Aku pun meneruskan kerja sekolahku yang
terbengkalai tadi sambil menunggu rakan sekelasku tamat perjumpaan dengan cikgu
Nora. Kerja sekolah Fizik aku biarkan dulu dan meneruskan dengan subjek lain
pulak. Bukan apa,kalau tak dapat-dapat jugak jawapan Fizik tu,tak ke buang masa
aku yang amat berharga ni. Masa itu emas. Bak kata manusia yang jenis study
last minute macam aku ni lah. Kalau yang study konsisten dari awal tahun lagi
tu memang dah boleh relaks santai dah sekarang ni. Hanya recall balik aje apa
yang telah belajar sepanjang tahun. Alangkah nikmatnya kalau aku boleh jadi
macam mereka semua. Tak perlulah bertungkus lumus belajar macam hari ni.
Setelah puas aku menunggu sampai waktu prep malam pun tamat tapi kawan sekelas
aku yang pandai Fizik pun tak balik lagi termasuklah si Nadira tu. Ahah! Baru
aku perasan sebab apa Nadira tak ada kat kelas. Nadira pun kena jugak
perjumpaan tu sebab dia ni tergolong yang pandai Fizik jugak lah dalam kelas
aku ni. The only one representive from our group.
Setelah supper,aku dan rakan-rakanku pulang ke
bilik masing-masing untuk meneruskan kerja sekolah yang terbengkalai tu. Mahu
tak mahu memang kena bersengkang mata lah malam ni untuk menyiapkan kerja
sekolah yang maha banyak ni. Adoyai, bila lah penyiksaan ni semua akan
berakhir. Aku dah tak sabar nak habis SPM ni. Tiba-tiba bunyi mesej masuk
kedengaran daripada telefonku.
+from Nadira
: tadi cikgu Nora cakap nak buat
program mentor-mentee Fizik. Esok nama dia akan tampal kat notice board.
Termakbul jugak hasrat kau nak ada mentor Fizik.(-:
+ saper mentor aku?? Kau ke??
+aku?? Memang tak lah weh. Cikgu Nora cakap yang
satu geng memang tak akan satu kumpulan. Aku pun tak tahu saper mentor kau dan
aku pun tak tahu saper mentee aku. Kau tengok esok je lah
.
+okeh.thanks
Wah!! Aku akan dapat mentor Fizik. Tercapai jugak
hasrat aku nak ada mentor ni. Harap-harap yang aku kamceng jugak lah walaupun
bukan geng aku. Cikgu Nora ni pun macam-macam aje syarat dia. Tapi kan bagus
jugak sebab kalau Nadira jadi mentor aku memang tak belajar manalah aku.
Selepas roll-call pagi,aku dan rakan-rakanku pergi ke notice board untuk lihat
nama pasal program mentor mentee tu.
“lia,kau dengan Head Boy lah.”kataku.
“sudah. Habislah aku. Mesti skema maut punyalah
mamat tu.
Aku pun meneruskan misi mencari nama aku. Mana
pulak diorang letak nama aku ni. Cari nama aku tapi terjumpa nama Aisyah pulak.
Dia dengan budak kelas aku Aiman. Humaira pulak dengan Hisyam librarian. Elok
sungguh pasangan diorang ni sebab pangkal nama diorang bermula dengan huruf
sama. Hisyam dapat gelaran ni sebab dia selalu lepak kat library sebab library
sejuk. Kata dial ah. Nama aku aje yang tak jumpa-jumpa lagi ni.
“korang semua,mana nama aku ni? Tak kan cikgu
lupa nak letak pulak.”
“cuba cari sekali lagi”
“eh,aku dah jumpa nama kau ni.” Kata Aisyah.
“ye ke? Tadi aku cari tak jumpa pun. Dengan
siapa?”
“dengan…dengan”teragak-agak Aisyah menjawab
pertanyaanku.”
“dengan siapa?”
“kau mari tengok sendiri lah.”
“Gaya macam aku ni kena pair up dengan Dracula
aje yang kau teragak-agak nak bagitahu aku tu.”