengan tahap kecerdikan mamat tu. 

Mamat tu tak pernah nak kemas. Dah lah baju tak gosok,datang exam pakai selipar, rambut panjang pulak. Memang macam kutu jalan betul. Serabai aje aku tengok. Tak pernah lah aku tengok dia ni kemas sepanjang riwayat hidup aku kat sekolah ni. Mungkin aku terlepas pandang kot. Tak pun itu memang style dia. Macam tu pun orang buat style ke. Aku tak dapat bayang macam mana keadaan dia masa temuduga nanti. Mau terkejut panel temuduga tengok dia macam tu. Silap haribulan pengsan diorang tu.

 Memang tak pernah lagi aku jumpa orang macam Ziyad Nadeem ni. Ni first time tau tak. Nasib bukan kelas aku,kalau tak boleh mencacatkan pemandangan mata aje dengan penampilan yang tak berapa nak kemas tu. Siapalah yang nak jadi sifu aku ajar Fizik ni. Aku dah sampai tahap nazak lagi tenat dah Fizik ni. Sekolah taka da buat program mentor-mentee untuk subjek ni ke. Budak sekelas aku cakap pihak sekolah tak nak buat untuk Fizik sebab kebanyakan pelajar dah ramai yang skor A dalam exam yang lepas.

 Memang lah ramai tapi aku ni tak termasuk dalam list manusia-manusia yang dapat A dalam Fizik. Jadi tolonglah bantu aku yang lemah ni. Esok paper Kimia pulak. Nasib baik esok subjek yang aku minat jadi senang lah nak skor. Boleh beri tumpuan lebih sikit kat cik Fizik ni. Kalau boleh aku nak dapat A jugak kali ni. Asyik-asyik dapat B dengan C aje. C tu baru sekali tapi B tu dah berkali-kali sampaikan aku dah muak tengok. Dah nak sampai tahap muntah hijau aku. Malam ni buat revision sikit pasal Kimia.

 Petang ni aku nak focus pasal cik Fizik aje. Sekarang cik Fizik dah jadi anak emas aku, jadi kena jaga bagai menatang minyak yang penuh lah. Dulu memang jadi anak terbuang lah. Sekarang ni kena kutip balik dah. Tragik sungguh kisah hidup Fizik ni. Cepat-cepat lah trial habis. Aku dah tak lalu nak stay up bersengkang mata untuk baca buku nih. Dah macam robot rasa. Tidur pukul 4 bangun pukul 6 , memang terbaik lah aku ni. Nak buat macam mana dah. Nak tak nak kena stay up lah untuk dapat gred yang bagus dalam exam. 

Trial ni penting sebab dia macam penanda aras prestasi kita sebelum ambik SPM. Kadang-kadang ada aje yang dapat scholar awal guna result trial dan aku tahu siapa yang bakal dapat biasiswa awal tuh. Tak lain tak bukan Add lah. Siapa lagi yang dapat keputusan gempak tahap berasap selain dia.


Tak ada ke manusia yang lebih bijak dari mamat tu hah? Aku dah naik bosan asyik dia aje yang monopoli rangking teratas. Kira macam dia dah tempah rangking nombor satu tu untuk dia selama 2 tahun. Hampeh sungguh.


“kau tak nak balik lagi ke? Dah lewat ni. Kalau kau nak jadi pelajar mithali pun agak-agak lah.” Sempat pulak si Nadira ni perli aku.

“aku memang nak balik dah. Tunggu nak kemas barang aje. Gila lah kalau aku tak nak balik. Tu dah tahap pelajar super mithali dah tu.”

“cepat sikit.”

“yelah. Bagi aku lima minit”

“ok”

Sambung pulak aku bercinta dengan Fizik ni. Kena habis jugak tajuk Form 4 ni. Untuk Form 4 Fizik boleh aje aku buat speed reading sebab masa Form 4 aku selalu dapat A Fizik Cuma sekarang ni aje yang tak pernah. Kemusykilan yang sampai sekarang aku tak boleh nak huraikan. 

Tak payah lah fikir pasal benda tu,buat rugi masa aje. Dah lah sekarang masa dah tinggal sedikit,yang tinggal pun masa kecederaan aje. Kena guna sebaik-baiknya lah masa yang ada ni. Kalau tak menyesal nanti. Kalau masa tu menangis keluar air mata darah pun dah tak guna lagi dah. Fizik dah siap. Masa untuk Kimia pulak. 

Minggu trial ni aku tak sempat nak menjejakkan kaki pun kat padang. Tengok padang pun tak sempat. Memang aku tersangat lah sibuk pada minggu ni. Mengalahkan Perdana Menteri aje. Sekali sekala aku sibuk. Kebanyakan masa aku lapang aje selama ni sampaikan tak tahu nak buat apa. Sekarang baru aku sedar betapa pentingnya masa untuk disia-siakan begitu sahaja dengan buat perkara yang tak berapa nak bagi faedah ni. 

“eh, dah pukul 6.30 petang. Tak sedar pulak waktu berbuka dah nak masuk.” Sekarang ni masa untuk tambah tenaga yang dah hilang masa study tadi. Aku  nak makan banyak-banyak sampai kenyang. Kalau kenyang sangat macam mana aku nak terawih nanti. Hari ni ialah hari pertama puasa. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t  kerana dipanjangkan lagi umurku untuk berjumpa dengan Ramadhan al-Mubarak yang penuh mulia ini. Semoga Ramadhan kali ini tidak sia-sia buatku dan seluruh umat Islam di dunia ini.


Kedengaran suara azan berkumandang dengan jelas dari surau yang berdekatan dengan sekolah aku ni. Sesudah mengaminkan doa yang dibaca oleh Head Boy tadi,kami pun makan dengan penuh berselera. Didahulukan dengan makan tiga biji buah tamar dan segelas air. Menu berbuka puasa hari ni sangat menyelerakan. Ayam masak merah dengan nasi minyak dan papadom.


“aku dah kenyang.”

“aku pun.”serentak lima orang bersuara.

“kalau dah kenyang,jom pergi surau.”ajakku.

“ok,jom.”


Malam kedua kami bertarawikh. Syukur Alhamdulillah kerana kami masih lagi dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan Kareem ini. Setelah selesai menunaikan solat sunat tarawikh berjemaah, kami pun bergegas bergerak ke kelas masing-masing untuk kelas prep malam.

 Semua tengah khusyuk menyiapkan kerja sekolah. Maklumlah kerja sekolah mengalahkan Gunung Everest,jadi nak tak nak kena siapkan juga kalau tak nak kena denda. Setakat ni aku tak pernah lagi lah kena denda sebab tak siap kerja sekolah. Kalau tak siap pun, salin yang kawan punya lah. Memang sungguh bergeliga otak aku ni nak-nak subjek Fizik. Sebab tu lah Fizik aku jadi tak berapa nak bagus sampai hari ni. Nak menyesal pun dah tak guna. Bukan boleh putar balik pun masa yang lalu. 

Tak ada makhluk Allah yang sudi ke nak ajar aku Fizik ni? Payah sungguh lah soalan Fizik ni. Nak tanya Nadira dia taka da pulak. Mana pulak minah ni pergi. Masa kecederaan camni lah dia tak ada. Masa lain ada pulak. Aku pergi tanya orang lain lah pulak. Ish ish..mana pulak pergi yang pandai-pandai Fizik ni? Semua tak ada dalam kelas ni.


“Alia,semua yang pandai Fizik kelas kita pergi mana? Semua taka da ni.”aku bertanya.

“diorang semua ada perjumpaan dengan cikgu Nora”.

“masa ni jugak lah nak jumpa cikgu. Tak tahu ke aku ada soalan yang nak tanya ni.”

“aku pun ada jugak nak tanya soalan. Dari tadi dok sangkut. Istilah try and error ni macam dah tak berapa nak relevan bagi aku sebab asyik error je memanjang.”rungut Alia.

“weh.sama lah. Perjumpaan pasal apa dengan cikgu Nora? Tak kan nak ulangkaji lagi kot. Dah tahap super pandai semua tu.”


“entah. Aku pun tak tahu.”

No comments:

Post a Comment