CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Friday, 26 April 2013

My Head Girl PART 1










2005, Prefect’s room

“awak, tengok junior awak tu. Kurang ajar betul dengan saya.”

“dia buat apa?”

“semua rules kat sekolah ni dia nak langgar and selalu aje nak cari pasal dengan saya”

“sape nama budak tu. Meh saya babab dia.”

“Fayyad Zuhair”

“ooo..come again?”

“awak!!!! Nama dia Fayyad Zuhair!!!! Awak tak dengar lagi ke?”

“dengar lah. Nama macam familiar tapi nickname dia apa?”

“entah. Tapi selalu dengar orang panggil Yad or Ayad macam tu lah. Awak kenal ke tak ni?”

“dia budak mana? Budak tu tinggi-tinggi, putih-putih ke,muka macam mixed sikit ke?

“budak Gamma. Tak pernah pulak saya nak tilik muka budak serabai tu. Yang saya tahu budak tu total troublemaker!!!”

“saya rasa saya kenal. My junior and also my partner kat team basket. Budak tu Nampak baik aje. Tak pulak cari pasal dengan saya.”

“habis tu,awak nak cakap saya lah yang cari pasal dengan budak tu?”


Adoyai.

Perempuan .

Cepat sangat nak emo. Bukannya aku tak percaya tapi macam mustahil aje. Si Ayad tu Nampak okey je in definition of boys lah. Nak kata baik,xde lah sangat tapi kalau nak mencari pasal dengan orang tu Nampak macam bukan gaya dia. Tambah-tambah lagi cari pasal dengan Head Girl kepala besi. Bukan calang-calang orang yang mampu. Hanya orang tertentu saja. Mau dapat heart attack kalau hari-hari gaduh dengan Head Girl.

Ayad oh Ayad…. Kenapa lah kau cari pasal dengan Head Girl kesayangan. Tak pasal-pasal aku kena masuk campur hal korang berdua ni. Aku selaku knight in shining armor memang tak boleh tengok damsel in distress. Kalau Head Girl stress, aku pun stress.

Ingat senang nak tackle minah kepala besi ni, took me 4 years okey. Agaknya dia dah penat tengok aku tak give up, tu yang dia terima aku. Member-member aku pun hairan aku dok gigih kejar Head Girl padahal dia tak layan aku langsung. Dah lah garang,degil,serius. Pendek kata semua negative side ada kat dial ah. Aku pun tak tahu apa yang aku look up sangat kat dia. Maybe love at first sight. Eheh .

Ngilu aje telinga nak mengaku love at first sight.

Yang aku tahu, aku suka tengok dia senyum walaupun boleh bilang berapa kali dia senyum dalam setahun.

Sedih kan?

Ada makwe tapi dia pun tak nak senyum kat kita. Sedih kan?

Memang sedih pun. Tapi nak buat macam mana kan,hati dah sayang. Nak kata apa lagi. Aku bukan tak hensem tapi terlebih hensem tau. Semua perempuan yang nak aku tak layan sebab sayang sangat kat Head Girl sorang ni tapi dia macam Nampak tak sayang aku aje. Head Girl sorang ni kepala besi,hati keras macam kerikil. Macam mana lah nak lembutkan hati dia yang keras tu.

Bangunan Gamma

“kau Ayad kan?”

“ye. Kenapa kau cari aku?”

“kau selalu eh cari pasal dengan Head Girl? Aku nasihatkan jangan lah kalau kau tak nak kena heart attack muda-muda ni.

“kau apahal? Nak overprotect ke apa? Tau lah kau balak dia tapi takkan benda macam ni pun kau nak masuk campur. Chill la bro. Aku tak buat apa-apa pun kat kau punya awek.”

“okeh2… Nampaknya aku silap bagi mukadimah. Aku bercakap ni as a friend bukan sebagai balak dia okey. Aku Cuma tak nak kau dapat susah aje.”

“okey. Aku faham niat kau tapi trust me, she’ll need a lesson. A very good lesson. Selama ni tak ada orang berani kacau dia kan?

Bala sungguh.

Buku dah bertemu ruas. Harap-harap tak ada World War 3 lah. Dua-dua degil,panas baran,ego. Susah jadi orang tengah ni. Budak Ayad ni pun satu,tak padan dengan junior. Nak jugak cari gaduh dengan senior.

Prep malam, Bangunan Akademik

“kau  tak boleh pakai benda ni luar hostel”    

“kau ingat kau mandat besar? Setakat Head Girl aku tak hairan lah.”

Mata Head Girl sikit lagi nak keluar laser bila dengar statement berani  Ayad. Memang nak kena humban dalam laut sungguh budak ni. Pastu, bagi ikan Jaws makan.

“dalam sekolah,ikut law lah kawan. Ingat ini sekolah ayah kau? Kalau kau nak pakai benda ni luar sekolah,sikit pun aku tak hairan.”

“kau kenapa Head Girl, jeles tengok aku pakai benda alah ni ke? Kalau minat,aku boleh tolong belikan. Tak mahal,10 ringgit aje.”

“boleh blah dengan kau punya gelang tali warna-warni tu. Dah sebijik macam mamat tepi jalan dah aku tengok. Ni last warning aku. Kalau aku jumpa kau langgar rules lagi, I’ll promise I’ll make your life like hell.

“ada aku kisah kau punya warning Head Girl?

Eheh. Nasib lah kau Head Girl,siapa suruh kau kantoikan aku masa tu.




4 comments: