CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Tuesday, 29 January 2013

housemate,tutor,enemy or husband?? or not all above part 2



housemate,tutor,enemy or husband?? or not all above part 2






Habis pun ceramah yang buat aku rasa nak demam aje. Pengetua berapi-rapi mengingatkan semua pelajar tentang tujuan utama datang ke sini. Ini aje yang aku sempat dengar “ kita mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh sejak awal lagi”sebab yang selebihnya aku dah tak dengar. Nak dengar macam mana kalau mp3 dah memekak kat telinga. Kalau siren kebakaran memekak pun gerenti aku tak dengar sebab pasang volume tahap maksimum. Alah , bukan aku sorang aje buat macam tu,ramai lagi. Kat sebelah aku ni tengah lawan bingo dengan sos dengan member aku menggunakan kertas yang sepatutnya dibuat catatan. Ada tu siap bawak psp segala bagai lagi. Rilek lah, nama pun budak-budak kan biar pun umur dah baligh pun. Tapi ada aje yang skema tahap gaban, dengar aje yang pengetua ceramah. Siap buat catatan lagi dowh. Nampak macam budak yang tak pernah tinggal kat hostel aje. Sebijik Nampak macam tak pernah berenggang dengan mak bapak aje gayanya. Haha. Kerja menambah dosa free aje aku ini. Cubalah berzikir ke, dapat jugak tambah pahala. Ni tak, kerja asyik nak kutuk orang aje. Selepas ini kitorang kena bergegas ke masjid pulak untuk sembahyang zuhur berjemaah.


Sembahyang berjemaah ini dah jadi rutin harian aku dekat hostel masa zaman sekolah lagi, jadi aku dah biasa lah dengan benda-benda macam ini. Syukur Alhamdulillah sebab aku jejak hostel masa aku form 1 lagi. Tinggal kat hostel jadi orang lah sikit biarpun kesalahan berjela-jela sampai tak cukup tangan warden nak tulis. Nakal betul aku zaman sekolah dulu. Masa itu aje lah nak rasa school life pun sebab bila kita dah tamat zaman persekolahan kita tak akan dapat rasa memori macam itu dah. Hanya masa zaman school aje kita boleh rasa semua benda pelik-pelik macam itu. I miss school life dowh..baru tak sampai setahun tinggal dah rindu giler. Agaknya apa lah member-member aku buat sekarang. Tengah merindu macam aku jugak ke.


Farisha,Zara,alia, nadira, humaira. Farisha nickname dia Rich. Zara pulak carrot sebab suka sangat makan carrot. Alia pulal Al. Nadira pulak Dirr dan Humaira pulak Umai. Rindu sama kamu semua. Big time. Hands down. Diorang lah geng kamceng aku walaupun tak sebilik dengan sekelas. Humaira dengan Nadira aje yang tak sekelas dengan aku, yang lain semuanya sekelas. Dia sebilik dengan aishah. Cuma aku dengan alia aje yang tak stay kat tingkat empat. Bilik Zara dengan bilik aku lah yang selalu jadi tempat lepak. Tempat kitorang bersidang, buat segala benda yang perlu lah. Pendek kata,kat situlah tempar kitorang study,makan, tidur, mengumpat warden. Tapi bilik aishah yang jadi bilik paling famous untuk kitorang lepak sebab kedudukannya yang agak tinggi,jadi jarang orang lalu. Selamat nak buat kubu pertahanan lah kiranya. Tak sedar aku orang dah iqamat dah, tunggu masa nak sembahyang aje. Itu lah,asyik mengelamun aje sampai tak sedar dah nak sembahyang zuhur.

No comments:

Post a Comment