My biggest mistake wasn't falling for you,
It was thinking you had fallen for me too.
~anonymous~
Kedengaran bunyi
alarm telefonnya berbunyi. Dia meraba-raba mencari telefon yang sudah dibaling
entah ke mana. Jam telefonnya menunjukkan pukul 6.40 pagi. Dah nak subuh gajah
pun, nasib baik bangun kalau tak subuh dinosaur lah jawabnya. Dia bergegas
menuju ke tandas untuk mengambil wuduk.
Sesudah berdoa,
dengan pantas dia mencabut telekung sembahyang disebabkan rasa mengantuk yang
amat sangat. Itulah berjaga malam tahap tak ingat semalam, selepas tu mula lah
mengantuk. Dia mengambil telefon yang sudah dibaling ke hujung katil, membelek
telefon untuk melihat kalau ada mesej daripada rakannya. Tiba-tiba dia
terpandang whatsapp daripada rakan baiknya, Amira.
~he
says sorry
~he can’t make it
~he’s not ready for
commitment for time being
~he’s really sorry
Terkedu sebentar
dirinya apabila membaca mesej daripada rakannya. Terlalu banyak yang dihantar
tapi hanya separuh yang mampu dibaca kerana fikirannya terasa melayang entah ke
mana. Sukar digambarkan bagaimana perasaanya kini. Inikah perasaan bagaimana
rasanya patah hati? Sungguh dia tidak mengerti apakah perasaan yang dialaminya
tika ini.
+ I was
rejected for real?
~he rejected me?
+ I was rejected
officially?
Terasa melayang
layang di fikirannya dibawa pergi dengan kenangan lalu. Kenangan semasa zaman
sekolah. Kenangan yang manis, yang kekal dalam ingatannya buat selamanya.
Kenangan yang sangat dirindui kerana pada ketika itu dia boleh bersua dengan
pujaan hati setiap hari dan menjadikan setiap hari dalam hidupnya penuh
bermakna. Sebelum dirinya jatuh hati pada si pujaan hati, dirinya sudah
berpunya dan sebelum bertukar menjadi pujaan hati, dirinya adalah si jejaka
yang sangat menjengkelkan daripada pandangan matanya. Entah kenapa perasaanya
bertukar 360 darjah yang membuatkan dirinya terjatuh suka pada si dia. As
saying goes “there are thin line between love and hate”. Kata orang tua-tua,
usah terlalu membenci, nanti takut terjatuh hati. Pepatah itu betul-betul
memakan dirinya. Sudahnya,dia bertindak memutuskan hubungan dengan kekasihnya
pada ketika itu disebabkan ketiadaan persefahaman antara mereka.
Boleh dikatakan
setiap hari dirinya bersemangat untuk ke kelas semata-mata untuk menatap wajah
si dia. Pelajarannya tetap tidak diabaikan dan berazam untuk menandingi
kehebatan si jejaka dalam bidang akademik mahupun sukan. Dirinya hanyalah
pelajar yang biasa-biasa sahaja di sekolahnya, mana mampu untuk menandingi si
dia. Dia sangat sayang pada si dia hinggakan bertahun-tahun dia single,
ingatkan ada pengakhiran yang bagus, rupanya terputus di tengah jalan.
Sebenarnya, nak cakap terputus pun bukan sebab talinya tak pernah disambung
pun.
Sayang itu satu
perkataan yang sukar untuk dilafazkan. Mungkin ketika zaman sekolah, dia keliru
dengan perasaan sayang atau suka. Perasaan pada si dia mungkin hanya pada tahap
suka or crush. Tapi perasaan itu tetap bertahan bertahun lamanya. Mungkin dia
patut lupakan sahaja perasaan ini kerana terang lagi bersuluh dirinya ditolak
oleh si dia. Maybe he’s not the one. Move on, he’s not worth it. Dia patut cari
lelaki yang sayangkan dia bukan dia yang sayangkan lelaki tu sebab kata orang
tua-tua kalau lelaki tu sayang kat kita, dia tak akan hancurkan hati kita.
Tapi masalahnya kat
mana dia nak cari lelaki macam tu? Lelaki zaman sekarang yang baik-baik dah
pupus, tinggal yang jahat-jahat aje sekarang. Macam mana dia nak percaya lelaki
kalau hamper setiap hari dia mendapat berita daripada kawan- kawannya yang
heartbroken. Boyfriend curang, macam-macam yang dia dengar. Mana nak fikir
pasal boyfriend, study lagi, mungkin sebab tu dia kena reject kot sebab tak
bersedia lagi. Belajar pun dah makan separuh tenaga dia. Sungguh dia penat
belajar, nasib baik ada setahun lagi. Bila belajar apa yang kita tak minat,
semuannya Nampak susah, tak ada yang Nampak senang.
Sekarang dia hanya
perlu meneruskan hidupnya sahaja. Lagipun kumbang bukan seekor di dunia ni, jadi dia boleh cari
lagi kumbang yang baik hati, budi dan segalanya.