Ya Allah. Mata aku rabun ke ni sampai aku
tertengok nama si Ziyad Nadeem pulak ni jadi mentor aku. Oleh sebab tak puas
hati,aku tengok sekali lagi nama yang terpapar kat notice board tu tapi masih
sama lagi. Sah memang Ziyad Nadeem tu yang jadi mentor aku. Macam mimpi aje
yang dia jadi mentor aku. Otak aku tak boleh berfikiran dengan waras sekarang.
Apa lah yang mamat tu boleh ajar aku sebab dia pun malas nak belajar. Dia tak
apa lah. Dah bijak pandai,tak macam aku ni. Aku boleh membayangkan zaman
kegelapanku. Serius aku tak boleh percaya lagi ni. Rosak bin jahanam lah Fizik
aku ni.
“aku tumpang simpati kat kau sebab dapat mentor
macam tu. Kau bersabarlah ye.” Kata Nadira sambil gelak kat aku. Hampeh betul
Nadira ni.
“serius aku tak percaya weh mentor kau si Ziyad
tu”
Kau percaya aje lah. Dah kenyataan nak buat macam
mana nasib aku tak baik.”
Memang termakbul sungguh doa aku ni tapi tak
sangka pulak dapat mentor hantu macam ni. Kalaulah aku tahu yang dia jadi
mentor aku,memang aku tak akan berniat lah nak ada mentor. Sumpah tak akan.
Sungguh aku menyesal dengan nasib aku ni. Jadi,mulai sekarang memang aku kena
belajar bersungguh-sungguh lah Fizik ni kalau nak A dalam SPM sebab tak ada
orang akan tolong aku nak dapat A ni melainkan diri aku sendiri.
Program mentor
mentee tu akan bermula esok lah pulak selepas waktu prep petang. Sengal betul
lah. Datang ke tidak mamat tu. Kalau tak datang.syukur Alhamdulillah. Kalau
datang,merana lah aku. Aku pun menyibukkan diri dengan kerja sekolah sebab tak
nak fikir pasal tadi. buat sesak otak aje.
Sedar tak sedar waktu prep petang
dah tamat. Sungguh sekejap masa berlalu. Kerja Add Math aku ni pun baru soalan
nombor 20. Lagi 30 soalan nak kena habiskan. Mau mati tersungkur aku nak
siapkan semua tu sebelum prep malam ni sebab malam ni nak ulangkaji Fizik
pulak. Mana lah tau tiba-tiba buang tabiat mamat tu nak tanya soalan tahap
saintis-saintis ni. Mau terdiam aku nanti. Jadi kena buat persiapan dari awal
lagi supaya aku tak terkantoi depan-depan. At least,kena lah tunjuk yang aku ni
berilmu jugak bukannya kosong taka da apa-apa.
Akhirnya siap jugak kerja Add Math ni sebelum
prep malam. Nasib baik aku tak boleh sembahyang,jadi boleh jugak curi masa nak
buat kerja sekolah ni. Kalau tak,memang tak akan siap sebelum prep malam. Dapat
jugak aku mengulangkaji Fizik dengan aman. Sempat aku baca sampai habis tajuk
Form 4. Tajuk Form 5 tak sempat nak baca lagi. Lepas prep malam ni aku sambung
baca yang Form 5 punya. Selepas tajuk yang terakhir Form 5 habis dibaca.aku pun
syahid tersungkur atas katil. Dah tak lalu tengok buku Fizik. 7 jam tanpa henti
baca buku Fizik sampaikan mata aku pun dah berpinar-pinar ni.
Kedengaran bunyi azan sayup berkumandang dari
masjid yang berdekatan sekolahku. Aku pun bangun dan membersihkan diri sebelum
ke surau sekolah untuk menunaikan solat Subuh berjemaah walaupun aku masih
mengantuk. Jalan pun terhuyung-hayang ke surau sekolah. Setelah selesai
menunaikan solat berjemaah,aku pun pulang ke bilik semula untuk menyiapkan diri
untuk ke sekolah. Aku terasa amat malas hari ni sebab petang nanti akan
diadakan program yang aku tak suka tu.
Semasa aku masuk kelas untuk menghadiri kelas
prep petang,kedengaran bunyi riuh rendah dari kelasku. Kenapalah diorang ni
bising sangat. Tak tahu ke yang SPM dah nak dekat. Ayat orang yang dah insaf
macam aku ni lah.
“kenapa bising sangat ni?” tanyaku.
“cuba kau tengok kat white board depan tu tulis
apa”.
Sengal punya Ziyad. Ada ke tulis macam tu.
Sesiapa
yang bernama Izz Irdina Aisy, perjumpaan mentor mentee petang ni akan dibuat
kat tepi court basketball.
Giler haper mamat ni nak buat meeting tepi court.
Dah lah tulis nama aku sikit punya besar. Tak pasal-pasal femes aku hari ni.
Buat aku berangin betul. Tak boleh bayang macam mana perjumpaan pada petang
nanti. Mau hancur agaknya. Geram sungguh aku kat mamat tu. Nak jumpa pun kecoh
sampai tulis-tulis kat white board. Pesan kat orang dah lah. Kat court nak
belajar macam mana. Dah lah bising. Confirm-confirm aku tak boleh bagi
tumpuan,kalau nak lagi haru aku tengok pulak orang tengah main. Memang terbaik
lah kalau macam tu dan Fizik aku pun melayang entah ke mana.
Waktu petang fluid
dalam badan kurang sikit,jadi otak pun kurang cergas. Tak ada waktu lain ke nak
belajar Fizik ni. Kot waktu pagi aku rasa otak aku boleh terima dengan cepat
sikit. Waktu petang loading sikit. Tragik sungguh kisah hidup aku ni. Dah lah
tak berapa nak pandai Fizik ni,dapat pulak mentor yang macam hantu tu. Dari
fikir pasal dia, baik aku buat kerja yang melambak-lambak sampai tak cukup
tangan ni. Dapat juga faedah. Mata aku melirik ke arah jam tanganku. Waktu dah
menunjukkan pukul 4.15 petang. Lagi 15 minit waktu prep petang akan habis. Jadi
aku kena kemas barang-barang dulu yang nak bawa masa perjumpaan nanti.
Lepas
habis prep,kena masuk bilik dulu. Nak tukar pakaian sukan. Yelah,tak kan nak
pakai baju kurung sampai petang kot. Rimas tau. Masa aku tinggal kat asrama ni
je lah kalau nak merasa pakai baju kurung pun. Kalau kat rumah,jangan harap
lah. Pakai pun masa hari raya aje,yang selebihnya boleh kira dengan jari. Baju
kurung tu tahap display kat dalam almari aje kat rumah aku tu. Biasa aku pakai
shirt dengan jeans aje nak keluar. Ringkas dan selesa. Tak ada lah nak pakai
lip lap segala bagai macam tu nak keluar rumah. Tu dah macam gaya nak pergi prom
night aje. Selepas waktu prep tamat,aku pun pulang ke bilikku untuk menukar
pakaian. Sebelum pukul 5 petang kena kosongkan kawasan asrama dah. Bagi yang
boleh sembahyang,kena pergi ke surau untuk solat berjemaah. Bagi yang keuzuran
macam aku ni,terus pergi ke kelas lah tak pun pergi padang riadah.
Mana pulak mamat ni. Kata pukul 5.15 petang,ni
dah pukul 5.20. bukan takat batang hidung,baying pun tak Nampak lagi. Selepas
puas aku menunggu,pukul 5.30 baru datang mamat tu. Dah lah datang lewat,tak
minta maaf pulak tu. Ni buat aku panas.
“kau ke yang nama Izz Irdina Aisy? Aku ingat
siapa.”katanya.
“aku lah. Siapa lagi. Kau ni cakap 5.15 tapi 5.30
baru datang. Nak belajar apa dah masa-masa macam ni. Otak aku dah tepu ni.”
“siapa cakap nak belajar lagi hari ni. Aku Cuma
nak kenal dengan mentee aku aje. Tak sangka pulak kau yang jadi mentee aku.”
Ingat aku nak sangat ke jadi mentee dia. Tak
pernah terlintas dalam fikiran aku pun. Nak kenal kepala hotak dia. Aku ada
banyak kerja lagi nak buat daripada sesi perkenalan yang entah apa-apa ni.
“esok baru aku ajar kau. Jadi kau bawa lah apa
yang patut nanti. Nak buat kat mana nanti aku bagitahu.”
“kau tak payah lah tulis nama aku sebesar-besar
alam kat white board tu,tak pasal-pasal aku jadi femes kejap tadi. bagi tahu direct
kat aku tak boleh ke?
“mana lah aku kenal kau masa tu,jadi jalan yang
terbaik buat yang macam tadi lah.
“banyak lah kau punya jalan terbaik. Tanya orang
tak boleh ke?”
“aku malas nak tanya orang tadi”. balasnya.
Hampeh punya orang. Macam tu pun malas ke? Habis
tu apa yang kau rajinnya? Buat jenayah rajin pulak,tak payah orang suruh pun
tak apa. Dah tu bila nak mula ajar aku, spm dah tinggal beberapa bulan lagi.
Bukannya tahun depan. Kalau tahun depan tu,aku pun boleh belajar sendiri. Tak
payah tunggu nak ada mentor segala tu.
“bila nak mula ajar aku?”
“esok lah. Lepas habis prep petang. Pukul 5.00.”
Petang?? Dah lah otak aku ala-ala macam siput dah
masa waktu petang,ni nak suruh aku belajar Fizik yang sangat lah aku tak suka
pulak. Waktu lain tak boleh ke? Kang aku tanya sekarang dia jawab dia
mentor,dia punya suka lah nak buat masa bila pun. Baik jangan tanya. Tak boleh
tukar mentor ke? Aku dah terasa aura terseksa dah ni biarpun dia tak ajar lagi
aku. Tapi kan sebab spm, aku bersabar aje lah. Bukan lama sangat pun, sebulan
setengah aje. Lepas tu,azab aku dah tak ada lah. Jadi,kena banyakkan
bersabarlah untuk tempoh waktu tu.
Ya Allah,kau kurniakanlah kesabaran yang
tinggi dalam diriku untuk menempuh dugaan ini. Semoga aku tak tersungkur syahid
sebelum masanya. Agaknya masa prep tu dia nak tidur,sebab tu tak nak ajar aku
masa tu. Tak pun masa prep tu dia fly ke mana-mana sebab dia kan expert bab
fly-fly ni. Top 1 tu. Tak pernah terkantoi lagi sampailah sekarang. Ilmu apa
agaknya dia pakai sampaikan tak pernah kena dengan cikgu. Walhal cikgu memang
tahu dia fly tapi disebabkan tak ada bukti,jadi tak boleh nak kantoikan dia
lah. Memang tabik spring lah aku kat dia. Genius dalam segala benda. Bukan
senang nak jadi macam tu. Masa kecik dulu dia makan apalah sampaikan jadi
terlebih bijak ni. Kalau aku tahu dia makan apa,boleh juga aku cuba. Manalah
tahu berkesan kat aku, boleh jadi bijak macam dia. Siapa tahu boleh lawan dia
terus. Hahaha.