CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Tuesday, 21 January 2014

my head girl part 7

Part 7
Serabut lagi menyerabutkan. Bila dah stress macam ni mula lah aku terasa nak merapu buat esei ni. Gigih nak menyiapkan esei yang bertimbun-timbun , nak fikir pasal minggu keusahawanan lagi dan nak fikir pasal orang yang tak penting lagi. Mohon pencerahan macam mana nak selesaikan masalah semua ni. Ingatkan tak ada masalah sangat bila dah jadi senior merangkap head girl ni sebab budak-budak sekolah ni tak nakal luar alam sangat pun. Tetiba tahun ni ada pembawa bencana alam pulak. Muncul dengan tiba-tiba macam Mary  Poppins yang jatuh ke langit, mana aku tak rasa macam nak makan orang. Sekarang ni aku rasa macam nak marah orang aje tiap-tiap hari. Pemusnah alam semesta betul. Dah kering air liur aku ni buat marah mamat hati batu hati kering hati iceberg dan seumpamanya. Semakin aku marah, makin menjadi-jadi dia nak langgar peraturan sekolah. 

Aku ingatkan lah, dia ni ada masalah mental, kan dia pernah accident dulu. Mungkin ada skru yang tercabut kat mana-mana sebab tu weng semacam aje. Kalau orang lain, dah surrender dah cari gaduh dengan aku ni. Dia sorang  aje yang kebal semacam. Ehsan pun  tak kebal macam tu.

Dulu-dulu kalau Ehsan kena marah dengan aku, dia takkan kacau dah. Dia akan tunggu aku cool down baru dia kacau aku balik. Yang tu lagi sorang manusia yang gigih nak kacau hidup aku yang tenteram aman damai ni. Kalau nak banding Ehsan dengan musuh aku tu, tahap kegigihan diorang hampir sama. Kadang –kadang aku tak faham dengan fikiran seorang lelaki ni. Mens are complicated! Mungkin aku patut baca buku pak cik  John Grey tu nak bagi faham sikit nature orang lelaki ni. Nantilah hujung minggu time outing ni pergi cari buku tu kat bookstore. Tapikan, Ehsan tu kacau hidup aku sebab dia suka aku. Mamat tu apsal menyusahkan aku? Takkan lah sebab aku kantoikan dia pergi kejar nyamuk hari tu. Takkan tak habis-habis lagi nak dendam dengan aku. Member dia yang lain aku tengok rilek aje, takde lah pulak nak musuh dengan aku. Siap bagi salam lagi hari tu. Mamat alien tu sorang aje yang pelik. Ni aku terasa nak bagi tazkirah sikit nak bagi budak tu sedar diri dan tak payah nak berdendam dengan aku lagi.


Tengok. Sebab fikir pasal si pemusnah alam tu, esei aku daripada tadi tak jalan-jalan lagi. Membazir setengah jam aku. Sekarang ni aku rasa seminit tu pun sangat berharga sebab aku mampu tidur dengan lena walaupun selama 5 minit. Kadang-kadang bila letih sangat, aku tidur aje dalam kelas. Tambah-tambah kalau cikgu yang mengajar tu tak best dan subjek yang diajar pun tak best terutamanya sejarah dan biologi. Subjek-subjek tu sangat berkaliber nak buat aku tidur dalam kelas.

Aku tak sabar nak tunggu hujung minggu, nak qada segala tidur yang tak cukup. Mata dah sebijik macam panda. Kalau duduk sebelah panda, silap haribulan orang tertukar aku dengan panda. Bukan nak exaggerate tapi nak menunjukkan betapa tak cukupnya tidur aku. Jalan macam tak pijak tanah dah. Nak bersukan pun tak berapa ada masa sekarang tapi aku akan cari masa jugak walaupun sekali seminggu nak lepas stress kat court basket. Kadang-kadang aku terasa nak quit aje daripada jadi head girl ni. Letih tahu tak? Mana nak fikir pasal anak buah, nak fikir pasal hal sendiri pulak. Tahun ni adalah yang  paling meletihkan sepanjang lima tahun aku kat sekolah ni. Harap-harap berlalu dengan cepat supaya aku tak payah mengadap lagi muka si pemusnah alam tu.


~ siapa pulak yang call aku pagi-pagi buta ni? Tak tahu ke yang tuan punya handphone ni tak cukup tidur? Ni terasa nak makan orang aje hari ni. Dah lah aku tengah  period,mood terasa nak swing selalu selalu aje.

Handphone yang terletak di atas meja itu diambil tanpa melihat siapa pemanggilnya.

“hello”
“assalamulaikum Aina”

+ siapa yang call ni? Terasa macam familiar pulak suara. Alamak! Ustaz Lee la yang call. Malu aje kantoi bangun lambat.

“waalaikumusalam Ustaz. Ada apa ye ustaz call saya pagi-pagi ni? Ada hal penting ke?”
“hal penting lah. Kalau tak, saya tak call awak. Sebenarnya, pada hari ni saya nak buat spot check masa assembly nanti. Nanti awak tolong briefing prefect yang lain tapi jangan bagitahu awal-awal sangat. Lagi 5 minit nak spot check, awak inform diorang.”
“spot check ustaz? Bukan minggu lepas dah buat ke? Mesti diorang dah tak berani nak bawak benda-benda terlarang tu.”
“itu yang minggu lepas punya. Mesti diorang tak sangka ada lagi spot check minggu ni dan layback aje.”
“okey ustaz. Nanti saya bagitahu diorang semua.”


Spot check lagi? Aishh… ustaz ni tak penat ke buat spot check selang seminggu. Ingat tak penat ke nak spot check semua bilik yang ada kat sekolah ni. Tu tak termasuk dorm lagi. Tapi aku mohon sangat si pemusnah alam tu terkantoi hari ni. Bagilah dia terkantoi hari ni dengan ustaz Lee. Mintak-mintak dia bawak segala benda terlarang hari ni. Tolonglah terkantoi walaupun sekali. Aku nak tengok secara live waktu dia terkantoi. Itulah saat paling gembira dalam hidup aku kalau dia betul-betul terkantoi.


Assembly hall

Apsal lama sangat assembly hari ni. Aku dah berjuta kali menguap. Tak mampu nak tahan ngantuk lagi dah. Cepat lah habis. Aku tak sabar nak buat spot check hari ni.

before I end assembly today, I want to remind all of students, please remain seated and you are not allowed to leave this hall until you told so.”

Kedengaran riuh –rendah suara pelajar yang tidak berpuas hati dengan pengumuman tadi. Kelibat ustaz Lee kelihatan di atas stage. Semua orang faham kalau ustaz Lee ada, mesti pasal masalah disiplin tak pun spot check. Tak ada sorang yang berani nak lawan dengan ustaz Lee kecuali terasa tak nak hidup lama. Ustaz lee ada aura hitler, jadi jangan lawan kecuali terasa nak kena penampar super lee yang hebat dan sedap tu.

Aku dah ternampak pemusnah alam tu. Kau tunggu, kejap lagi aku datang serbu kau. Baru aje aku nak melangkah pergi, rupanya ada lagi orang yang cepat daripada aku. Nak tahu siapa? Ustaz Lee la. Dia dapat gelaran ninja tu bukan sesaja tahu tak tapi sebab memang betul macam ninja pun. Cepat dan tangkas.

“Fayyad, buka beg kamu sekarang.”
“saya mana ada bawak benda-benda terlarang ustaz. Sejak kantoi dengan ustaz hari tu, saya dah tak buat perangai yang jahat-jahat.”

~ banyaklah kau tak buat perangai. Yang kau cari pasal dengan aku hari-hari tu bukan kau buat perangai ke? Kaki berlakon sungguh. Tolonglah David Teo ambik mamat sorang ni berlakon sebab bakat lakonan dia dah tahap Hollywood dah. Siap boleh menang Oscar lagi ni. Ustaz ni pun, jangan lah percaya dengan cakap budak pembawa masalah ni. Nak aje aku cakap kat ustaz macam tu dan biar aku sendiri yang spot check beg dia tu. Entah apa benda yang ada dalam beg tu. Entah-entah segala jenis rokok , telefon segala benda yang ada dalam tu.

“Aina! Datang sini kejap. Cuba kamu check beg si Fayyad ni. Nak suruh Ehsan, entah mana pulak dia pergi.”

~peluang yang aku tunggu-tunggu selama ni.

“okey ustaz!”
“kau bukak beg sekarang! Kalau ada benda-benda terlarang baik kau mengaku sebelum aku selongkar beg kau. Kalau kau mengaku sekarang, hukuman akan diringankan sedikit.”

+ek ena head girl ni. Cara cakap tu macam aku ni dealer drug je. Nak ringan hukuman segala bagai. Kau ingat mandat kau besar sangat ke? Setakat demerit tu apalah sangat, macam tak biasa pulak.

“aku dah cakap tak ada apa-apa dalam beg ni. Yang kau susah sangat nak faham ni kenapa. Ke kau nak aku cakap bahasa Tamil baru kau faham?
“kalau kau cakap tak ada, bukan bermakna tak ada. Cakap kau ni bukan boleh percaya sangat pun. 0.00001% aje yang boleh percaya pun. Yang lain hampeh, berlakon aje semua tu. Kau toksah banyak cakap, meh sini beg kau tu.”
“kau ni kenapa head girl? Dah gian sangat nak selongkar beg orang. Aku cakap tak ada, tak ada lah. Apsal degil sangat ni?”
“ for your information, stubbornness runs in my family. So do i.”

Sesi tarik menarik beg berlangsung dengan penuh sengit antara Fayyad dengan Aina Syahirah sampaikan tali beg Fayyad putus.

“kau head girl!!! Kau bagi putus tali beg kesayangan aku! It's freaking Givenchy you know !! Kau tunggu, nanti aku balas dendam balik. 
“putus? Dah nak putus nak buat macam mana lagi? Kau beli baru aje lah. Tak pun nanti aku ganti balik yang baru aje. Kau just cakap aje kau beli kat mana beg tu.”
“senang aje kau cakap kan? Kau ingat senang nak cari beg macam tu. Limited edition aje weh. Makin membara aku dengan kau ni head girl. Rasa nak bungkus-bungkus aje kau dan campak dalam laut bagi jerung makan. Entah-entah jerung pun tak selera nak makan kau.”
“mulut kau pedas kemain. Kalah lada kat kebun belakang sekolah tu. Kau ni memang natural born mulut celupar macam ni ke?”
“well, I’m born with that.”


“ustaz! Ustaz!! Ustaz!!! Cepat datang kat depan hall. Aina dengan Fayyad tengah perang dunia ketiga.”
“ish budak dua orang ni. Baru tinggal tak sampai sepuluh minit dah bertekak sampai tak ingat dunia.”
“kalau ustaz lambat-lambat, saya ingat karang ada adegan tarik rambut antara Aina dengan Fayyad.”

“Fayyad!! Aina!! Cukup –cukup lah tu. Korang berdua tak malu ke semua orang tengok korang gaduh. Malu sikit kat adik-adik junior yang tengok tu.”
“bukan salah saya ustaz. Si Fayyad ni yang tak nak bagi kerjasama. Saya suruh bukak beg aje pun, dia yang tak nak.”
“aku pulak yang salah. Kan aku dah cakap aku tak bawak apa-apa benda terlarang, yang kau degil sangat tak nak percaya tu kenapa?”
“diam!!!!!!!!!!”

Bergema seluruh dewan dengan suara Ustaz Lee. Semua pelajar diam menikus kecuali Aina dengan Fayyad yang masih meneruskan sesi perang mulut.

~kiranya baran jugak kau dengan si Fayyad ni kalau penampar super Lee ninja a pun aku redah macam angin aje.

+aiseyman, aku memang tak boleh tolerate gila dengan head girl ni sampaikan kena marah dengan ustaz pun aku  redah aje. Confirm demerit berjuta-juta aku kena nanti.

“you two!! My room now!!”