CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Tuesday 31 December 2013

MY HEAD GIRL PART 6

“hi sweetheart”

“don’t you dare sweetheart me.” Tajam mata Syahirah memandangnya. Kalau mata tu boleh laser, dah berlubang lama dah kepala dia ni.

“we meet again head girl.”

“aku tahu tujuan kau masuk rumah ni bukan apa, saja nak cari pasal dengan aku kan?”

“no offense head girl tapi aku masuk rumah ni bukan sebab kau okey. I have my own reason.”

“you better not mess up with Argentum or I’ll kill you with my own hand bloody jerk.”

“ouch!  I’m scared”.


Argh!! Lama –lama boleh sakit jiwa aku dengan Ayad tu. Mana tak tension, dah tiap hari kerja dia langgar peraturan sekolah lepas tu cari pasal pulak dengan dia. Gigih betul mamat ni seorang. Ikutkan hati, nak aje aku humban dalam laut. He is the most annoying human on the earth I’ve ever meet. Dah la homework banyak, dengan duty prefect lagi dan sekarang ni tambah lagi beban nak uruskan budak bermasalah tu. Where’s the fire?. Kadang – kadang tu, dia saja keluar lambat dari dewan makan, pergi assembly dan yang terbaharu hari-hari aku kena jumpa muka dia depan pintu kelas sebab lambat pergi roll-call.  Markah demerit dia memang dah bawah tanah. Dah negative. Dah wassalam pun. Tunggu masa nak masuk detention kelas aje.


Pandangannya tertumpu kepada timbunan homework yang menggunung di atas mejanya. Homework banyak tapi bila nak siap ni? Subjek lain boleh digagahkan diri lagi tapi bila sampai part Add Math, rasa nak menangis aje. Modul setebal 3 inci mintak disiapkan. Aku dah lah tak berapa suka dengan benda yang berangka-angka nih. Kena minta bantuan skuad tambahan nih. Pengsan berdiri kalau nak siapkan semua ni.


“kriik”. Kedengaran pintu bilik dibuka.

Kepalanya menjenguk ke arah pintu untuk melihat siapa yang datang melawat. Rupa-rupanya Dira.

“dira, aku stress ni.”

“apsal pulak. Tak pernah-pernah  kau stress selama ni. Sebelum ni emotionless aje.”

“stress tu selalu selalu aje tapi sekarang ni stress kuasa sepuluh.”

“jangan cakap Fayyad tu penyumbang stress kau?”

“makhluk perosak tu penyumbang stress yang terbanyak tau tak. Letih lah macam ni kalau hari-hari cari pasal dengan aku. Ingat aku tak ada kerja apa? Dan satu lagi, stress dengan modul Add Math yang banyak tu.”

“aku pun tak tahu macam mana nak selesaikan masalah korang berdua ni. Sama- sama degil. Sama-sama kepala besi. Eloklah tu, bertemu buku dan ruas. Pasal Add Math tu, kau tanyalah Ehsan. Dia kan terror. Ayad tu pun super terror jugak tu.”

“yang kau duk puji my arch enemy tu kenapa? Buat semak aje tau tak. Pasal Add Math tu, nanti aku Tanya Ehsan aje lah.”

Hari tu super bala datang menimpa dia.


“syahirah, awak tahu kan yang awak kena wakil state tahun ni untuk basketball?”

“tahu cikgu.”

“awak tahu tak siapa yang wakil untuk pelajar lelaki?”

“tak tahu.”

“kenal tak Fayyad Zuhair budak form 4 tu? Dia lah wakil untuk pelajar lelaki.”

“what? Apsal dia pulak cikgu? Fivers tak ada sorang yang layak ke?”

“ada. Tapi kita punya team ada tournament penting masa tu, jadi kena hantar budak form 4 la. Awak jangan buat lawan pulak dengan dia nanti.”

“kalau dia tak cari pasal, saya pun tak ingin nak gaduh dengan dia.”

Super duper bala. Rasa tiba-tiba nak migraine. Biasanya telan sebiji dah okey tapi sebab Fayyad punya special  edition, kena telan dua biji Ponstan baru hilang sakit kepala. Apsal semua benda yang aku buat ni ada kaitan dengan dia ni. Patut ke aku tarik diri aje dari kem tu? Argh!! Pening !!

Court basketball

“kau tengok apa Aina?”

“Tengok budak-budak ni practice la. Kau ada Nampak musuh aku tak ? aku ada benda penting nak settle dengan dia ni.”

“ada. Aku Nampak dia kat belakang court tadi.”

“thanks Dira.”

“kau! Sini kejap.”

“amende kau nak head girl?”

“kau dengan aku kena pergi kem hujung minggu ni, so kau better behave kat sana. Jangan buat malu nama sekolah dan jugak team basket okey?”

“ada aku kisah dengan warning kau?”

“argh!! You stupid, bloody jerk, douchebag,annoying,most hateful person on earth!!”

“dah habis dah kau sumpah seranah aku?”

“tamat. Sekian.”

“terima kasih. Aku suka sangat dengar kau sumpah aku. Marah kan tanda sayang. Hahaha  ”

“what the fish!! Go to hell with your sayang.”





Thursday 26 December 2013

group emptydecoration00 readers at facebook

assalamualaikum..


oleh sebab communication kt blog sangat limited.. I want to welcome all emptydecoration00 readers to join this group, so that kita boleh kenal-kenal lagi.


ni link group fb

https://www.facebook.com/groups/557271941028525/members/

FEEL FREE TO JOIN!!


IZRAH , QMINZ NOVELL http://amaniahlam.blogspot.com/ http://notahatikara.blogspot.com/ NAJWA NB

housemate,tutor, enemy or husband?? or not all above PART 18

Sempena study week yang stress with freaking therapeutic subject, i update lagi bab housemate,tutor, enemy or husband?? or not all above PART 18. Have fun reading!! Maybe ni last post untuk housemate,tutor, enemy or husband?? or not all above untuk tahun ni. Lepas ni xthu ble lagi nak update.Maybe after final exam




Malasnya nak pergi shopping hari ni. Baik aku pakai baju kurung aje. Entah-entah mamat tu pakai jean koyak aje pergi majlis tu. Bukan boleh pakai sangat dia tu. Mana pernah dia nak ambik kisah pasal kod pakaian selama ni. Karang orang ingat aku bawak mamat hobo mana pulak pergi dinner malam ni nanti. Tapi kan member-member aku dah cakap diorang akan paksa jugak mamat tu pergi jugak dinner nanti. Teringat persidangan kami semalam.

“Einstein, ko jangan buat-buat lupa pulak pasal malam esok. Kau tu ada date dengan Aisy ni. Kau tak datang, siap lah kau.Arah Farisha.”

“Joe, kau pastikan best friend tersayang kau ni datang esok. Kalau tak, dengan kau-kau sekali aku kerat 20.”

“okey ma’am.”

“and kau Pa’an, tugas kau ialah scrub si Einstein ni jadi manusia balik. Bagi rambut tu kemas sikit. Jangan nak serabai sangat dan kalau boleh potong rambut and buat style sikit rambut tu. Style pacak pun boleh dan elakkan style langsir tingkap tu okey?”

“wah!! Aku dah terasa aku bercakap dengan stylish professional kau tahu tak? Banyak sangat demand. Baru aku tahu, susah jugak date dengan korang ni.”

“pokok pangkalnya Einstein ni assignment kau okey?”

“yes ma’am. Saya menurut perintah.”

“Einstein, jangan lupa pulak si Aisy ni pakai baju kaler grey esok, so pandai-pandai lah kau cari baju match dengan dia.”

“yelah. Dah berjuta kali kau ulang dari tadi sampaikan aku dah nak muntah hijau tahu tak?

“kau ni kena ulang berjuta kali baru kau ingat.”


Ohmaigod member aku! Terkedu aku melihatnya. Boleh diorang mintak tolong boys scrub kan mamat serabai tu. Aku tak sabar nak tengok hasil dia esok. Memang terbaik lah korang. Aku tak cakap apa-apa pun korang dah tahu.

Misi kami semua pada hari ini ialah untuk mencari baju yang sesuai untuk dipakai malam ni. Jenuh kami pusing satu Bandar untuk mencari baju yang sesuai. Akhirnya selepas beberapa jam  kami mencari, akhirnya kami Berjaya membeli baju yang sesuai.

Semua kepenatan membeli belah. Kami semua mengambil keputusan untuk berehat sebentar apabila pulang ke hostel nanti sebelum memulakan sesi makeover untuk malam nanti.

“korang tak terasa ke baju ni vogue sangat?. Aku rasa nak pakai baju kurung aje.”

“kau jangan nak mengada-ngada. Baju ni dah cukup sesuai dengan kau. Looks presentable lagi. Lagi satu, kau kena ingat tema malam ni masquerade jadi vogue sikit pun tak apa lah.”


“yelah. Aku pakai. Tapi korang jangan gelakkan aku pulak.”

“takde lah tapi aku tak sabar nak gelakkan date kau tu. Entah macam mana lah diorang makeover si Einstein tu.”

Dinner
Semua pelajar dah beransur-ansur masuk ke dalam dewan sebab majlis akan bermula tak lama lagi. Semua rakanku dah masuk ke dalam dewan bersama-sama date masing-masing tapi aku sorang aje yang tak masuk lagi sebab date ‘kesayangan’ aku ni tak sampai-sampai lagi. 5 minit lagi dia tak datang, aku tak kira, aku masuk aje sorang-sorang.

“Joe, mana best friend kau? Dia tak datang ke malam ni?

“tak datang? Kau tak Nampak dia ke? Aku dah heret dia datang dengan aku awal2 lagi. Takkan kau tak Nampak dia?

“oh. Yeke? Aku tak Nampak pulak dia dalam dewan ni. Nanti aku cari dia.”


Mana pulak lah si Einstein ni? Jenuh aku nak mencari masa ramai-ramai ni. Baik aku Tanya orang aje lah. Tanya budak yang kat depan nil ah.

“awak, tumpang Tanya. Nampak Ziyad tak? Sebab saya cari dia dari tadi tak jumpa.”


“pap”

“Aisy, kau tak kenal aku ke? Ni date kau lah.”

“Einstein?”

“yelah. Siapa lagi date kau.”


Aduh. Lemah lutut. Apsal lain sangat rupa si Einstein malam ni sampaikan aku sendiri pun dah tak kenal dengan dia. Ingat mamat foreigner mana tadi. Ni bukan mamat serabai dah. Ni dah macam heartbreaker mana entah yang jatuh dari langit. Kalau tak kenal perangai sebenar, confirm dah cair macam marjerin dah aku ni. Tolong kawal diri kau Aisy. Ni Ziyad kot. Mamat serabai a.k.a your annoying tutor. Mohon pencerahan mata sekarang.

“mana table kita?


Aduhai. Style berubah. Tone suara pun berubah jugak ke? Cair mendengarnya. Suara dah macam Romeo pulak. Sangat macho okey! Mohon kesedaran!!

“kat depan sana. Table nombor lima.”

“okey. Jom lah pergi depan tu. Yang kau tercegat kat sini lagi buat apa lagi.”


Table nombor lima dah dipenuhi oleh rakan-rakanku bersama date masing-masing. Hanya tempat aku masih kosong.


“apsal korang lambat sangat? Kau ke yang datang lambat Einstein?

“malam sikit. Aku datang awal dah. Best friend korang yang tak jumpa aku okey dan boleh pulak dia tak kenal aku tadi.”

“yelah. Sorry okey.”

“pstt”

“apa dia?”

“macam mana kau boleh tak kenal dia tadi?

“mana aku tak cam. Dengan rambut pendek. Aku ingat romeo mana pulak yang sesat tadi.”

“so, point kau sekarang ni nak cakap dia handsome and hot lah?”

“ada ke aku cakap macam tu?”

“ takde lah kau cakap macam tu tapi honestly, he’s good looking and freaking hot for tonight.”

“kalau dia dengar, mau bangga diri tahu tak.”

“hey ladies, talking about me?”

“jangan perasan okey!!”

Kedengaran MC menjemput seseorang untuk membuat persembahan dan ku lihat si Einstein dah lesap dan ada kat stage dah. Pandai ke dia ni nak nyanyi? Dengar aje lah. Harap-harap tak sumbang lah. Kalau tak, merosakkan pendengaran aku aje.

I look around me,
But all I seem to see,
Is people going no where,
Expecting sympathy.

It's like we're going through the motions,
Of a scripted destiny.
Tell me where's our inspiration,
If life wont wait,
I guess it's up to me.


Woah!
No, we're not gonna waste another moment in this town.
Woah!
And we won't come back your world is calling out.
Woah!
We'll leave the past in the past,
Gonna find the future.
If misery loves company well,
So long, you'll miss me when I'm gone.

Ooh, ooh, ooh.
You're gonna miss me when I'm gone.
Ooh, ooh, ooh.

Procrastination, running circles in my head.
While you sit there contemplating,
You wound up left for dead (left for dead)
Life is what happens while you're busy making your excuses.
Another day, another casualty.
And that won't happen to me.



Ooh, ooh, ooh.
You're gonna miss me when I'm gone.
Ooh, ooh, ooh.
You're gonna miss me when I'm gone.
When I'm gone-

Let's go!

Won't look back,
When I say goodbye.
I'm gonna leave this a hole behind me,
Gonna take what's mine tonight.
Because every wasted day becomes a wasted chance.
You're gonna wake up feeling sorry,
Because life wont wait,
I guess it's up to you.

Ooh, ooh, ooh.
You're gonna miss me when I'm gone.
Ooh, ooh, ooh.
You're gonna miss me when I'm gone.
Ooh, ooh, ooh.
You're gonna miss me when I'm gone.
Ooh, ooh, ooh.
You're gonna miss me when I'm gone.



Siapa nak rindu kau? Haha .


Sunday 22 December 2013

housemate,tutor, enemy or husband?? or not all above PART 17

Seminggu sebelum spm berakhir

“tak sabar aku nak tamat spm.”

Ingat kau sorang? Aku pun tak sabar gila. Dah rasa macam zombie dua tiga minggu ni.”


“relaks la weh. Tak lama dah pun. Seminggu aje lagi”


“aku dengar dinner untuk fivers buat lepas last paper.”


“betul ke? Aku ada jugak dengar budak-budak junior gebang masa kita belum start spm lagi hari tu.”


“betul lah tu. Aku ada Tanya budak junior pasal tu. Diorang cakap buat lepas kita habis exam and surprise tahun ni partner kita pergi dinner tu diorang yang pilih.”


“aku tak kisah pun dengan sape2 tapi mohon bukan dengan si Ziyad tu. Selain daripada itu, aku terima aje siapa-siapa pun.


“kalau kau dengan dia, aku gelak guling-guling.”


“kureng punya member. Kalau aku pergi dengan dia, cuba cakap dengan aku dia akan pergi tak? Entah-entah aku pergi tanpa partner aje dinner tu.”


“jangan risau, kalau dia tak nak pergi, kitorang akan buat segala cara supaya dia datang jugak majlis tu.”


“gaya korang cakap tu macam aku dengan dia aje dinner tu nanti”.


“mana tahu kan. Worst come to worst. ”




Hari terakhir spm



Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan spm dan kertas terakhir yang kami bakal duduki ialah subjek Kimia. Aku agak lega sedikit sebab subjek maut iaitu fizik dah tamat dan wassalam. Alhamdulillah aku dapat menjawab subjek itu dengan baik. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Semua pelajar tidak sabar untuk menjawab kertas terakhir ini dan meraikan hari kemerdekaan kami semua.



“Masa dah tamat”.


“Berhenti menulis”



Dua ayat keramat yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Maka , tamatlah zaman persekolahan kami semua. Selepas ini, semua orang akan bertebaran di seluruh pelosok dunia.



Suasana di luar dewan peperiksaan riuh-rendah dengan suara para pelajar yang gembira meraikan kemerdekaan mereka.



“weh!! Aku tak sangka kita dah habis spm. Rasa macam mimpi aje. Tak sangka zaman sekolah dah tamat. Rasa sedih pulak.”


“kau tak payah nak drama segala pulak kat sini. Macam lah tak boleh jumpa dah lepas ni. Rumah kau tu sepelaung je pun dari rumah aku.”


“shoosh!! Kau ni merosakkan mood aku nak feeling feeling lah. Jumpa kau buat apa. Aku dah bosan tau. haha”. 


“girls!! Jangan lupa malam esok ada dinner untuk fivers. Jom keluar pergi shopping baju.”


“kau nak shopping segala buat apa. Dinner ni buat kat sekolah je pun. Pakai baju kurung sudah.”


“boleh je kau nak pakai baju kurung tapi kau kena ingat tema dinner malam tu masquerade party”


“masquerade kot mana pulak? Apsal aku tak tahu ni?”


“sebab list name untuk dinner malam esok baru je tampal pagi tadi. Aku ada dengar si Rose kelas sebelah cakap pasal dinner tu. Sebab tulah aku tahu pasal tema dinner tu. Ada faham?”


“faham puan”


“tapi kat mana pulak nak cari baju macam tu. Siapa pulak yang bagi tema tak masuk akal ni. Rosak sungguh. Aku dah terasa kat Hollywood pulak dengan tema segala ni.”


“sebelum nak pergi shopping segala tu, jom kita pergi tengok list nama kat signboard depan bilik guru tu.”


Signboard itu dipenuhi oleh pelajar-pelajar untuk mengetahui siapakah date mereka untuk dinner mereka nanti. Oleh sebab ramai sangat orang, kami buat keputusan untuk balik dorm dahulu. Petang karang pun boleh tengok.



“balik dorm dululah. Ramai sangat umat manusia kat sini. Aku pun terasa malas nak tengok.”


“jom lah.”



Sampai sahaja di dorm kami semua merebahkan diri atas katil masing-masing dan semua tertidur kerana keletihan yang teramat. Sudah tiga minggu kami tidak cukup tidur kerana bersengkang mata untuk mengulangkaji.



“Aisy, bangun lah. Dah dekat maghrib ni. Tahulah kau cuti tapi ni dah dekat maghrib.”


“dah maghrib? Eh, kita tak tengok lagi kan list name tu? Kita tengok malam ni je lah.”


“tak payah risau. Kitorang dah pergi tengok dah pun. Nak kejutkan kau tak sampai hati sebab lena sangat tidur.”


“apsal tak kejut. Aku nak tengok jugak. Siapa date korang?”


“Maira dengan Amir budak Alfa, Zara dengan Hakimi, Farisha dengan Ilham, Alia dengan Head Boy dan aku dengan zarith.”


“Ilham tu budak skema kelas sebelah ke? Haha”.
“kau jangan nak gelakkan aku pulak.” Bengang Farisha.


“aku bukan gelakkan kau Cuma aku rasa perut aku macam nak pecah sebab lawak sangat bila imagine kau dengan Ilham.”


“tapi aku rasa berita yang aku bakal sampaikan ni lagi lawak berganda-ganda.”


“berita gempak amende kau nak cakap ni.”


“as expected my darling friend, kau punya partner esok ialah your lovely mentor tu. Hahaha.”


“apsal lah nasib aku selalu malang. Terasa malas nak pergi dinner tu pun ada. Dia ada atau tak sama aje.



Mood aku 360 darjah berubah apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Farisha tadi. Kenapa nasib aku selalu malang. Baik tak payah ada date kalau macam tu. Buang karan aje. Menyusahkan aku jelah. Tak boleh ke tukar date?


Friday 13 December 2013

housemate,tutor, enemy or husband?? or not all above PART 16

Berpeluh jugaklah aku nak siapkan semua modul-modul Fizik tu. Aku rasa sekarang ni kalau mimpi pun keluar benda alah tu aje. Tu baru mimpi,tak masuk lagi masa aku terkejut keluar semua fakta-fakta Fizik. Rasa macam aku dah jadi Albert Enstein pulak sekarang,formula-formula sekarang aku rasa senang macam kacang goreng aje. Kalau tengok soalan Fizik sekarang dah tak keluar muntah hijau tapi dengan senang hati aku jawab. 




Berguna jugak lah idea mamat serabai tu walaupun idea dia macam tak masuk akal jugak lah aku rasa. Tapi lepas ni dia nak buat apa pulak aku tak tahu,jangan buat benda gila sudah. Yang susahnya aku bukan dia atau orang lain. Manusia yang nama Izz Irdina Aisy jugak yang akan tanggung akibat kerja gila mamat tu. Modul yang dia bagi tu ada 4 set lagi aku tak siap dan aku sangat terkejut dengan keupayaan aku menyiapkannya tanpa syahid tersungkur menyembah bumi. Tak apa masa ada sehari lagi sebelum perjumpaan mentor mentee kali kedua. Banyak jugak soalan yang aku tak tahu aku tanya member aku,takkan nak buat muka tak malu pergi kelas dia tanya soalan. Karang dia ingat aku buang tabiat pulak. 




Entah-entah ada ke tidak kat kelas,bukan boleh kira sangat mamat tu. Pergi kelas tak pernah nak penuh,ponteng aje memanjang. Apa nak jadi lah kat mamat ni,nasib baik genius. Kalau tak buat sia-sia aje hidup kat muka bumi ni buat perabis oksigen. Tapi dia aktif jugaklah dalam sukan sebab aku dengar dia ni antara orang kuat dalam pasukan bola keranjang dan bola tampar. Kira hebat jugaklah mamat ni, dah lah pandai,aktif sukan pulak tu. Kira macam ala-ala perfect lah mamat ni kecuali perangai dia lah yang tak seberapa sangat. Bukan tak seberapa sangat tapi memang tak seberapa lah. Susah aku nak cakap. Anfjfnjosdnvsnvlsdm. Tak ada ayat yang boleh describe mamat tu.




Aku ni asyik buat kajian kat dia je sampai tak ingat kerja tak siap lagi.  Aku bukan apa,manusia macam mentor aku ni ialah spesies yang jarang dijumpai jadi aku jadi teruja nak buat kajian. Aku meneruskan kerjaku sampai lah semua modul tu siap. Rasa tak  sabar nak tunjuk kat mamat tu aku boleh siapkan semua modul tu dengan masa yang singkat aje. Pagi tu aku pergi ke kelas dia yang hanya terpisah beberapa buah kelas dari kelasku.





“ Ziyad mane? Aku nak jumpa dia sekejap.” Tanya aku pada salah seorang budak kelas dia.


“dia tidur. Jap aku gi kejut.”



Masa ni pun sempat lagi ke tidur. Kataku dalam hati.


“ takpe lah kalau dia tidur, ko cakap kat dia aku dah siap semua soalan yang dia suruh aku buat.


“ soalan??” budak kelas dia blur-  blur aje bila aku sebut pasal soalan.


“kau cakap aje kat dia macam tu,nanti dia faham lah.” Balasku.



Selepas waktu rehat, aku Nampak macam ada sekotak kertas soalan atas meja aku. Mungkin soalan untuk kelasku agaknya aku beranggapan tapi jangkaan aku jauh meleset apabila aku membaca nota yang tertulis atas kotak tu.



+ tahniah sebab kau dah siapkan semua modul tu. Sekarang aku bagi kau hadiah tanda kejayaan kau.
p/s: kena siap sebelum hari Rabu ni :-p hahaha.



Dia ni nak dera aku ke. Yang tu pun aku dah nak putus nyawa siap,apatah lagi nak siapkan yang ni pulak. Memang sengal mamat tu,takde belas kasihan langsung. Tak belajar sifat ihsan ke dalam Pendidikan Islam. Aku pun tanpa membuang masa menyiapkan semua modul tu sebab cikgu Bahasa Melayu cuti sakit jadi takde cikgu ganti sekarang jadi bolehlah aku siapkan semua modul ni.




“Aisy,apsal kau khusyuk terlebih sangat ni sampai angkat muka pun tak. Kau buat kerja apa?


“ ni mamat sengal tu bagi lagi homework kat aku sekotak nu dan dia suruh aku siap sebelum hari Rabu ni. Mental apa mamat tu. Sungguh aku sakit jiwa sekarang.



“sabarlah weh. Tak lama dah kau kena hadap dia. Sebulan aje lagi,lepas tu kau aman. Tahan sekejap sebab kau nak spm dan  kau nak A+ dalam Fizik tu. Kitorang yakin kau boleh.



“siyes aku cakap aku bertahan pun sebab Fizik aje,kalau tak dah lama aku blah.



Hari-hari berlalu dengan pantas sampaikan aku tak sedar spm dah tak sampai seminggu aje lagi. Prestasi aku dalam Fizik semakin menyakinkan dan aku rasa dah sampai setaraf dengan subjek-subjek kegemaranku yang lain. Alhamdulillah berkat kesabaran aku bertahan dengan kerenah si Ziyad. Aku pun harus terima kasih jugak kat dia,kalau tak Fizik aku pun tak ke mana. Hari ni ialah hari terakhir perjumpaan mentor mentee,lepas ni aku tak payah hadap dah muka si mamat sengal tu. Dia masih lagi tak berubah,serabai sepanjang masa dan tak pernah nak kemas. Rambut panjang mengalahkan aku,ingat style sangat lah rambut macam tu. Baju dia pun aku rasa dia main sambar aje baju yang ada. Nak kata tak ada duit nak beli baju,setahu aku dia ni anak orang kaya Cuma dia bukan jenis menunjuk kekayaan yang dia ada aje.




“terima kasih lah mentor sebab tolong ajar aku. Good luck lah spm. Aku cakap awal-awal sebab mungkin pasni tak jumpa dah. Halalkan semua ilmu yang kau ajar kat aku dan semoga kau Berjaya dalam hidup. Minta maaf kalau ada silap.”



“ok. Kau pun sama lah. Hari ni aku takde homework dah kat kau. Good luck lah spm nanti.”



Kami meninggalkan gazebo yang membawa seribu makna kepada kami berdua dan mungkin itu adalah kali terakhir kami bertemu lagi. Sungguh aku amat berterima kasih kat dia walaupun cara dia ajar tu agak menyewelkan kepala. Dan yang paling menghairankan aku dia tak pernah walau sekali panggil nama aku kecuali masa kali pertama dia kenal aku. Dia cakap dengan aku tanpa mukadimmah terus straight to the point. Masa aku jadi mentee dia pun bukan aku cakap sangat dengan dia Cuma kalau ada soalan tak paham aje aku tanya. Nombor telefon dia pun aku tak tahu,entah ada telefon ke tidak. Bagi dia telefon ni bukan penting sangat pun,sekadar kehendak aje. Dia bukan ada makwe pun nak pakai telefon segala bagai ni.