housemate,tutor,enemy or husband?? or not all above part 3
Alhamdulillah aku dah selamat menunaikan
kewajipan aku sebagai hamba-Nya. Semoga ia akan berpanjangan hinggalah nyawa
aku kembali kepada-Nya. Pukul 3 nanti dah kena ada kat dewan dah. Rasa nak
tercabut aje nyawa ini. Kalau dekat tak apa lah juga,ini mau berpeluh jugak nak
sampai kat sana. Aktiviti memang non- stop lah sepanjang minggu orientasi ini.
Bila lah nak habis malapetaka ini. Tak sabar rasanya nak tunggu minggu
orientasi ini nak habis. Baru ada masa nak bernafas sikit. Ini masuk aje bilik
dah dekat pukul 1 pagi, mata pun dah nak tutup. Tak ada masa langsung nak buat
sesi ice-breaking dengan roommate-roomate aku sekalian. Masing- masing dah set
mind nak landing atas katil aje bilik dah sampai bilik.
Ingat kitorang ini robot ke?? Pukul 5.30 pagi dah
kena ada kat masjid dah untuk sembahyang subuh berjemaah. Memang lah aku dah
biasa dengan sembahyang berjemaah ini tapi tak ada lah awal sangat jejak
masjid. Pukul 6.15 pagi itu dah kira awal lah walaupun terlepas imam pertama.
Yang penting pergi biar lewat pun daripada tak pergi langsung. Biasanya kalau
terbabas pun sekali sekala aje lah terutamanya hujung minggu sebab stay up
sampai lewat malam. Masa itu aje lah kalau nak stay up lama-lama sampai pukul 4
pagi pun sebab esok tak sekolah. Kalau time hari sekolah,kirim salam lah sebab
nanti mengantuk dalam kelas. Tak faham pulak apa yang cikgu ajar. Sia-sia aje
aku pergi sekolah hari itu.
Kring!
Kring!. Jam siapa pulak yang memekak ini,ganggu aku nak tidur aje. Rasa nak
makan orang hidup-hidup aje sekarang. Dah badan penat,tidur tak cukup. Memang
mood rasa nak maki- hamun orang aje lah. Selepas aku melelapkam mata sekejap,
kedengaran pula nada Waitin’ for you nyanyian Mizz Nina daripada telefon
bimbitku. Argh!!. Dah pukul 5 ke? Baru sekejap rasanya aku tidur. Wuaa..
malasnya nak bangun. Masa aku masuk bilik mandi tadi, dah ramai yang siap
mandi. Nasib baik, kalau tak kena berebut pulak. Aku memang lemah kalau bab-bab
menunggu ini. Aku surrender awal-awal lagi. Kalah tanpa bertanding. Aku mandi
sekejap aje sebab sejuk sangat,tak tahan aku nak mandi lama-lama sangat.
Lagipun aku dah lewat. Kang mandi lama-lama tak pasal aje kena ceramah free
dengan senior. Dah lah sorang-sorang tu garang macam singa betina aje. Nak
pandang muka pun takut. Nampak macam tak mesra alam aje. Kalau senyum tak ke
sikit punya manis. Senyum itu sedekah cik kak oii, jadi maniskanlah muka tu
selalu. Tak lah macam asam jeruk jual kat pasar malam itu. Jeruk kat pasar
malam pun lagi manis tau tak.
Alamak!. Kena buat senaman pulak pagi-pagi ni.
Memang menyeksa jiwa dan raga lah. Mau seminggu sakit badan lepas buat aerobic
ni. Lepas tu mulalah jalan macam nenek tua aje. Dulu tak apalah sebab duduk
ground floor,sekarang duduk kat singgahsana kayangan. Memang jalan
terkangkang-kangkang macam nenek tua aje lah. Nak hilang rasa sakit tu ambik
seminggu jugak lah. Siapa suruh tak buat senaman tiap-tiap hari masa cuti spm
hari itu,ini tak asyik bina badan aje kat rumah. Buat perabis beras kat rumah
aje. Tapi nak buat macam mana kan, masa itu aje lah kalau nak balas dendam pun.
Masa kat sekolah.tidur tak pernah nak cukup. Homework memanjang aje banyak.
Sampai dah rasa macam setinggi gunung Everest aje. Itu baru Sembilan subjek, kalau
lebih tak tahu lah. Sembilan itu pun dah buat aku rasa nak putus nyawa. Macam
mana orang yang ambik subjek banyak-banyak belajar. Tak paham aku. Kitorang kat
sbp tak boleh ambik subjek lebih sebab nak jaga prestasi sekolah.
Mangkuk hanyun giler!!!!!!!!!!!!!!!.
Pengumuman
tadi memang buat kepala aku berasap giler. Hangin satu badan aje. Ada ke siapa-siapa
yang duduk kat tingkat 4 dan 5 kena
pindah blok lain. Memang tak masuk akal langsung. Kut yer pun nak pindah,bagi
lah notis awal-awal. Ni tak tengahari tadi bagitahu,tengahari itu jugak nak
kena pindah. Agak-agak lah. Ingat barang aku ringan macam kertas ke. Masa nak
datang sini pun datang dengan dua buah kereta sebab nak angkut barang aku punya
pasal lah. Beg baju aje dah dua bagasi besar,tak masuk dengan benda-benda lain
lagi. Parents aku geleng kepala aje tengok barang-barang aku. Itu baru study
dalam Malaysia,kalau study kat oversea tak tahu lah aku. Agaknya kena sewa satu
flight nak angkut barang-barang aku aje.
Aku pun tak tahu kenapa banyak sangat barang aku. Apalah nak jadi kat aku ni..Ish2
No comments:
Post a Comment