CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Friday, 26 April 2013

My Head Girl PART 1










2005, Prefect’s room

“awak, tengok junior awak tu. Kurang ajar betul dengan saya.”

“dia buat apa?”

“semua rules kat sekolah ni dia nak langgar and selalu aje nak cari pasal dengan saya”

“sape nama budak tu. Meh saya babab dia.”

“Fayyad Zuhair”

“ooo..come again?”

“awak!!!! Nama dia Fayyad Zuhair!!!! Awak tak dengar lagi ke?”

“dengar lah. Nama macam familiar tapi nickname dia apa?”

“entah. Tapi selalu dengar orang panggil Yad or Ayad macam tu lah. Awak kenal ke tak ni?”

“dia budak mana? Budak tu tinggi-tinggi, putih-putih ke,muka macam mixed sikit ke?

“budak Gamma. Tak pernah pulak saya nak tilik muka budak serabai tu. Yang saya tahu budak tu total troublemaker!!!”

“saya rasa saya kenal. My junior and also my partner kat team basket. Budak tu Nampak baik aje. Tak pulak cari pasal dengan saya.”

“habis tu,awak nak cakap saya lah yang cari pasal dengan budak tu?”


Adoyai.

Perempuan .

Cepat sangat nak emo. Bukannya aku tak percaya tapi macam mustahil aje. Si Ayad tu Nampak okey je in definition of boys lah. Nak kata baik,xde lah sangat tapi kalau nak mencari pasal dengan orang tu Nampak macam bukan gaya dia. Tambah-tambah lagi cari pasal dengan Head Girl kepala besi. Bukan calang-calang orang yang mampu. Hanya orang tertentu saja. Mau dapat heart attack kalau hari-hari gaduh dengan Head Girl.

Ayad oh Ayad…. Kenapa lah kau cari pasal dengan Head Girl kesayangan. Tak pasal-pasal aku kena masuk campur hal korang berdua ni. Aku selaku knight in shining armor memang tak boleh tengok damsel in distress. Kalau Head Girl stress, aku pun stress.

Ingat senang nak tackle minah kepala besi ni, took me 4 years okey. Agaknya dia dah penat tengok aku tak give up, tu yang dia terima aku. Member-member aku pun hairan aku dok gigih kejar Head Girl padahal dia tak layan aku langsung. Dah lah garang,degil,serius. Pendek kata semua negative side ada kat dial ah. Aku pun tak tahu apa yang aku look up sangat kat dia. Maybe love at first sight. Eheh .

Ngilu aje telinga nak mengaku love at first sight.

Yang aku tahu, aku suka tengok dia senyum walaupun boleh bilang berapa kali dia senyum dalam setahun.

Sedih kan?

Ada makwe tapi dia pun tak nak senyum kat kita. Sedih kan?

Memang sedih pun. Tapi nak buat macam mana kan,hati dah sayang. Nak kata apa lagi. Aku bukan tak hensem tapi terlebih hensem tau. Semua perempuan yang nak aku tak layan sebab sayang sangat kat Head Girl sorang ni tapi dia macam Nampak tak sayang aku aje. Head Girl sorang ni kepala besi,hati keras macam kerikil. Macam mana lah nak lembutkan hati dia yang keras tu.

Bangunan Gamma

“kau Ayad kan?”

“ye. Kenapa kau cari aku?”

“kau selalu eh cari pasal dengan Head Girl? Aku nasihatkan jangan lah kalau kau tak nak kena heart attack muda-muda ni.

“kau apahal? Nak overprotect ke apa? Tau lah kau balak dia tapi takkan benda macam ni pun kau nak masuk campur. Chill la bro. Aku tak buat apa-apa pun kat kau punya awek.”

“okeh2… Nampaknya aku silap bagi mukadimah. Aku bercakap ni as a friend bukan sebagai balak dia okey. Aku Cuma tak nak kau dapat susah aje.”

“okey. Aku faham niat kau tapi trust me, she’ll need a lesson. A very good lesson. Selama ni tak ada orang berani kacau dia kan?

Bala sungguh.

Buku dah bertemu ruas. Harap-harap tak ada World War 3 lah. Dua-dua degil,panas baran,ego. Susah jadi orang tengah ni. Budak Ayad ni pun satu,tak padan dengan junior. Nak jugak cari gaduh dengan senior.

Prep malam, Bangunan Akademik

“kau  tak boleh pakai benda ni luar hostel”    

“kau ingat kau mandat besar? Setakat Head Girl aku tak hairan lah.”

Mata Head Girl sikit lagi nak keluar laser bila dengar statement berani  Ayad. Memang nak kena humban dalam laut sungguh budak ni. Pastu, bagi ikan Jaws makan.

“dalam sekolah,ikut law lah kawan. Ingat ini sekolah ayah kau? Kalau kau nak pakai benda ni luar sekolah,sikit pun aku tak hairan.”

“kau kenapa Head Girl, jeles tengok aku pakai benda alah ni ke? Kalau minat,aku boleh tolong belikan. Tak mahal,10 ringgit aje.”

“boleh blah dengan kau punya gelang tali warna-warni tu. Dah sebijik macam mamat tepi jalan dah aku tengok. Ni last warning aku. Kalau aku jumpa kau langgar rules lagi, I’ll promise I’ll make your life like hell.

“ada aku kisah kau punya warning Head Girl?

Eheh. Nasib lah kau Head Girl,siapa suruh kau kantoikan aku masa tu.




Wednesday, 24 April 2013

Kolej Matrikulasi Perlis

Assalamualaikum.....


Mesti hari ni ramai dok google kolej matrikulasi masing-masing kan?
Hari ni akak nak cerita pasal pengalaman akak masa kat kolej matrikulasi perlis dulu or a.k.a KMP

NI lah pintu gerbang KMP tercinta!!
welcome to juniors!!!


Masa dapat KMP mula-mula dulu frust jugak sebab tak tahu kat mana and tak pernah dengar. Sebab selalu dengar nama matrik penang, negeri sembilan,melaka. Tu antara nama matrik-matrik yang famous. Korang mesti ada letak salah satu pilihan matrik yang akak mention ni kan??


Tu semua mentaliti budak-budak sekolah. Nak benda femes aje. So, masa dapat tahu dapat KMP tu, blank otak sekejap sebab takut kena campak sensorang kat situ. Yelah, setahu akak masa tu, takde sorang pun yang mohon KMP. Dah lah jauh, kalau tercampak sensorang, tak ke sedih??

Lepas tu ada member mesej, dia pun dapat KMP jugak.









Lepas tu, berderet-deret mesej sampai kat inbox tanya dapat matrik mana and bila tanya diorang, diorang dapat KMP!!!
Mostly girls sekolah akak semua tercampak kat KMP and boys kat KMPh.







sebab mostly geng-geng akak semua dapat kat KMP. Jom kita gegar KMP!!!

KMP best sebenarnya sebab kolej tak lah besar mana , so x letih sangat nak pergi lecture. Jalan kaki 5 minit pun dah sampai




paling best kat KMP, Every year kitorang ada musim bunga. Cantik tau!! Cuba korang imagine semua pokok jadi warna putih and pink. And masa tu jalan pun nampak putih-putih sebab bunga luruh. Memang cantik!! Semua student KMP penuh kat bawah pokok wat sesi fotografi dan tak terkecuali akak and the gang.



jalan penuh ngan bunga-bunga luruh


ni kat tepi dewan yang selalu kitorang kumpul kalau ada event apa-apa

ni view belakang dewan... cantik kann???

sorry!!! gambar tak jelas...



for those yang dapat KMP, WELCOME JUNIORS!!!

Peluang di Kolej Matrikulasi

hari ni adik- adik yang baru ambik result spm hari tu mesti excited sebab keputusan matrikulasi dah keluar!!!!!!!!!!

korang dapat matrik mane?





ada yang excited sebab dapat sekali dengan BFF, boypren,girlpren,roomate, classmate. Tapi ada jugak yang monyok sebab dia sorang aje yang tercampak kat matrik tu. Don't worry2 dik!! Nanti kat sane mesti dapat ramai kawan baru punya.

Mesti ada yang stress kan sebab choice matrik yang dia pilih langsung tak dapat tapi dapat yang dia tak pilih langsung. Semua tu takdir ALLAH adik2 sekalian. Maybe kat sana adik2 dapat berjaya dengan cemerlang, dapat BFF baru mungkin?

KepAda yang dapat tawaran ke kolej matrik tu , akak ucapkan a very big congratulations!!!
gunakan peluang sebaik-baiknya. Sape2 yang frust dengan result SPM hari tu, ni lah masanya korang nak balas dendam balik dpat result flying colors. Get 4 flat and just choose what course you want.








InsyaALLAH rezaki ada kat mana-mana aje. Tunggu kita usaha aje. Rezeki korang nak further study overseas tak tertutup lagi.

 Trust me!!!



Sebab Mara akan ada interview lagi untuk budak2 lepasan matrik tapi Mara akan pick up nama secara ramdomly. Ada yang fly pergi NZ, Indon and banyak lagi. Setahu akak, JPA pun akak bukak tawaran further study overseas pada tahun 2014. So, korang ada peluang!! Even, matrik pun ada hantar student diorang pergi overseas mostly UK lah and bila balik jadi lecturer matrik. Untung kan??



 kat Matrik, korang punya schedule terjaga sebab pihak kolej dah susun jadual untuk korang siap2 dah. Tinggal korang nak study dan usaha aje. Biasanya kelas korang start pukul 8 pagi dan end up pukul petang tapi don't worry, korang ada break masa pukul 1 sampai pukul 2. Tapi sekarang akak tak tahu habis pukul berapa sebab dah ada syllabus baru dah. Masa zaman akak a few years back ago, habis pukul 4.

Petang-petang korang boleh beriadah sebab ada banyak court kat matrik. korang nak main apa, semua ada. If korang berbakat, korang boleh jadi wakil kolej and masuk KAKOM yang include sume matrik satu Malaysia.

prove it and be the best among the best!!! Sape2 yang ambik sains tu, korang kena ambik FIZIK !!! whatever choice yang korang pilih. Zaman akak dulu kalau sains hayat, xyah ambik fizik, just budak sains fizikal aje yang kena ambik.

by the way, all the best utk yang dapat tawaran ke matrik!!!







ACAD, Will you marry me?






“ sayang , buat apa tu? Miss me or not?

Why I must miss u? waste my time lah. Banyak kerja yang I nak buat ni.

“ waste time kn? Xpelah, letak lah phone call ni,nanti I ganggu u pulak buat kerja kan.

“ wait!! You call dari mana ni? Ada hal penting nak cakap ke?

“ UK. Takde hal penting pun. Saja nak call you,nak dengar suara”.

“ dari UK u call I saje2? U ingat murah ke telefon dari  sana? Kalau ada hal penting, takpe jugak.

“ click”

“ aik ,letak dah phone?”

Sudah , dia merajuk pulak. Takkan cakap macam tu merajuk dah. Sensitive giler pak cik sorang ni. Nak emo2 macam perempuan pulak. Aku yang perempuan macam ni pun takde nak emo macam dia tau tak. Sungguh aku pening dengan kerenah lelaki ni. Kadang-kadang fikir baik takde pakwe daripada ada pakwe. Sungguh menyusahkan hidup aku yang sedia ada susah ni. Mana nak fikir pasal assignment yang mengalahkan Gunung Everest tu, projek akhir pulak. Aku pening kepala sekarang. Tapi kang kalau dibiarkan Acad tu merajuk lama2, masak pulak aku nak memujuknya. Aku ni bukan pandai pujuk orang. Aku memang fail bab-bab pujuk orang ni.

“ assalamualaikum Acad, u marah I lagi ke? Janganlah merajuk, I tak pandai pujuk orang ni.

“ asal u kisah I marah u ke tak? I ni penting ke dalam hidup u? setahu i , u memang tak perlukan mana-mana lelaki pun kan dalam hidup u kan?

“ what’s wrong with u Acad? Emotional tak tentu pasal. Are u in pre-menstrual phase, so that’s why u punye perangai   macam ni? 
Cuba u cakap kat I apa salah i? I tak tahu apa salah I yang u sampai merajuk dengan I, nak kata pasal call hari tu, I gurau aje lah. 
Macam u tak biasa dengan i. Dulu kalau I cakap macam mana pun, u sanggup tahan aje telinga u tu,sekarang I cakap macam tu pun u ambik hati. 
C’mon Amirul Arshad, be matured man.

Okey !! fine!! I tak matured, u aje yang matured. 
I ni tak sesuai dengan u,sapelah I ni kalau nak digandingkan dengan u yang serba serbi perfect. I bagi u masa untuk u fikir balik pasal hubungan kita. Sama ada nak goes on atau sampai sini sahaja.

“ hey Acad!! What’s on your mind sampai u boleh fikir macam tu. I terima diri u seadanya. I pun tak sempurna. 
I’m just like incomplete jigsaw puzzle and I need someone to complete my puzzle and I’m hope that’ someone’ is YOU!! You’ve got it? Acad?? What?? 
Dia dah letak phone. Penat aku susun ayat nak luah perasaan aku. Bukan senang aku nak luah perasaan kat orang secara live macam ni. Dia merajuk sampai macam tu sekali, apa aku nak buat ni. Aku perlukan bantuan seseorang. Sape yer? Dini? Alia?Shasha? Ana? Arggh … dierang memang takkan tolong aku punyer sebab dah banyak kali dierang nasihat aku jangan nak ego sangat,nanti aku jugak yang susah. Memang aku dah susah pun sekarang,selama ni Acad terima aje yang aku cakap dengan redha. Dia tak pernah pun marah2  sampai macam ni sekali. Marah tu pernah lah tapi tak pernah lah dia cakap nak putuskan hubungan kiterang. Haru sungguh kali ni. Dah lah aku tak tahu nak minta tolong dengan sape. Rasanya aku boleh minta tolong best friend Acad merangkap sepupu dia iaitu Faiz Arshad. Nama pun nak dekat sama aje sebab dierg ni lahir selang sehari aje.

“ Assalamualaikum.. boleh cakap dengan Faiz Arshad?”

“ dah cakap pun dah ni. Anyway, sape ni?”

“ saya ni Farisya Auni,kawan Acad. Dia ada tak dengan awak sekarang? Sebab saya call dia tapi dia tak angkat . supposedly  dia dah balik Malaysia kan sekarang. Kalau dia ada dengan awak sekarang,boleh tak awak suruh dia pick up my call. Saya dah penat call tapi dia tak angkat-angkat. Seriously,  I’m really need your help now.”

“ betul ke awak ni kawan Acad? Nampak macam bukan kawan aje. Kalau kawan aje,awak takkan sampai call saya kan nak minta tolong. Ramai lagi orang yang awak boleh minta tolong selain saya.”

“ I’m his special friend or formerly known as his girlfriend. Satisfied with my explanation? “

“ yeah, I’m satisfied with your explanation and you are the girl that he chase for about 5 years kan? stubborn and fierce girl  called Auni right? I know u and now tell me what’s your problem with my cuz”

“dia tiba-tiba merajuk dengan saya sampai nak mintak putus dengan saya. I don’t know my fault. Dah lah tak nak angkat panggilan telefon saya. Saya rasa sangat stress sangat sekarang. Lusa saya dah nak final exam,so saya nak settle jugak benda ni sebelum saya exam. Awak kan orang yang paling rapat dengan dia,mesti awak tahu kenapa dia marah kat saya. Tolonglah saya, saya dah tak tahu nak minta tolong dengan sape lagi ni . Acad tu kalau dah merajuk boleh tahan jugak lamanya.

“ lawak jugak korang berdua ni. Acad tu kalau dia dah merajuk,kalah perempuan tau. Kiterg family dia pun tak tahu nak pujuk macam mana. Macam ni lah nasihat saya,awak tumpukan perhatian awak pada final exam awak dulu. Tahun ni kan awak dah nak grad dan ini merupakan awak punya last sem.

 This year you will having very big exam and if you fail, say goodbye to your so-called title doc tu.
 Kalau awak fikirkan sangat pasal Acad ni, takut awak tak boleh perform yang terbaik dalam awak punya exam nanti. Pasal Acad tu,saya boleh tolong selesaikan dan tolong jangan risau. Just focus for your examination.

Tiga hari sudah berlalu dan hari ini merupakan hari pertama peperiksaan akhir aku tapi Acad masih lagi tak hubungi aku. Terasa kehilangan kerana selama ini dia tak pernah jemu-jemu telefon dan mesej aku tiap2 hari walaupun dia sibuk dengan kerjayanya sebagai arkitek di sebuah syarikat pembinaan terkemuka di Malaysia. Semasa kami berdua bergaduh tu,dia sedang menghadiri seminar di UK. Walaupun dia berada di luar Negara,dia sentiasa menghubungi aku nak Tanya khabar tapi aku yang bodoh sebab tak ambik kisah sangat pasal dia. Kalau melepas kat orang lain, mau aku menangis tak berlagu. Perempuan mana yang tak nak kat Acad, dah lah baik,penyabar,romantic,caring dan kacak tahap membunuh pulak tu tapi ada jugak perempuan yang tak hairan dengan semua criteria-kriteria tu. Akulah perempuan tu. Ego-ego sangat dulu,sekarang aku yang menyesal. Acad, I’m really miss u….

Dua minggu sudah berlalu tapi Acad masih merajuk dengan aku. Paling terbaru,aku dapat tahu dia dah transfer kerja kat UK. Sampai hati tak bagitahu aku. Seolah-olah aku ni dah tak penting bagi dia. Aku tahu pun sebab Faiz yang bagitahu. Kalau bukan dia yang bagitahu,sumpah sampai sekarang aku tak tahu Acad dah pindah. Why you did this to me? I’m suffering right now. Kali ni,aku nekad. Aku kena lakukan sesuatu atau mungkin aku akan menyesal selama-lamanya.

“hello, is ticket to London still available for tomorrow morning? If still available,can u book this ticket for me. I need it urgently. ”

“ still available miss. U want economy class or first class?”

“just economy class please.”

“ok, done miss.”

“thank u”

Setelah menempuh perjalanan yang memakan masa selama berjam-jam,bumi Inggeris ini sudah bersedia untuk aku jelajahi demi mencari cintaku yang hilang. Ya Allah,permudahkanlah semua urusanku. Sesampai sahaja aku di pejabat Acad,aku terus mencarinya. Rasa rindu ini sudah tidak tertanggung lagi. Kalau tidak mengenangkan yang kami ni bukan suami isteri yang sah,sudah lama Acad kupeluk untuk merungkaikan segala kerinduan ini. Setelah 2 bulan tidak bersua muka,kulihat Acad semakin kacak. Tiba- tiba hati ini dilanda kerisauan,bagaimana kalau Acad dah bertemu pengganti diriku,adakah aku mampu menghadapinya. Kuatkanlah semangatku.

“Amirul Arshad,can I meet you for a while?

“who are you? Do I know you?”

“sampai hati you dah tak kenal i.”

“what do you want? I’ve gotta go because my meeting will start at 3p.m.”

“can u spare your time for me. Just 10 minutes. Now , it still 2.45p.m”

“alright,tell me what u want to tell?

“Acad, I’m sorry if I’ve hurt u. I don’t realize that I hurt u so badly until u don’t want to meet me again. I’m sorry if I’m selfish, abandon u and for all those things that I’ve done to u. I’m really really sorry. Last question,Acad, will u marry me? Can u be my last jigsaw puzzle? Complete me?

“I’ve gotta go for my meeting.”

Acad dah tak suka aku. Kenapa jadi macam ni,sedih lah macam ni. Orang yang aku suka dah tak suka kat aku. Air mata aku tak berhenti-henti keluar selepas Acad telah menolak lamaranku secara terang-terangan. Aduhai hati,rupa-rupanya beginilah pengakhiran kisah cintaku dengan Acad. Keesokkannya, ketika aku berkemas hendak pulang ke Malaysia membawa pulang hati yang terluka,tiba-tiba Acad call.

“ hello Acad, u nak apa? I tengah kemas barang ni nak balik Malaysia.”

“ boleh u turun kat lobi hotel sekarang? I ada perkara nak cakap dengan u”

“ok” . dengan suara yang serak dan tidak bermaya aku menjawab pertanyaan Acad.

You nak bawak I pergi mana ni, I tak habis lagi kemas barang. Flight I malam ni. Boleh tak u cakap sekarang apa yang u nak cakap, I boleh terima semuanya.

“dah sampai. Turun sekarang. U ni tak habis2 nak marah i. u ni memang garang. Harap2 anak-anak kita tak ikut perangai u lah. Kalau tak, susah I nak jaga.

Aku blur sekejap. Anak? Apa yang dia merepek ni. Anak dia dengan perempuan lain ke. Memang tak jaga perasaan aku langsung.

“ hey, kenapa u menangis ni. I buat u menangis ke? Farisya Auni sudah pandai nangis sekarang.

Tiba-tiba Acad melutut dan keseluruhan taman itu disinari dengan lampu dan dipenuhi dengan bunga tulip.
‘”Farisya Auni,will u marry me? Be my wife, mother to my children,my soulmate.”

“Acad, I ingat u dah tak sayang kat I sebab tu u tolak lamaran I semalam tapi I sangka sangat.

“stop crying sayang,I’m with u now. Macam mana pulak I tak sayang. Takes  Five years to get u, u know? 
Takkan I nak lepaskan macam tu aje. Semalam tu I terkejut u datang tiba-tiba pastu proposed I pulak. I’m just not ready semalam. Lagipun tak macho lah I kalau u yang proposed i.”

Selepas beberapa bulan berlalu,kami telah selamat diiijabkabulkan oleh ayahku sendiri. Aku berasa amat bersyukur kerana telah dijodohkan dengan lelaki yang paling aku cintai.

“abang , Auni sayang abang sangat2.”
“abang pun sayang Auni sangat-sangat”.
“grow old with me”
“sure do”

housemate,tutor, enemy or husband?? or not all above part 8



Dua  tahun menghadap menu yang sama memang muak lah. Sampaikan aku dah boleh hafal semua menu yang ada kat dewan makan. Mana taknya dah rotate makanan sama, memang ingatlah. 
Pihak kementerian tak ada keinginan ke nak ubah menu kat asrama. Bagi lah kitorang sekali sekala breakfast dengan chicken chop ke. 
Ni tak bagi nasi lemak. Pagi-pagi buta dah mengantuk dalam kelas. Yang aku paling tak suka adalah time menu breakfast honey stars, coco crunch. 
Sah-sah memang tak kenyang lah. Kalau kena menu macam tu memang awal-awal lagi aku tak pergi breakfast.
 Bahagian aku tu selalunya Alia lah yang habiskan. Dia tu memang makan semua, tolak batu dengan kayu aje. Perut tempayan betul lah. Kalau time makanan tak habis, memang kitorang suruh dia lah yang habiskan. Dia bab-bab makan ni memang juara lah. Kitorang memang tak boleh lawan. Angkat bendera putih awal-awal lagi.


Walaubagaimanapun, kenangan semasa zaman sekolah adalah kenangan yang paling indah, paling sukar untuk dilupakan. Kadang-kadang macam nak kembali balik ke zaman tu, zaman yang riang ria dan gembira,tak payah nak fikir pasal masalah hidup kecuali belajar aje.

Sekarang dah ramai kawan-kawan aku bertebaran seluruh alam. 
Aishah dapat buat  biotech kt Aussie,Alia  kat intec buat a level dan bakal fly ke uk, nadira buat electrical engine kat jepun tapi fly terus,Farisha A-level kat KYUEM, Humaira fly ke New Zealand dan aku Alhamdulillah dapat juga buat benda yang aku minat iaitu medic.
 Sekarang tengah buat IB kat Kolej Mara Banting dan akan sambung belajar di Ireland. 
Kiranya aku tabik spring jugak lah untuk diri aku sendiri ni sebab masa kelas aku selalu tidur lagi mau dapat result gempak-gempak ke. 
Geng aku pun lebih kurang aku aje dulu nak-nak masa Fizik. Keadaan aku boleh dikatakan sangat tenat masa Fizik tu. 
Sampai tersengguk-sengguk aje. Mata memang tak boleh buka dah. Orang lain lagi dasyat,letak kepala atas meja terus. 
Aku tidur cara berhemah aje. Mata pejam tapi badan tegak,sure lah cikgu tak perasan.
 Aku pun hairan kenapa lah aku mengantuk sangat masa Fizik ni. 
Masa Form 4 aku tak mengantuk pun lagi segar bugar mata adalah. Aku siap bawa lollipop segala bagai lagi walaupun aku tak berapa nak minat sangat. 
Aku gagahkan diri juga lah pergi beli benda ni tapi alih-alih mengantuk jugak sambil hisap lollipop. 
Memang tak senonoh betul lah. Siap lollipop tu jatuh dari mulut aku lagi. Boys memang awal-awal lagi dah tangkap lentok. Sorang jadi tiang,yang lain pakat sandar kat tiang tu lah. 
Adoyai..
Macam mana nak masuk ilmu kalau asyik membuta aje kerjanya. Kadang-kadang aku sampai berdiri dalam kelas sebab tak nak mengantuk lagi tapi mengantuk juga akhirnya.
 Kuat sungguh penangan Fizik ni sampai aku ni dah tahap ala-ala fobia gitu dengan Fizik ni. 
Aku memang taubat tak nak ambik segala benda yang ada kaitan dengan Fizik ni.

 Masa aku Form 4 dulu pernah juga tanam hasrat nak buat chemical engine tapi sekarang ni aku rasa tak sanggup dah. Serik dah. 
Sebenarnya Biologi pun aku rasa menyampah juga tapi kan aku redha lagi ikhlas lah belajar Bio daripada belajar Fizik tu. 
Silap haribulan boleh sawan aku kalau belajar Fizik lagi. Alia pun sama juga tahap fobia dia dengan aku. Kira set-set tak minat Fizik lah ni.
Kalau yang minat Fizik ni dalam geng aku adalah Nadira sebab tu dia buat engine. Kira tahap obsess gila dengan menatang Fizik juga dia ni. 
Pagi petang siang malam asyik cakap pasal Fizik aje. Dia siap boleh reka formula sendiri lagi tu. Hebat tak hebat. 
Dia lah yang jadi sifu kami kalau ada benda yang berkaitan dengan Fizik yang kitorang tak paham sepatah haram pun. 
Yang aku pelik pasal Nadira ni dia minat Fizik dengan Bio. 
Sungguh tak serasi gandingan subjek tu.
 Kimia dia tak minat,katanya mengarut sebab belajar kimia tak boleh Nampak atom,zarah,gas. 
pelik bin ajaib betullah Nadira ni. 
Farisha ni seimbang sebab semua subjek dia minat jadi senang lah hidup dia. Nak pilih kos apa-apa pun senang. Humaira pulak minat Bio. Aku pulak rasanya minat Kimia kot sebab benda tu je kot yang aku tak rasa beban sangat. Subjek lain terasa bebannya terutama Add Math. 
Menatang ni memang boleh buat aku gila dan layak kot nak masuk hospital tanjung rambutan. Pernah fail sekali dan markah yang aku dapat  pun cukup-cukup paras lulus aje.
 Tragik sungguh hidup aku ni. Lepas mid sem barulah aku ada kesedaran nak belajar sungguh-sungguh Add Math ni terutama bab integration dengan differentiation. Sempat juga lah aku berguru dengan pakar-pakar Add Math dalam kelas aku ni. 
Markah dah tahap maksimum diorang dapat. Ada tu,cikai-cikai aje boleh dapat 100. Cemburu sungguh aku dengan makhluk-makhluk ni. Tukar otak nak tak masa exam Add Math? Nak la. 

Selepas bertapa beberapa bulan dengan member seangkatanku,dapat lah aku A dalam trial. 
Mula-mula aku tak percaya juga tengok result tu tapi setelah dibelek-belek kertas tu memang sah aku punya. Siapa lagi yang tulisan unik selain aku ni. Kali pertama weh dapat A dalam Add Math. 
Memang dalam hati ni berbunga-bunga aje. Rasa macam nak belanja semua orang aje hari itu. Terima kasih lah kepada sifu-sifuku sekalian. 
Dapat juga aku merasa A untuk Add Math sebelum SPM. Kiranya pencetus motivasi lah ni. Berbaloi lah aku tak cukup tidur berbulan-bulan ni. Nak-nak masa nak dekat trial SPM lagi lah tak cukup tidur. Kebetulan masa trial itu jatuh masa bulan puasa.
 Kiranya tak tidur terus sambil sahur terus lah. Paling lewat aku tidur pukul 4.30 pagi. Esok tu paper Add Math,memang elok sangat lah tu. 
Nasib kepala aku tak weng aje,kalau tak habis penat lelah aku berbulan-bulan ni. Berpeluh juga lah jawab Add Math ni. Kertas satu agak susah bagi aku tapi kawan-kawan aku cakap senang. 
Biarkan aje diorang nak cakap apa pun janji aku dah buat yang terbaik masa exam tadi. aku tak nak bincang jawapan Add Math tadi dengan geng-geng aku. Kang salah buat naye aje.