housemate,tutor, enemy or husband?? or not all above part 5
Selepas dah berjanggut aku menunggu kat bilik, kawan aku pun datang.
Namanya Nisha. Dia ini satu sekolah dengan aku dulu. Dia pun duduk sorang
jugak. Dia duduk kat bilik seberang sana. “ kau duduk sorang jugak ke? Tanya
Nisha. “ a’ah. Dah berkurun aku tunggu tapi xde orang datang pun. Tak kan aku
nak tidur sorang-sorang pulak”. Balas aku. Kalau macam tu, jom lah kita pergi
tukar bilik. Fuhh!! Lega hati aku. Nasib baik boleh tukar bilik. Kalau tak
boleh,aku tak tahu lah nak kata apa. Nak suruh aku tinggal sorang-sorang? Kirim
salam banyak lah. Bukannya takut tapi lebih pada perasaan unsecured lah. Kang
boys ceroboh blok ini, tak ke naya je. Jadi habuan free-free aje aku.haha
. tapi kan aku tengok baru berapa kerat
penghuni tingkat 4 ini. Campur aku dengan Nisha baru sepuluh orang. Seram
sungguh nak duduk. Dah lah bilik aku ini dekat hujung-hujung. Kalau orang nak
masuk bilik memang senang aje sebab orang tak berapa nak perasan pun. Ngeri aku
kalau fikir-fikir balik. Harap-harap dapat lah roommate baru.
Tadi sebelum naik bilik aku dah dapat dua orang
roommate baru. Diorang dari blok sebelah. Sesi perkenalan bermula. Sorang
namanya Rania,sorang lagi nama Zuhaira. Semuanya budak utara. Time aku nak
landing atas katil, tiba-tiba roommate aku yang baru itu cakap ada fire drill
malam ni. So, jangan tidur lagi lah. Seperti yang dijangka, memang ada fire
drill malam ni. Kira-kira pukul 1 pagi, siren kecemasan berbunyi. Semua orang
kelam-kabut turun blok. Ada yang turun dengan baju tidur aje. Dengan short pant
aje pun ada. Yang main sambar tuala buat jadi tudung pun ada. Time tu ramai
yang dah tidur,jadi semuanya mamai-mamai aje lah. Ada jugak yang tak
turun-turun. Tidur mati agaknya. Sampaikan senior kena pergi tolong kejutkan.
Kalau betul-betul ada kebakaran.memang sah rentung hangus terbakar diorang tu.
Lama jugak lah fire drill tapi best jugak lah. Masa sampai kat bilik,mata aku
dah tak ada tenaga nak bukak, tunggu masa nak tutup aje. Apelagi landing atas
katil lah jawabnya. Bahagianya tidur atas katil baru. Harap-harap lena lah
tidur malam ni. Kalau nasib baik boleh mimpi Jonghyun CN Blue. Hehehe. Muka
hensem maut tu..ntah ape lah aku ni. Berangan je keje. Macam mana nak maju
macam uni. Sudah-sudah, kang esok lambat bangun sape nak jawab. Aku jugak. Nisha
dah lama tidur. Tadi mata dia memang nazak yang teramat. Kesian tengok.
Akhirnya, tamat juga minggu orientasi yang amat
menyeksakan jiwa dan raga ni. Fuhh!!!. Rasa macam nak buat kenduri tujuh hari
tujuh malam aje nak raikan hari ni. Banyak duit aku nak buat kenduri. Alah,
mintak dengan daddy dengan mummy lah. Aku ni kan anak kesayangan diorang.
Cewahh!!. Masuk bakul angkat sendiri betul lah aku ni. Maklumlah anak perempuan
tunggal dan juga merangkap anak bongsu. Memang aku ni dimanjakan oleh keluarga
aku lah. Malam ni nak buat apa eh?? Kang free malam ni. Tidur aje lah, apa lagi
nak buat. Dah seminggu tak cukup tidur. Macam zombie kampung pisang aje aku
seminggu ni. Nak tengok tv, malas nak turun. Tinggi sangat singgahsana aku ni.
Kot bagi tingkat dua, boleh lagi lah aku nak menapak kat bilik tv. Ni bagi yang
tinggi sekali. Jawabnya memang tak turun lah aku kecuali ada cerita yang
betul-betul best. Kalau tak kirim salam lah awal-awal lah. Memang tak akan lah.
Rupanya aku ni pemalas jugak yer. Macam lah tinggi sangat. Setakat tingkat
empat tu, apa lah sangat. Gaya cakap macam aku ni duduk kat tingkat lima belas
aje. Kalau aku duduk tingkat lima belas tapi tak ada lif, mau aku saman aje
arkitek yang buat bangunan tu. Bilik aku senyap aje malam ni. Tak tahu lah
semua roommate aku pergi mana. Lantak diorang lah nak pergi mana, janji privasi
aku tak terganggu. Duduk sorang- sorang best jugak, boleh layan perasaan sikit.
No comments:
Post a Comment