CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Tuesday, 5 March 2013

she's remember part 2


Ingat. Kau yang cari pasal dulu,so kena terima lah akibatnya. Ingat senang nak terima kenyataan  orang yang kita sayang tak ingat kita. 

Pedih tau.

 Memang pedih. Rasa macam hati ni kena lapah aje. Hiperbola sungguh perumpaan kau.

 So,kau kena rancang misi memenangi kembali hati your lady tu. Lambat-lambat nanti ada yang masuk jarum,kau jugak yang gigit jari nanti.

 Memang gigit jarilah aku kalau ada yang masuk line sebab aku tahu ramai mak cik-mak cik yang berkenan nak buat dia jadi menantu.

 Maklumlah kerja pun best,cukup budi bahasa sape yang tak nak. Agaknya aku aje yang kurang waras tolak dia macam tu aje. Yelah tu. Orang yang tak berapa cerdik aje yang tak nak kat dia.


Bukan aku tak nak tapi masa tu tak ada jodoh, nak buat macam mana. Jodoh di tangan ALLAH s.w.t.

 Aku tak boleh nak paksa-paksa hal-hal jodoh ni. Tapi dia tak pernah tahu yang kau sayang dia kan? 



Memanglah dia tak tahu. Gila nak cakap depan-depan. 

Mana nak letak muka kalau kena tolak. Malu aku kalau taiko kena tolak mentah-mentah dengan awek. 

Mahu setahun kena bantai gelak dengan member-member. Bukan boleh main dengan budak sekolah dia tu. 

Nakal yang amat termasuklah dia sendiri.

 Zaman sekolah memang penuh dengan hal-hal yang tidak terjangka oleh akal fikiran dan kenakalanku memang cukup terserlah sampaikan pernah kena penampar cikgu disiplin.

 Masa tu darah tengah panas, semua benda dia nak cuba. 

Kena penampar tu pun sebab terkantoi dengan cikgu merokok kat semak samun belakang hostel.

 Entah macam mana cikgu boleh tahu port dia malam tu. Padahal dah berzaman dia lepak kat situ,tak pernah pulak terkantoi.

 Macam ada orang yang sengaja kantoikan dia pun ada masa tu. Tapi sampai sekarang pun dia tak tahu sape yang pedajalkan dia malam tahu. Kalau dia tahu sape,memang bungkus lah orang tu.


Setahu dia bebudak laki memang kuat ukhuwahnya kalau bab-bab langgar peraturan sekolah ni.

 Tak pernah lah pulak dengar diorang kantoikan sesame kaum. Reputasi kaum adam harus dijaga supaya tak dipandang rendah oleh kaum hawa.

 Ceit!! Kaum adam lah sangat. Berbulu telinga dengar. Haha. Bagi dia,perempuan tak patut diberi muka sangat sebab nanti diorang pijak kepala kita balik.








2008



“kring!!!!!”


“loceng bunyi dah,jom makan. Aku dah lapar tahap kebulur ni. Kalau tak makan jugak,mau jatuh pengsan aku.”


“perut apa lah kau ni,bukan  pagi tadi baru breakfast kat dewan makan ke? Cepat bebenor perut kau ni lapar. Padahal kau siap rembat aku punya soto lagi tadi.”


“ gila. Makan dua mangkuk soto pun tak kenyang. Perut tempayan ke apa?”


“ tadi makan soto aje. Mana kenyang. Aku nak makan nasi weh. Perut Melayu biasalah. Kena makan nasi jugak macam mana pun.”


“haha. Aku setuju dengan kau.”




Kedengaran riuh suara pelajar di dalam dewan makan itu.

 Biasalah waktu lunch kan. Macam-macam nak dibualkan. 

Pasal cikgu Fizik yang garang lah,kerja sekolah tinggi macam gunung Everest lah dan macam-macam lagi


“ kau tahu cikgu Razif tu garang lah. Aku nak angkat muka tak berani.”


“eh, dia ajar kelas kau jugak ke? Sumpah garang.”


“kerja sekolah aku tinggi macam gunung. Ada ke cikgu Nurul tu bagi kerja Add Math macam takde hari esok dah. Tension dowh. Tekanan jiwa.”


Dan aka nada yang menyambungnya.



“ memang tension weh. Ingat Add Math macam satu tambah satu ke?”


“hmm. Betul2. Ingat  aku tak ada kerja lain ke nak hadap Add Math je. Sumpah bosan main dengan angka-angka ni.”


Dan akan sambung bergebang lagi masa kelas prep sebab nak protes betapa tak puas hatinya. 

Memang jarang kalau nak cari suasana prep yang senyap dalam kelas kecuali esok nak exam.

 Confirm jarum jatuh pun berbunyi.



“ weh elham, kau dah siap belum kerja Add Math. Kalau dah siap,aku nak pinjam.”


“ dah. Ada kat atas meja tu. Tapi swap dengan homework Bio lah sebab otak aku dah biol dah tengok soalan Bio ni. Silap haribulan muntah hijau aku kat dalam kelas ni.”


“ okey. Deal. Setakat Bio takde hal. Kau nak tiru semua pun aku tak kisah.”





 Begitulah adat hidup pelajar sekolah boarding school sebab nak hidup kena pandai. 

Tak larat nak buat semua kerja sekolah.
.
 Mau syahid tersungkur menyembah bumi. Hidup kena pandai system barter.

 Memang system barter betul-betul dipraktikkan dalam kehidupan seharian seorang pelajar sebagaimana yang dipelajari secara teori dalam Sejarah.


Subjek yang paling digeruni dan paling buat pelajar gila di sekolah tu sememangnya Add Math dan paling disukai oleh cikgu-cikgu sebab nak periksa kertas senang.

 Mana tak senangnya,kalau hantar kertas jawapan semuanya banyak kosong aje. Memang senang lah jawabnya.

 Tapi bagi aku subjek tu tak lah susah mana kalau nak dibandingkan dengan Bio. Sumpah aku tak nak ambil apa-apa subjek yang ada kaitan dengan Bio dah lepas ni.

 Serik dowh. Sebelum masuk Form 4 dulu,aku memang nak ambik kelas LK  pun tapi entah macam mana boleh tercampak kat sini pun aku tak tahu.

 Diorang bukan tak tahu betapa seksanya aku belajar subjek ni.  Markah yang dapat pun setakat cukup cukup makan aje. Boleh lah bernafas lagi.


“elham,apsal susah sangat soalan ni? Dah dua jam aku duk ngadap soalan ni? Alif mengguman. “soalan mana.meh aku jawab.” Muka Alif dah berkerut macam nenek tua dah. Tension punya pasal.

 “ ni soalan nombor 5 tu. Giler punya susah. Aku rse macam xde dalam syllabus aje. Trigonometry sungguh. Sumpah aku menyampah.

 Laa….yang ni ke. “senang aje. Kau simplify dulu dalam equation yang sama,pastu baru boleh  solve”. 

Ish Alif ni,bukannya susah sangat pun, Kau aje yang cepat give up. “senang kau kata,aku rasa macam dah nak syahid dah jawab soalan ni.”

 Alif tak puas hati dengan kenyataan sahabatnya.

 Elham ketawa.

 Cepat aje bantal yang ada atas katil Alif landing kat badan Elham.

 “woi, ape ni?”.

 “sape suruh kau sesedap rasa aje cakap soalan tu senang. Haha”.

 Aku pulak yang salah? Ish ,emo betul mamat sorang ni.


“esok jangan lupa ingatkan aku bawak homework Add Math ni. 

Mati kejung aku esok kalau tak bawak. Silap haribulan lava gunung berapi keluar esok. Haha”.

  Alif sengih. “yelah. Aku ingatkan.

 Kalau tak,seminggu mulut kau tak tutup mengungkit pasal benda yang sama aje.”macam mak nenek aje mulut tu. Mulut murai pun kalah tau. 

 “eh mulut murai,sekarang ni dah pukul berapa,tak reti nak tidur ke? 

Kang ada aje yang sujud tak bangun-bangun dalam kelas tu nanti.”

 “ samdol ,aku nak tido lah ni. Nak kemas meja aje ni.” Ada ke nama aku cantik-cantik ni boleh dia panggil samdol. 

Hampeh sungguh.

No comments:

Post a Comment