Dua tahun
menghadap menu yang sama memang muak lah. Sampaikan aku dah boleh hafal semua
menu yang ada kat dewan makan. Mana taknya dah rotate makanan sama, memang ingatlah.
Pihak kementerian tak ada keinginan ke nak ubah menu kat asrama. Bagi lah
kitorang sekali sekala breakfast dengan chicken chop ke.
Ni tak bagi nasi
lemak. Pagi-pagi buta dah mengantuk dalam kelas. Yang aku paling tak suka
adalah time menu breakfast honey stars, coco crunch.
Sah-sah memang tak kenyang
lah. Kalau kena menu macam tu memang awal-awal lagi aku tak pergi breakfast.
Bahagian aku tu selalunya Alia lah yang habiskan. Dia tu memang makan semua,
tolak batu dengan kayu aje. Perut tempayan betul lah. Kalau time makanan tak
habis, memang kitorang suruh dia lah yang habiskan. Dia bab-bab makan ni memang
juara lah. Kitorang memang tak boleh lawan. Angkat bendera putih awal-awal
lagi.
Walaubagaimanapun, kenangan semasa zaman sekolah
adalah kenangan yang paling indah, paling sukar untuk dilupakan. Kadang-kadang
macam nak kembali balik ke zaman tu, zaman yang riang ria dan gembira,tak payah
nak fikir pasal masalah hidup kecuali belajar aje.
Sekarang dah ramai kawan-kawan aku bertebaran seluruh
alam.
Aishah dapat buat biotech kt Aussie,Alia kat intec buat a
level dan bakal fly ke uk, nadira buat electrical engine kat jepun tapi fly
terus,Farisha A-level kat KYUEM, Humaira fly ke New Zealand dan aku
Alhamdulillah dapat juga buat benda yang aku minat iaitu medic.
Sekarang
tengah buat IB kat Kolej Mara Banting dan akan sambung belajar di Ireland.
Kiranya aku tabik spring jugak lah untuk diri aku sendiri ni sebab masa kelas
aku selalu tidur lagi mau dapat result gempak-gempak ke.
Geng aku pun lebih
kurang aku aje dulu nak-nak masa Fizik. Keadaan aku boleh dikatakan sangat
tenat masa Fizik tu.
Sampai tersengguk-sengguk aje. Mata memang tak boleh buka
dah. Orang lain lagi dasyat,letak kepala atas meja terus.
Aku tidur cara berhemah
aje. Mata pejam tapi badan tegak,sure lah cikgu tak perasan.
Aku pun hairan
kenapa lah aku mengantuk sangat masa Fizik ni.
Masa Form 4 aku tak mengantuk
pun lagi segar bugar mata adalah. Aku siap bawa lollipop segala bagai lagi
walaupun aku tak berapa nak minat sangat.
Aku gagahkan diri juga lah pergi beli
benda ni tapi alih-alih mengantuk jugak sambil hisap lollipop.
Memang tak
senonoh betul lah. Siap lollipop tu jatuh dari mulut aku lagi. Boys memang
awal-awal lagi dah tangkap lentok. Sorang jadi tiang,yang lain pakat sandar kat
tiang tu lah.
Adoyai..
Macam mana nak masuk ilmu kalau asyik membuta aje
kerjanya. Kadang-kadang aku sampai berdiri dalam kelas sebab tak nak mengantuk
lagi tapi mengantuk juga akhirnya.
Kuat sungguh penangan Fizik ni sampai aku ni
dah tahap ala-ala fobia gitu dengan Fizik ni.
Aku memang taubat tak nak ambik
segala benda yang ada kaitan dengan Fizik ni.
Masa aku Form 4 dulu pernah juga
tanam hasrat nak buat chemical engine tapi sekarang ni aku rasa tak sanggup
dah. Serik dah.
Sebenarnya Biologi pun aku rasa menyampah juga tapi kan aku
redha lagi ikhlas lah belajar Bio daripada belajar Fizik tu.
Silap haribulan
boleh sawan aku kalau belajar Fizik lagi. Alia pun sama juga tahap fobia dia
dengan aku. Kira set-set tak minat Fizik lah ni.
Kalau yang minat Fizik ni dalam
geng aku adalah Nadira sebab tu dia buat engine. Kira tahap obsess gila dengan
menatang Fizik juga dia ni.
Pagi petang siang malam asyik cakap pasal Fizik
aje. Dia siap boleh reka formula sendiri lagi tu. Hebat tak hebat.
Dia lah yang
jadi sifu kami kalau ada benda yang berkaitan dengan Fizik yang kitorang tak
paham sepatah haram pun.
Yang aku pelik pasal Nadira ni dia minat Fizik dengan
Bio.
Sungguh tak serasi gandingan subjek tu.
Kimia dia tak minat,katanya
mengarut sebab belajar kimia tak boleh Nampak atom,zarah,gas.
pelik bin ajaib
betullah Nadira ni.
Farisha ni seimbang sebab semua subjek dia minat jadi
senang lah hidup dia. Nak pilih kos apa-apa pun senang. Humaira pulak minat
Bio. Aku pulak rasanya minat Kimia kot sebab benda tu je kot yang aku tak rasa
beban sangat. Subjek lain terasa bebannya terutama Add Math.
Menatang ni memang
boleh buat aku gila dan layak kot nak masuk hospital tanjung rambutan. Pernah
fail sekali dan markah yang aku dapat pun cukup-cukup paras lulus aje.
Tragik
sungguh hidup aku ni. Lepas mid sem barulah aku ada kesedaran nak belajar
sungguh-sungguh Add Math ni terutama bab integration dengan differentiation.
Sempat juga lah aku berguru dengan pakar-pakar Add Math dalam kelas aku ni.
Markah dah tahap maksimum diorang dapat. Ada tu,cikai-cikai aje boleh dapat
100. Cemburu sungguh aku dengan makhluk-makhluk ni. Tukar otak nak tak masa
exam Add Math? Nak la.
Selepas bertapa beberapa bulan dengan member
seangkatanku,dapat lah aku A dalam trial.
Mula-mula aku tak percaya juga tengok
result tu tapi setelah dibelek-belek kertas tu memang sah aku punya. Siapa lagi
yang tulisan unik selain aku ni. Kali pertama weh dapat A dalam Add Math.
Memang dalam hati ni berbunga-bunga aje. Rasa macam nak belanja semua orang aje
hari itu. Terima kasih lah kepada sifu-sifuku sekalian.
Dapat juga aku merasa A
untuk Add Math sebelum SPM. Kiranya pencetus motivasi lah ni. Berbaloi lah aku
tak cukup tidur berbulan-bulan ni. Nak-nak masa nak dekat trial SPM lagi lah
tak cukup tidur. Kebetulan masa trial itu jatuh masa bulan puasa.
Kiranya tak
tidur terus sambil sahur terus lah. Paling lewat aku tidur pukul 4.30 pagi. Esok
tu paper Add Math,memang elok sangat lah tu.
Nasib kepala aku tak weng
aje,kalau tak habis penat lelah aku berbulan-bulan ni. Berpeluh juga lah jawab
Add Math ni. Kertas satu agak susah bagi aku tapi kawan-kawan aku cakap senang.
Biarkan aje diorang nak cakap apa pun janji aku dah buat yang terbaik masa exam
tadi. aku tak nak bincang jawapan Add Math tadi dengan geng-geng aku. Kang
salah buat naye aje.
No comments:
Post a Comment