CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FACEBOOK GROUP

FACEBOOK GROUP
klik gambar untuk join

Pages

Thursday 29 August 2013

i'm broken part 2



We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air
See the lights
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello, little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said
Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes


Romeo save me I've been feeling so alone

I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think

He knelt to the ground and pulled out a ring

And said, marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes

we both young when i first saw you


life is such a fairytale huh? I never imagined that you'll break my heart like this. I truly love you but how can you break my heart like this. 7 years really mean nothing to you. Thank  you for leaving me when i needed you the most.



2007





Semua pelajar daripada seluruh SBP seluruh negara akan berkampung di SAKTI  pada tahun ini. Tahun ini merupakan tahun terakhir bagi aku untuk menyertai HKSBP kerana tahun ini tahun terakhir persekolahan. Aku dan rakan-rakan berazam untuk melakukan yang terbaik agar dapat memperbaiki pencapaian kami pada tahun lepas. pasukan sekolah aku hanya mampu mara ke peringkat suku akhir pada tahun lepas. Tahun ini kami berazam untuk mara ke peringkat akhir untuk mengalahkan juara bertahan pada tahun lepas.




"aku rasa excited la tahun ni datang hksbp."



"macam kau tak biasa pulak. Padahal tiap-tiap tahun  datang dari Form One lagi. Hksbp macam biasa lah. Ramai-ramai orang berkumpul, pastu main, pastu bagi hadiah. Dah habis. Itu aje pun tiap-tiap tahun. Aku dah naik bosan macam ni tiap-tiap tahun."




"kalau tahun ni luar biasa macam mana?"



"macam tu jelah. tak ada effect langsung kat aku tahu tak?"



"ala. Belum jadi, macam mana kau nak tahu. Mana tahu tahun ni kau jumpa prince charming kau."




"prince charming? You mean prince charming with white horse? In your dream lah. Mana kau nak jumpa prince charming kat tetengah hksbp ni. Dah tak wujud prince charming dalam realiti Zara oii. Aku berani kerat kuku jari kalau aku jumpa prince charming kat tetengah Sakti nih."





"Kalau kerat kuku jari aku pun berani. Macam ni lah, kita bet. Kalau kau jumpa prince charming kau kat Sakti ni, aku menang okey. Kau kena belanja aku makan Kenny Rogers bila kita outing nanti. Kalau aku kalah, aku belanja kau."



"Amboi kau, nak kan Kenny aje. Yang murah-murah sudah lah. Kfc sudah."



"Mesti la Kenny. Kau kan tahu aku suka Kenny. Kalau kau jumpa prince charming kau, worth apa belanja best friend kau ni Kenny's."




"Kalau nak sangat makan favourite food kau tu, kahwin ajelah dengan pak cik Kenny tu kan senang. Then, kau boleh makan hari-hari sampai kau gemuk."




"Masalahnya pak cik Kenny tu dah mati. Anak dia ada lah kot. Anak dia pun boleh jugak daripada tak ada kan cuma aku kena suruh dia peluk ISLAM  dulu lah. Hahaha."



"Hantu punya Kenny Rogers."




"Eh cik Mia, kau setuju tak dengan bet kita ni? Aku dah tak sabar nak tunggu kau belanja aku masa outing nanti."




"Setuju lah. Apa? Kau ingat aku takut kalah ke? My dear friend, aku selalu menang tahu tak setiap kali kita bet."


"Itu yang selalu dan yang lepas-lepas. Maybe it's my turn after all to win our bet this time babe."


"Yelah tu cik Zara oii."



"that's my friend"







basketball court




"udah-udah lah tu training Ameer oii. Matahari dah terbenam ni. Jom lah balik hostel. Kang habis pulak makanan. Kau training buat apa bang, kata MVP."




"MVP tu tahun lepas ngeng.Tahun ni lain cerita. Dengar kata tahun ni ramai player yang power, so aku kena training lebih sikit lah. lagipun ramai bebudak junior baru yang join tahun ni."



"kau nak training apa lagi? Bukan kau dah power semua trick dalam basket ke?



"Aku nak practice 3 pointer dengan rebound ni. Tadi aku tengok ramai player tinggi-tinggi. 3 pointer memang penting kalau dapat opponent tinggi-tinggi.



"kau bukan tinggi dah ke? Ada lagi ke player yang tinggi daripada kau?"




"ada. Tadi aku tengok ada sorang player dari SEMSAS. Lagi tinggi daripada aku. Lebih kurang 190 cm aku rasa.



"bapak tinggi. Aku ingat kau dah paling tinggi. Tinggi kau berapa eh?



"Aku 1.85 je. Jom lah. Kata nak makan tadi."



"okey. Jom"







suasana riuh-rendah kat Dewan Makan. Masing-masing sibuk ambil makanan dan bunyi tray berlaga menbingitkan lagi  suasana di Dewan Makan. Nasib baik hari ni menu best. Nasi Ayam sememangnya antara salah satu menu yang digemari oleh pelajar tapi kebiasaanya semasa hksbp memang menunya sedap-sedap sahaja.





Pandangannya terhenti pada satu wajah. Cukup memikat rasanya wajah sang gadis tambah-tambah dengan lesung pipit di pipi. Senyumannya cukup memikat dan nampak ikhlas. Tiba-tiba terasa debaran di hati. Takkan lah Romeo Kuala Kangsar ni dah jatuh cinta kot. Mainan perasaan agaknya. Mungkin disebabkan dah lama dia tak mengayat, jadi tetiba rasa kesepian pulak. Tapi wajah itu cukup membuatkan dia untuk berpaling dua kali.




Agaknya daripada sekolah mana ye? Tiap-tiap tahun dia tidak pernah terlepas daripada sang gadis daripada sekolah lain untuk berkenalan. Ada yang bagi nombor telefon, bagi hadiah, bagi bunga pun ada. Apakan daya dia seorang lelaki yang lemah yang tak bisa untuk menghampakan harapan gadis-gadis yang meminati dirinya. Mungkinkah gadis itu sama sahaja seperti gadis yang lain yang selalu mengejarnya.




Dia berharap agar dia dapat berjumpa lagi dengan si gadis yang telah mencuri hatinya. Akan dicarinya si gadis yang telah bertanggungjawab mencuri hatinya sebegini rupa. Dia tidak pernah melihat si dia kat mana-mana hksbp sebelum ini. Mungkin matanya terlepas pandang. Mana mungkin dia akan terlupa dengan wajah yang sebegini.






Esok dia akan meneruskan misi pencarian si gadis misteri itu. Paling tak pun tahu nama dengan sekolah mana. Itu dah cukup bagus.





                                                                     



hari sebelum kejadian




semasa dia ingin menuju ke court basket, dia terpandang si gadis misteri sedang membuat lay-up kat court sebelah. Adakah ini dinamakan jodoh? Usah berusaha mencari, jodoh turun dari langit dengan sendirinya. Tidak disangka si gadis yang hendak dicari merupakan pemain basketball seperti dirinya jugak. Ingin ditegur si gadis tapi takut menggangu pulak.




Kelihatan si gadis sedang khusyuk training bersama pasukannya. Takkan nak tegur selalu kot. Mana nak letak muka si Romeo Kuala Kangsar ni kalau kena reject depan-depan kat tetengah court ni.




~ kata boya, takkan takut kena reject kot.




- takdelah.. cuma si dia spesies lain sikit daripada perempuan yang aku duk ngayat sebelum ni.




~apa lagi. Gunalah sweet words kau tu. Kata sweet talker.







"eh bro, kau nak pergi mana tu. Court kita sini lah. Yang kau tuju tu surau."




"macam mana aku terlepas pandang court ni pulak."




"entah kau ni gelong semacam aje aku tengok. Macam orang jatuh cinta pun ada. Takkan romeo kita di fall in love at first sight kot? Agak mustahil"





"ni aku lah. Romeo Kuala Kangsar. Takkan aku jatuh cinta kot. Orang jatuh cinta dengan aku ada lah.




"That's my man."




"Jom lah training. Esok dah ada tournament. Kata nak menang lagi tahun ni."







Jam di tangan dah menunjukkan pukul 6.50. Si dia di sebelah court sudah tamat training. Si dia sedang berbual-bual dengan rakannya sambil ketawa. Kelihatan si dia sungguh manis.






~ nak tegur ke tak nak?



- tegur esok aje lah.



~kalau esok tak jumpa?



- dah tu, nak buat macam mana?



~ buat bodoh ajelah. Kau jugak yang melepas nanti.






"she was beautiful in the quiet way that lonely


unnoticed people are beautiful to those who notice them"
































Wednesday 28 August 2013

I'M BROKEN PART 1

teaser for new E-novel. I'M BROKEN PART 1.. HOPE U ENJOY


don’t talk to girls
they’ll break your heart”

everyone says the pain will less as time passes,
but I don’t believe them.
I think they only say it so u can face getting out of bed every day.
You think today might be day,but it never is.


memory never fades perhaps?? The way she broke his heart, it’s such a pain. Pain that never fades. It will remain as scar forever.


2008


“I nak kita break”

“break? You bergurau dengan I ke sayang? I datang rumah you hari ni nak pinang you.”

“ I’m not kidding okay. I nak kita b-r-e-ak.”

“but why”

“I rasa I dah tak sayang you. I sayang orang lain. Hari ni dia nak datang pinang i. I harap you faham.”

“don’t be a pain in the butt Zara. Are you kidding me? So five years are really nothing to you? Tell me Zara!!” I want a good explaination from you.”

“promise me that after I explain, you’ll go”

“okay”

“I dah tak rasa chemistry antara kita berdua. Marriage is not things to have fun with. I want my marriage last forever and live with my loved one forever but you are not my loved one anymore. I’m sorry.”

“sorry for disturbing you and your fiancée to be. Thank for great 5 years we’ve been through. Thanks for everything.


Pertama kali air matanya gugur. Sanggup Zara buat dia macam ni. She’s the only girl that I care about. Orang  dah tak nak kat kita, buat apa lagi kita mengharap.


Listen to the rhythm of the falling rain
Telling me just what a fool I've been
I wish that it would go and let me cry in vain
And let me be alone again

The only girl I care about has gone away
Looking for a brand new start
But little does she know that when she left that day
Along with her she took my heart

Rain, please tell me, now, does that seem fair
For her to steal my heart away when she don't care?
I can't love another when my heart's somewhere far away
The only girl I care about has gone away
Looking for a brand new start
But little does she know that when she left that day
Along with her she took my heart

Rain, won't you tell her that I love her so?
Please, ask the sun to set her heart a
glow
Rain in her heart and let the love we knew start to grow

Listen to the rhythm of the falling rain
Telling me just what a fool I've been
I wish that it would go and let me cry in vain
And let me be alone again


Oh, listen to the falling rain
Pitter-patter, pitter-patter

Oh, listen, listen to the falling rain
Pitter-patter, pitter-patter




Dear,
 we’ve been so long
I guess what they say is true
Lovers come and go
But I never thought
That would apply to you.















housemate,tutor, enemy or husband?? or not all above PART 12



Dah habis pun periksa Bio ni. Add Math dengan Bio dah boleh ucap goodbye dah. Tinggal paper Fizik dengan Kimia aje yang tak habis lagi. Aik, mamat ni bagi balik jugak pen aku ni. Tak dapat lah aku nak buat amal jariah hari ni. Rugi betul. Alamaknya aku ni kena jadi pembekal tetap pen lah  untuk dua hari ni kat dia sebabnya aku aje yang duk tepi dia. 

Sengal yang amat. 

Orang dah bagi pen tu ambik je lah. Buat jual mahal pulak. Esok aku nak bawak sikit aje lah pen biar mamat tu tak boleh pinjam..haha. jahat tak aku? Mamat tu bukan tahu nak berterima kasih pun kat aku yang telah bersusah payah bagi dia pinjam pen ni. Kalau tak ada pen aku ni kau genius macam mana pun tak boleh jawab jugak. Ni ayat orang yang jeles dengan tahap kecerdikan mamat tu. 

Mamat tu tak pernah nak kemas. Dah lah baju tak gosok,datang exam pakai selipar, rambut panjang pulak. Memang macam kutu jalan betul. Serabai aje aku tengok. Tak pernah lah aku tengok dia ni kemas sepanjang riwayat hidup aku kat sekolah ni. Mungkin aku terlepas pandang kot. Tak pun itu memang style dia. Macam tu pun orang buat style ke. Aku tak dapat bayang macam mana keadaan dia masa temuduga nanti. Mau terkejut panel temuduga tengok dia macam tu. Silap haribulan pengsan diorang tu.

 Memang tak pernah lagi aku jumpa orang macam Ziyad Nadeem ni. Ni first time tau tak. Nasib bukan kelas aku,kalau tak boleh mencacatkan pemandangan mata aje dengan penampilan yang tak berapa nak kemas tu. Siapalah yang nak jadi sifu aku ajar Fizik ni. Aku dah sampai tahap nazak lagi tenat dah Fizik ni. Sekolah taka da buat program mentor-mentee untuk subjek ni ke. Budak sekelas aku cakap pihak sekolah tak nak buat untuk Fizik sebab kebanyakan pelajar dah ramai yang skor A dalam exam yang lepas.

 Memang lah ramai tapi aku ni tak termasuk dalam list manusia-manusia yang dapat A dalam Fizik. Jadi tolonglah bantu aku yang lemah ni. Esok paper Kimia pulak. Nasib baik esok subjek yang aku minat jadi senang lah nak skor. Boleh beri tumpuan lebih sikit kat cik Fizik ni. Kalau boleh aku nak dapat A jugak kali ni. Asyik-asyik dapat B dengan C aje. C tu baru sekali tapi B tu dah berkali-kali sampaikan aku dah muak tengok. Dah nak sampai tahap muntah hijau aku. Malam ni buat revision sikit pasal Kimia.

 Petang ni aku nak focus pasal cik Fizik aje. Sekarang cik Fizik dah jadi anak emas aku, jadi kena jaga bagai menatang minyak yang penuh lah. Dulu memang jadi anak terbuang lah. Sekarang ni kena kutip balik dah. Tragik sungguh kisah hidup Fizik ni. Cepat-cepat lah trial habis. Aku dah tak lalu nak stay up bersengkang mata untuk baca buku nih. Dah macam robot rasa. Tidur pukul 4 bangun pukul 6 , memang terbaik lah aku ni. Nak buat macam mana dah. Nak tak nak kena stay up lah untuk dapat gred yang bagus dalam exam. 

Trial ni penting sebab dia macam penanda aras prestasi kita sebelum ambik SPM. Kadang-kadang ada aje yang dapat scholar awal guna result trial dan aku tahu siapa yang bakal dapat biasiswa awal tuh. Tak lain tak bukan Add lah. Siapa lagi yang dapat keputusan gempak tahap berasap selain dia.


Tak ada ke manusia yang lebih bijak dari mamat tu hah? Aku dah naik bosan asyik dia aje yang monopoli rangking teratas. Kira macam dia dah tempah rangking nombor satu tu untuk dia selama 2 tahun. Hampeh sungguh.


“kau tak nak balik lagi ke? Dah lewat ni. Kalau kau nak jadi pelajar mithali pun agak-agak lah.” Sempat pulak si Nadira ni perli aku.

“aku memang nak balik dah. Tunggu nak kemas barang aje. Gila lah kalau aku tak nak balik. Tu dah tahap pelajar super mithali dah tu.”

“cepat sikit.”

“yelah. Bagi aku lima minit”

“ok”

Sambung pulak aku bercinta dengan Fizik ni. Kena habis jugak tajuk Form 4 ni. Untuk Form 4 Fizik boleh aje aku buat speed reading sebab masa Form 4 aku selalu dapat A Fizik Cuma sekarang ni aje yang tak pernah. Kemusykilan yang sampai sekarang aku tak boleh nak huraikan. 

Tak payah lah fikir pasal benda tu,buat rugi masa aje. Dah lah sekarang masa dah tinggal sedikit,yang tinggal pun masa kecederaan aje. Kena guna sebaik-baiknya lah masa yang ada ni. Kalau tak menyesal nanti. Kalau masa tu menangis keluar air mata darah pun dah tak guna lagi dah. Fizik dah siap. Masa untuk Kimia pulak. 

Minggu trial ni aku tak sempat nak menjejakkan kaki pun kat padang. Tengok padang pun tak sempat. Memang aku tersangat lah sibuk pada minggu ni. Mengalahkan Perdana Menteri aje. Sekali sekala aku sibuk. Kebanyakan masa aku lapang aje selama ni sampaikan tak tahu nak buat apa. Sekarang baru aku sedar betapa pentingnya masa untuk disia-siakan begitu sahaja dengan buat perkara yang tak berapa nak bagi faedah ni. 

“eh, dah pukul 6.30 petang. Tak sedar pulak waktu berbuka dah nak masuk.” Sekarang ni masa untuk tambah tenaga yang dah hilang masa study tadi. Aku  nak makan banyak-banyak sampai kenyang. Kalau kenyang sangat macam mana aku nak terawih nanti. Hari ni ialah hari pertama puasa. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t  kerana dipanjangkan lagi umurku untuk berjumpa dengan Ramadhan al-Mubarak yang penuh mulia ini. Semoga Ramadhan kali ini tidak sia-sia buatku dan seluruh umat Islam di dunia ini.


Kedengaran suara azan berkumandang dengan jelas dari surau yang berdekatan dengan sekolah aku ni. Sesudah mengaminkan doa yang dibaca oleh Head Boy tadi,kami pun makan dengan penuh berselera. Didahulukan dengan makan tiga biji buah tamar dan segelas air. Menu berbuka puasa hari ni sangat menyelerakan. Ayam masak merah dengan nasi minyak dan papadom.


“aku dah kenyang.”

“aku pun.”serentak lima orang bersuara.

“kalau dah kenyang,jom pergi surau.”ajakku.

“ok,jom.”


Malam kedua kami bertarawikh. Syukur Alhamdulillah kerana kami masih lagi dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan Kareem ini. Setelah selesai menunaikan solat sunat tarawikh berjemaah, kami pun bergegas bergerak ke kelas masing-masing untuk kelas prep malam.

 Semua tengah khusyuk menyiapkan kerja sekolah. Maklumlah kerja sekolah mengalahkan Gunung Everest,jadi nak tak nak kena siapkan juga kalau tak nak kena denda. Setakat ni aku tak pernah lagi lah kena denda sebab tak siap kerja sekolah. Kalau tak siap pun, salin yang kawan punya lah. Memang sungguh bergeliga otak aku ni nak-nak subjek Fizik. Sebab tu lah Fizik aku jadi tak berapa nak bagus sampai hari ni. Nak menyesal pun dah tak guna. Bukan boleh putar balik pun masa yang lalu. 

Tak ada makhluk Allah yang sudi ke nak ajar aku Fizik ni? Payah sungguh lah soalan Fizik ni. Nak tanya Nadira dia taka da pulak. Mana pulak minah ni pergi. Masa kecederaan camni lah dia tak ada. Masa lain ada pulak. Aku pergi tanya orang lain lah pulak. Ish ish..mana pulak pergi yang pandai-pandai Fizik ni? Semua tak ada dalam kelas ni.


“Alia,semua yang pandai Fizik kelas kita pergi mana? Semua taka da ni.”aku bertanya.

“diorang semua ada perjumpaan dengan cikgu Nora”.

“masa ni jugak lah nak jumpa cikgu. Tak tahu ke aku ada soalan yang nak tanya ni.”

“aku pun ada jugak nak tanya soalan. Dari tadi dok sangkut. Istilah try and error ni macam dah tak berapa nak relevan bagi aku sebab asyik error je memanjang.”rungut Alia.

“weh.sama lah. Perjumpaan pasal apa dengan cikgu Nora? Tak kan nak ulangkaji lagi kot. Dah tahap super pandai semua tu.”


“entah. Aku pun tak tahu.”

Sunday 4 August 2013

she's remember PART 5

Pukul 3 petang, library
Semua jenis buku rujukan dia bawa. Berkilo-kilo rasanya buku kat tangan ni,kalau tak dapat A jugak tak tahulah. “Mana pulak mafia ni,cakap pukul 3. Aku memang pantang betul orang cakap tak serupa bikin ni”. Tiba-tiba ada satu suara menegur.

“ Punyalah besar aku ni,itu pun kau tak Nampak,rabun biawak ke apa?”.



 “Mana aku perasan. Kau ingat aku ni cam sangat ke muka kau”
.
“Kau nak belajar topic apa hari ni?”

. “Differentiation”.

“Okey. Mula dari basic. Aku nak kau buat modul ni sampai siap. Yang tak tahu,boleh
Tanya”.

“okey”

Prep petang di perpustakaan berlangsung dengan aman tanpa ada pertumpahan darah sekalipun dan dia pun hairan sebab dia dan Izreen Berjaya daripada tidak dihalau oleh pengawas perpustakaan. Rupanya tak lah teruk sangat duduk semeja dengan musuh ketat. Dia merenung Izreen yang khusyuk menyelesaikan soalan Add Math di depannya. Sekali sekala berkerut kening memikirkan jalan penyelesainnya dan kadang-kadang terpancar kegembiraan apabila dia dapat menyelesaikan soalan Add Math.

Tanpa dia sedar Izreen memandangnya dengan tajam. Alamak, kantoi depan-depan pulak merenung anak dara orang. Terasa kepala dia dah berlubang dengan pandangan tajam Izreen.

+ dah kenapa pulak aku rasa macam ada orang tengok aku ni.

~ dah kenapa pulak mamat ni tengok aku macam tak cukup tanah aje. Jaga pandangan sikit woii.

+ depan mata kau ni anak orang bukan anak patung yang kau boleh senang-senang nak tengok.

“kau ni dah kenapa tengok aku? Tak puas hati ke?”

“takde lah. Aku pelik tengok kau senyum.”

“dah kenapa? Aku senyum pun pelik ke?”

“macam pelik sebab kau jarang senyum dan kau senyum pulak masa duduk depan aku.”

“nanti lah aku senyum kat kau hari-hari”

“ jangan. Nanti susah kalau aku jatuh hati kat kau.”

“haha. Memang lawak statement kau. Walaupun kau lah lelaki terakhir yang ada kat planet bumi ni, jangan harap aku nak suka dengan kau”

“I’ll take it as challenge. I’ll make you fall for my charms.”

“in your dream mister Elham!!!”